nuff

Ahad, 6 Disember 2015

Aktiviti RUM dan Belia RUM - Sesi Temuduga

Aktiviti 05.12.2015
Lebih kurang jam 18.30 sekali lagi, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Masscomm mengadakan sesi temuramah untuk menyiapkan "assignment" dibawah
Subjek Public Advocacy. Antara soalan-soalan yang diutarakan adalah, apakah pengalaman dan cabaran menjadi "Advocator"..
Juga memberi pendedahan kepada "student" mengenai apa itu UNION?...


RUM disegani di mata luar... Menjadi contoh yg terbaik..
Anda bagaimana?
BORN TO BE A FIGHTERS

Sabtu, 28 November 2015

Lawatan AJK Cawangan Ipoh ke Ibu Pejabat RUM Pusat

26hb November 2015
Lawatan AJK dari Cawangan Ipoh ke Ibu Pejabat RUM Pusat untuk mendengar beberapa taklimat dan info terkini dari Saudara Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan...


Khamis, 26 November 2015

PAPARAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM KERTAS KERJA PIHAK KAKITANGAN BIL. 1/2015 Tarikh : 23hb. November 2015 SEKALUNG BUNGA UNTUK TUAN HAJI SARBINI

A. SABAR MEMPERTAHANKAN KEBENARAN
1. Persoalan ’ketirisan urus tadbir SYARIKAT KTMB’ kini dilindungi semula ‘KEKEBALANNYA’ oleh daya usaha dan kebijaksanaan ‘KERAJAAN SEMASA’ di bawah pimpinan ‘YAB. DATO’ SERI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK, Perdana Menteri Malaysia’ dengan memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ atas perakuan Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI, Menteri Pengangkutan Malaysia menerajui kepentingan ‘SYARIKAT KTMB’.
2. Pelantikan ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ mengetuai kepentingan ‘SYARIKAT KTMB’ ialah demi ‘survival organisasi ini’ daripada ‘Budaya Kepentingan diri oleh Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ terubah bertukar menjadi ‘Budaya Perniagaan’. KESEDARAN ini telah dikejutkan oleh ‘KERAJAAN SEMASA’ yang dipimpin oleh ‘YAB. DATO’ SERI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia’ memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’.
3. Dengan ikhlasnya dinyatakan bahawa dorongan ‘KERAJAAN’ menempatkan ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ ialah untuk menolak sebarang ‘keraguan’ tentang kisah-kisah ‘blind pilot’ yang telah memandu ‘syarikat KTMB’ terkeluar daripada objektif ‘amanah perniagaan’ sebagai ‘prinsip utama’ dalam ‘urusan tadbiran KTMB’ selaku ‘pengangkutan rel’ yang ‘utuh dan berdisiplin’.
4. ‘Datuk Elias Kadir bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ adalah ‘Pembawa’ perangai ‘BADUT - KELAKAR DALAM SARKAS’ tanpa disiplin dan ini adalah satu perbuatan sia-sia yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya tingkah laku mereka sedemikian adalah perbuatan yang boleh terjerumus ke dalam konfliks tidak berfaedah. Dilihat dan dinilai ungkapan ayat yang disuarakan sendiri oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’ adalah satu perbuatan yang didorongkan oleh himpitan suntikan ‘pertarungan gila kuasa’.
5. Seandainya ‘permohonan beliau menyambung semula perkhidmatannya sebagai PRESIDEN KTMB’ telah ‘direstui’ oleh ‘kementerian’ mengapa tidak diumumkan secara rasmi melalui ’Pekeliling Syarikat’?. Jelas ayat ini boleh disimpulkan sebagai satu permainan ‘budaya kepentingan diri’ seolah-seolah beliau berlakun di bawah adegan babak ‘sandiwara kelakar terancang’ yang boleh menolakkan ‘intellectualnya’.
6. Imbaui kejadian terawal sehari dua sebelum tarikh terakhir ‘perkhidmatan Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’ pada ‘30hb. April 2015’ maka pada ‘28hb dan 29hb. April 2015’ telah menampakkan ‘kedangkalan fikiran Datuk Elias Kadir’ kerana telah berlaku ‘PERANG KETIRISAN PENTADBIRAN SYARIKAT KTMB’. Jelas telah wujud ‘penyelewengan’ ke atas kuasa ‘pelantikan calon PRESIDEN KTMB’ kerana didapati ‘pihak berautoriti KTMB’ telah menzahirkan kelemahan dalam urus tadbir syarikat ‘memungkiri amanah, memamaikan tanggungjawab dan mencemarkan nama baik KEMENTERIAN dan KERAJAAN SEMASA’ dengan mengemukakan ‘DUA SURAT TAWARAN BERASINGAN’ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ iaitu satu untuk ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ dan yang satu lagi ialah untuk ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’.
7. Atas sifat ‘ketelusan’ dengan semangat ‘bersabar’ pada menolak ‘elemen kepalsuan’ demi ‘kebaikan dan survival organisasi KTMB’, maka akhir ’terbukti kebenarannya’ bahawa ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ adalah calon ‘PRESIDEN KTMB’ yang dipilih oleh ‘KERAJAAN SEMASA’ dan diarah mengambil ‘SURAT TAWARAN RASMI JAWATAN PRESIDEN KTMB’ pada ‘30hb. April 2015’ disaat-saat terakhir ‘pertarungan kuasa’.
8. Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ merakamkan ucapan tahniah kepada ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’ kerana ‘bersabar menempuh dugaan dengan berperanan memberi fokus secara serius tentang kebenaran’ demi menolak penyelewengan. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’.
B. PENYELAMAT IMEJ KTMB
9. Kami, ‘Pihak Kesatuan (RUM)’ cuba memekakkan telinga apabila ‘KAKITANGAN KTMB’ yang tidak bersalah terhimpit dengan beberapa kerenah sepakatan jahat oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ khusus atas kes ‘PEMBUANGAN KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang bertentangan dengan kebenaran peruntukan ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN SEKERJA 1959’ dan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ secara peringkat demi peringkat bermula pada ‘29hb. Ogos 2014 hingga 26hb. November 2014’ seramai ‘SEMBILAN PULUH TUJUH (97) orang kakitangan’.

JKKP Induk 25hb November 2015

JKKP Induk yang berlangsung pada 25hb November 2015.. 3.00 petang berlangsung dengan penuh harmoni...

Terima kasih Presiden KTMB Tuan Haji Sarbini Tijan atas penstrukturan semula JKKP selaras dengan peruntukan perjanjian bersama..Dengan pengeluaran Surat pada 1 Mei 2015, maka pemulihan dan penstrukturan semula ini cukup-cukup kami hargai...Tabek buat Tuan Haji... terima kasih tidak terhingga...

Dalam JKKP, penekanan THST adalah keatas keselamatan bukan sahaja mengenai isu keselamatan di tempat kerja, malah kesedaran kesihatan juga perlu.. keharmonian akan diteruskan, innsyaAllah...

Ucapan terima kasih tidak terhingga dari Presiden RUM juga diluahkan diatas pemulihan penstrukturan semula ini. Ini secara tidak langsung mengiktiraf  RUM sebagai badan oerundingan tunggal sejajar den

AKTIVITI BELIA RUM - Perancangan 2016

Sekadar info

 InnsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, Januari 2016 belia RUM akan buat roadshow keseluruh cawangan.. bulan Disember jadual penuh atas persiapan undung rundingan CA yang terbaru.. untuk segala info, boleh hubungi saya di inbox mahupun hubungi ditalian 0126542137.. atau layari suarabeliarum.blogspot.my.. segala info akan diupdate dari masa-kesemasa.. insyaAllah... Seperti yang pernah diberitahu sebelum ni, segala permasalahan mengenai kerja atau info, boley guna saluran yang ada.. buat laporan, baru ada pogress..

ADMIN

Selasa, 24 November 2015

BUKTI JELAS.....

JELAS... Ini la sikap salah seorang MUSUH KTMB, musuh KESATUAN, MUSUH RUM, MUSUH PEKERJA.... Mantan Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan... Terlalu banyak Penganiayaan yang dia telah lakukan... MENCIPTA isu yang tak betul untuk bebrapa pekerja dikenakan TINDAKAN TATATERTIB... ini lah rupa dan sikap bekas "BALACI" mantan Presiden Terdahulu...antara yang mencetuskan huru-hara di KTMB dan RUM, antara yang "meragut" Keharmonian diantara Pengurusan dan RUM dan juga antara "PENGACAU" di dalam KEMELUT RUM... Ingatlah, Langit Tak Selalunya Cerah Bro... buat ingatan yang tulus, jadikan ianya PENGAJARAN dan SEJARAH ini akan terus tertinta dalam sejarah RUM dan sejarah hidup pekerja yang telah Teraniaya juga SEJARAH KTMB...

MINUM KETIKA WAKTU KERJA dan bukannya WAKTU REHAT... dia PEKERJA PEJABAT bukannya pekerja syif... JELAS di dalam CA... JELAS....

KERTAS KERJA MAJLIS BERSAMA PUSAT 2015 - SEKALUNG BUNGA UNTUK TUAN HAJI SARBINI TIJAN

Antara paparan kertas kerja yang telah dibuat untuk dibentangkan pada Majlis Bersama Pusat 24hb November 2015... Benar, THST ada HERO RUM dan HERO KTMB.... TABEK SPRING!!!!

Penghargaan tidak terhingga dari kami... RUM

ADMIN

Majlis Bersama Pusat kali pertama 2015

24hb November 2015
Sekitar mesyuarat MAJLIS BERSAMA PUSAT yang pertama untuk penggal 2015.
Mingikut peraturan, MBP sepatutnya berlagu 2 kali setahun.. Dek kerana kemelut bersam mantan presiden KTMB terdahulu, hampir 2 tahun tidak diadakan MBP... Alhamdulillah, dan ucapan terima kasih buat Presidan KTMB Tuan Haji Sarbini Tijan, atak kejayaan dan keharmonian menjayakan MBP kali ini... TABEK!!!


Antara ucapan Tuan haji Sarbini Tijan yang menarik minat saya ialah ktmb perlu menjalankan "business process re-engineering" atau perniagaan yang berubah, berubah ke arah kebaikan dan lets we enjoy the journey..Yeah....

Rabu, 18 November 2015

Kenaikan YURAN - ISU yang sama timbul dimana-mana KESATUAN (SHARE)

Lumrah dalam mana-mana kesatuan... bila bab mintak peruntukan ja, mintak permohonan elaun ka apa ka, bab duit untuk poket, laju ja...TAPI... kalu bab untuk kukuhkan tabung kebajikan mahupun tabun kesatuan, beberapa bantahan akan timbul...semua tak senang duduk...semua mula mempersoalkan apakah tujuan yuran dinaikkan?? TAPI< sedarkah bahawa YURAN itu adalah bertujuan untuk memperkasakan dan memperkukuhkan kewangan kesatuan... KUKUH, PERKASA, DIGERUNI... Untuk sapa?? UNTUK AHLI juga.... wallahualam...


ADMIN kongsi kenyataan yang dikopi pasta dari facebook salah seorang ahli NUBE...

SIMPAN MUKA DALAM POKET
Bermula kelmarin 17/11/2015 saya baru edarkan pekeliling NUBE memaklumkan kepada ahli untuk turun mengundi kenaikan yuran bulanan pada 28/11/2015..seperti biasa macam-macam tohmahan, makian dan segala persoalan juga timbul. Bab yang takde kena mengena pun timbul. Ada juga yang main campak2 je pekeliling tu kat muka saya, ada yang bersuara kuat seolah-olah menjatuhkan air muka saya di kalangan ahli dan pegawai yang lain, ada yg langsung tak pandang pun muka saya(ade ku kesah!!)...macam2 perangai duk ada..yg kecam saya pun ada.
Sebelum ni..segala pekeliling NUBE saya hanya sampaikan melalui emel pun ada yang kesah kata saya jadi IRC makan gaji buto..hakikatnya jangan kata 1%..tapi 1

Sabtu, 14 November 2015

DISIPLIN -Tujuan (huraian)

DISIPLIN
 Tujuan Adalah dalam perindustrian atau dalam mana-mana perbadanan ialah untuk memastikan bahawa perjalanan pejabat dan lain-lain dilaksanakan dengan betul dan cekap. Dengan ini, disiplin boley mengembangkan matlamat syarikat, firma, perbadanan sbgmana juga halnya dgn keselamatan pekerja. Kaedah menentukan nilai kelakuan di tempat kerja; prosedur menolong memastikan nilai itu dipatuhi dan juga memperuntukkan cara yang adil dlm berurusan dgn keabaian yg dikatakan atau kegagalan mematuhinya.. Banyak kes dibawa ke mahkamah perindustrian, banyak award diberi, setengah-setengahnya memihak kepada pekerja dan yang lain bertentangan dgn pekerja tentang soal disiplin..

Prosedur Tindakan Tatatertib

Manual Prosedur Tindakan Tatatertib Tahukah Anda?
Antara tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai prosedur tindakan tatatertib syarikat.

Tarikh berkuatkuasa prosedur ini adalah mulai 01 Julai 2006.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana KAKITANGAN yang gagal mematuhi manual dan prosedur diatas atau menyalahgunakan kemudahan ini.

Jumaat, 13 November 2015

Penyelia -definisi secara ringkasnya

PENYELIA Penyelia adalah "penghubung" majikan yang pertama dengan pekerja dan perhatian patut diberi terhadap perlantikannya dan keperluannya terhadap pekerjaan itu. Majikan patut memastikan bahawa dia : a) adalah secara tekniknya mahir dan terlatih secukupnya, dan memiliki kualiti diri yang dikehendaki untuk menjalankan penyeliaan; b) bertanggungjawab kepada sejumlah kumpulan kerja tertentu yang membolehkan dia menyelia dengan berkesan; c) adalah penyambung yg berkesan dalam bertukar-tukar maklumat dan pandangan diantara pengurusan kanan dengan anggota kumpulan kerjayanya; d) diberi taklimat tentang pembaharuan dan perubahan sebelum ia dilaksanakan supaya dia boleh menjelaskan tentang dasar dan niat pengurusan kepada kumpulan kerjanya.

LUAR NEGARA - Mahkamah Benarkan Pekerja Lufthansia Mogok



 Kuasa MOGOK pekerja di Luar Negara... 9hb November 2015




BERLIN – Sebuah mahkamah Jerman memberi lampu hijau lewat kelmarin kepada kru kabin syarikat penerbangan terbesar di negara itu, Lufthansa untuk meneruskan mogok mereka.
Mahkamah Buruh di Darmstadt menolak rayuan pengurusan Lufthansa untuk mengharamkan mogok anjuran kesatuan pramugari UFO itu yang menyaksikan hampir 2,000 penerbangan dibatalkan sejak pada Jumaat lepas.
Mahkamah sama turut menolak hujah Lufthansa bahawa alasan kesatuan berkenaan untuk mogok adalah ‘terlalu kabur’ dan bercanggah dengan undang-undang buruh Jerman.

Edaran Draf Perjanjian CA ke-8

As Salam semua. kepada sahabat dan semua ahli RUM, untuk makluman, kepada sesiapa yang belum dan hendakkan salinan soft copy, boleh sendkan e-mail kepada saya untuk edaran.. Sekian, terima kasih.. boley hubungi saya di talian 0126542137 atau di facebook klik SINI

Selasa, 10 November 2015

Perjanjian Bersama (Collective Agreement) - Ringkasannya...

Tujuan dan Fungsi Perjanjian Bersama

         Perjanjian Kolektif (CA) atau Perjanjian Bersama adalah satu perjanjian yang ditandatangani di antara majikan dan kesatuan sekerja pekerja atas terma dan syarat-syarat pekerjaan bagi pekerja. Perjanjian ini menetapkan kategori pekerja yang dilindungi, tempoh perjanjian dan prosedur kilanan itu. Perjanjian ini juga dengan kata lain akan wujud
apabila sesuatu  syarikat itu mempunyai Kesatuan Sekerja dan apabila "mereka" tidak mempunyai Kesatuan Sekerja, maka tiadalah Perjanjian Bersama. Bagi Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja syarat-syarat pekerjaan hanya tertakluk dengan Akta Kerja yang mana Akta Kerja adalah faedah minima bagi pekerja di negara ini. Manakala keadaan ini berbeza bagi "mereka" yang ada

Suara RUM... lagu Rasmi Railwaymen's Union of Malaya (R.U.M)

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/770pdOHC65s" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
+ihsan youtube+


BERGEMA SUARA PEKERJA
DIBAWAH NAUNGAN KESATUAN
BERSATU MENJALIN IKATAN
BERSEDIA MENEMPUH DUGAAN

c/o

LEDAKAN SUARA SEMANGAT
IRINGI DENGAN MUAFAKAT
YAKIN DIRI PEMIMPINNYA
WIBAWA DENGAN MATLAMAT

KAMI BERGANDING BAHU
MENGANGKAT MARTABAT PEKERJA
BERUSAHA TERUS BERUSAHA
MENCAPAI APA YANG DICITA

Ulang c/o

RUM BERSIAP SEDIA
BERBAKTI UNTUK AHLINYA
RUM BERSIAP SEDIA
BERJUANG DENGAN JAYANYA

Ahad, 8 November 2015

Majlis Menandatangani MoU -KTMB dan UUM

Tahniah dari Admin..
Admin mengucapkan tahniah kepada KTMB di atas kejayaan menandatangani Mou diantara KTMB dan UUM.. Kejayaan ini jelas kejayaan terbaru dalam merealisasikan penubuhan Akademi KTMB.

Tahniah diatas usaha berterusan oleh Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dan Sokongan Lembaga Pengarah KTMB di ketuai YB Dato Ir Nawawi Ahmad berganding bahu untuk menjadikan KTMB sebagai sebuah Pengangkutan yang hebat melalui peningkatan ilmu dengan kerjasama UUM.

InnsyaAllah, dengan kejayaan ini, saya doakan KTMB akan terus maju.. Selamatkanlan KTMB, Selamatlah PEKERJA...

Keratan Akhbar 7hb November 2015...

Keratan akhbar ini... KTMB masih rugi... diharap dengan pencerahan ini, semua memahami... kenaikan tambang adalah demi menyelamatkan KTMB... "selamatkan KTMB, selamatlah pekerja..."

Khamis, 5 November 2015

Aktiviti Belia RUM

Beberapa Pelajar jurusan Mass Comm dari UiTM Shah Alam telah ke pejabat RUM hari ini, untuk sesi temuramah. Mereka telah melahirkan hasrat untuk mengadakan sesi ini disebabkan untuk menyiapkan "assignment" mereka dalam subjek IR.

Mereka menyatakan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti kesatuan dan RUM...
Selangkah atas segala kemenangan dan kejayaan yang dicapai, pensyarah mereka telah merekomendasi RUM untuk dijadikan contoh dalam "assignment" mereka..

Road Show... ke utara... 04hb November dan 05hb November

RUM turun padang 2 hari ke 3 lokasi...
buat permulaan, kami turun untuk bertemu ahli atas permintaan...
Atas inisiatif Setiausaha Agung Rum dan Naib Pengerusi Belia yang juga merangkap Exco MUJ, Saudara Aliff Sabri, kami turun ke 3 lokasi iaitu Depoh MUJ Bukit Mertajam, Depoh Fleet Bukit Tengah dan Stesen Padang Besar...


Selasa, 3 November 2015

Tahniah kepada NUBE...

TAHNIAH
Saya ADMIN bagi piha RUM dan Belia RUM ingin mengucapkan Tahniah atas kejayaan National Union Bank Employees (NUBE) rakan seperjuangan RUM kerana kejayaan menandatangani Perjanjian Bersama yang je 17.
Mopga selepas ini, segala urusan anda dipermudahkan dan kejayaan akan terus dikecapi...

Tahniah buat Sahabat... Yeaahhh....

Isnin, 2 November 2015

Kenaikan Tambang Komuter

Copy Paste dari suara rum

Demi kepentingan Syarikat dan Pekerja...

KENAIKAN TAMBANG KOMUTER
KEPENTINGAN KTMB & PEKERJA

Sabtu, 31 Oktober 2015

Petikan FB (Pengerusi MTUC Selangor)

Singgah jap di FB... yeahh... antara kata-kata seorang pemimpin..
petikan dari belia yang di post di wall FB belia... sindiran yang agak sinis buat Menteri Besar Selangor...
Komen gua, apahal? Goyang? tak nak ke bantu kaum PEKERJA? Hina sangatkah kaum BURUH ni?? Kami, pemimpin Union...

Sekitar pemulihan jambatan Kemubu

Khamis, 29 Oktober 2015

Huraian Objektif Akta Kerja 1955

Di sini saya terangkan serba sedikit tentang huraian objektif Akta Kerja 1955 diwujudkan.

Akta Kerja 1955 ini telah digubal oleh kerajaan atas dasar untuk melindungi hak pekerja khususnya kepada mereka yang telah menandatangani kontrak perkhidmatan dan dibayar upah tidak melebihi RM2000 sebulan ataupun pekerja yang tidak kira jumlah upahnya yang terlibat dengan pekerjaan kasar, atau yang terlibat sebagai penyelia pekerja kasar dibawah majikan yang sama, atau yang terlibat sebagai pemandu jentera berat sama ada untuk tujuan membawa barang, penumpang atau

KTMB mula baik pulih jambatan KEMUBU...

Tahniah KTMB... Tahniah Presiden KTMB Left Kol (B) Tn Hj Sarbini Bin Tijan diatas pembaik pulih

Rabu, 28 Oktober 2015

Akta Kerja 1955 - Pengenalan

Akta Kerja 1955 merupakan perundangan utama yang mengurus dan mengawal selia hubungan berdasarkan kontrak perkhidmatan antara majikan dengan pekerja di sektor swasta. 

Selasa, 27 Oktober 2015

Akta Kerja 1955 -Pembayaran Upah

Kongsi....

18. Tempoh upah.
(1) Sesuatu kontrak perkhidmatan hendaklah menetapkan suatu tempoh upah tidak melebihi satu bulan.

Isnin, 26 Oktober 2015

Suntikan Kewangan.. Copy Paste dari suararum.blogspot.my

Isu Suntikan dan gaji lewat?? Info untuk ahli... harap bersabar... Mengikut peruntukan akta yang sedia ada, majikan boleh membayar gaji sehingga atau sebelum 7hb.. So, kat sini tiada isu gaji lewat. Kerja RUM adalah selepas 7hb.. Diharap ahli-ahli memahami keadaan yang sedang berlaku.. Apa-apa pun, semua ini adalah "TAIK" yang ditinggalkan oleh MANTAN Presiden KTMB yang terdahulu.. Beliau meninggalkan

Sabtu, 24 Oktober 2015

"MAJIKAN" copy paste dari suararum.blogspot.my

MAJIKAN TERBAIK
Bila sebut "MAJIKAN TERBAIK" maka dalam ertikata lain ianya merangkumi kepada penyediaan faedah-faedah kepada pekerja untuk menampung kos sara hidup. Tunggak kepada kehidupan seorang pekerja adalah bergantung kepada upah yang diterima selain dari aspek-aspek keselamatan.
Kerajaan (MAJIKAN) telah menonjolkan sifat terpuji dengan menaikkan RM 1200.00 gaji minima kepada pekerjanya (penjawat awam) maka Kerajaan juga telah menaikkan Gaji Minima Negara kepada RM 1000.00 untuk pekerja di Negara ini.

Khamis, 22 Oktober 2015

Piket Club Union 25hb Oktober 2015... JOM...Jom...



Atas Semangat Solidarity, saya selaku admin dan Pengerusi Belia mengajak sahabat-sahabat dari RUM dan mana-mana union di dalam Malaysia mahupun diluar dating ke piket club union..

22/10/2015 Perbincangan RUM dengan Pihak Pengurusan dan TMOD mengenai isu perpindahan K/T Fleet dan penutupan KLSD

Alhamdulillah, perbincangan agak lancar. Ahli-ahli perlu ingat bahawa perpindahan ini adalah budi bicara mutlak majikan namun, perlu melihat beberapa faktor yang musabah.

Pengenalan : Apa itu Kesatuan?


APA ITU KESATUAN?

Kesatuan adalah satu kumpulan terancang pekerja yang secara kolektif menggunakan kekuatan mereka untuk mempunyai suara di tempat kerja mereka. Melalui kesatuan, pekerja mempunyai hak untuk memberi kesan dan "demand" dari segi gaji, waktu kerja, faedah, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, latihan kerja dan isu-isu yang berkaitan dengan kerja lain. Di bawah undang-undang di Malaysia, pekerja daripada semua peringkat umur mempunyai hak untuk menyertai kesatuan sekerja. Mempunyai sokongan dari kesatuan untuk memastikan keadilan dan rasa hormat di tempat kerja adalah salah satu daripada sebab utama kaum pekerja.