nuff

Memaparkan catatan dengan label MTUC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MTUC. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

04hb Disember 2016 sehingga 17hb Disember 2016 - JILAF Invitation Program

Program ke Jepun selama 2 minggu..
Jemputan JILAF di bawah MTUC..

Program untuk 3 negara iaitu Malaysia, Pakistan dan Filipina.

Seramai 6 peserta dari Malaysia, 5 dari Pakistan dan 3 dari Filipina.

Untuk Malaysia salah seorang adalah dari RUM iaitu sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya.

Hari Pertama 04hb Disember 2016. Berlepas ke Jepun.



JILAF Invitation Program
Hari Ke 2..
"Schedule" hari kedua untuk Team Malaysia, Pakistan dan Filipina..
5hb Disember 2016
09.30-1050 - Orientasi
11.00- 12.00 - Opening Ceremony
12.00- 12.30 - JILAF Introduksi
14.15- 16.00- Perbincangan " Problem Raising at the Starting of Training"
16.15- 17.30- Goal Setting (Setting of Objectives)
*semua masa adalah mengikut jam di Jepun..

JILAF Invitation Program
Hari ke 3..
06hb Disember 2016
10.00-12.30 -Lecture on 'The Role and Issues of the Labour Movement in Japan'
14.30- 17.30 - Visit to JTUC-RENGO (Japanese Trade Union Confederation)

29hb November 2016 - Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)




Tahniah... Barisan Kepimpinan "baru"

22hb Oktober 2016 - Persidangan Perwakilan MTUC Bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan.


Persidangan perwakilan MTUC bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan yang telah dihadiri hampir 400 orang wakil kesatuan pekerja awam dan swasta yang terdiri dari 70 Kesatuan Sekerja yang mewakili suara pekerja diseluruh Malaysia.

Tempat pengundian adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan Subang Jaya.

RUM menghantar 10 Perwakilan untuk pengundian ini. Mereka adalah Sdr Mokhtar Ismail, Sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya, Sdr Azran, Sdr Yusri Yazan, Sdr Firdaus Bin Nizan, Sdr Alif Sabri, Sdr Zahit, Sdr Azman Eusoff, Sdr Roslan Ismail dan Sdr Md Isah Zainudin.

5 kerusi jawatan yang terdiri daripada Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari telah ada pengundian pada penggal kali ini.

Calon bagi Pengerusi adalah diantara sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) dan sdr Rajamorganan a/l Narunan (BIEU).

Calon bagi Timbalan Pengerusi pula diantara sdr Mohd Faisal bin Abu Bakar (PERODUA) dan sdr Mahfudz Harun ( FIEU).

Bagi calon Setiausaha pula adalah diantara sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) dan sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU).

Untuk calon Penolong Setiausaha adalah sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dan sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW).

Akhir sekali, Calon bagi Bendahari adalah sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) dan sdr Mohd Rizal bin Mahat (MCFEU).



Berikut adalah keputusan :

Pengerusi
sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) menang dengan 174 undi bebalas 138 undi. Terdapat 2 undi rosak.

Timbalan Pengerusi
sdr Mahfudz Harun ( FIEU) menang dengan 157 undi berbalas 154 undi. Terdapat 1 undi rosak.

Setiausaha
sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) menang dengan 180 undi berbanding 132 undi bagi  sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU). Terdapat 1 undi rosak.

Penolong Setiausaha
 sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW) menang dengan 163 undi menewaskan sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dengan 163 undi berbalas 149 undi dimana terdapat 2 undi rosak.

Bendahari
sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) 174 undi dan sdr Mohd Rizal bin Mahat 137 undi (MCFEU). 1 undi rosak.


Selasa, 22 November 2016

18hb Oktober 2016 - Workers Walk 2016

Atas semangat Solidarity, RUM menghantar seramai 20 orang untuk menghadiri Workers Walk 2016 (WW) anjuran MTUC Divisyen Selangor.






Ahad, 14 Ogos 2016

Imuniti Kesatuan...


Perlu tahu....



Program 1 May 2016... Hari Buruh... Mayday 2016...


Program Mayday, Belia Rum menghantar 3 peserta iaitu Pengerusi Belia Rum Sdr Muhammad Faizal, Naib Pengerusi Belia Rum Sdr Aliff Sabri dan Bendahari Belia Sdr Yusri Yazan. Program diadakan di perkarangan MTUC pusat Subang Jaya.

Ahad, 21 Februari 2016

Program 21hb Februari 2016 - Anjuran Belia MTUC bersama MTUC Divisyen Perak

Program Anjuran Belia MTUC dan MTUC Divisyen Perak
21hb Februari 2016
8.00 pagi - 5.00 petang
Bertempat di Ruang Legar Pejabat MTUC Perak.

Program "Hala Tuju Peranan Pekerja Muda dalam Berkesatuan"

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Program yang cukup baik, dalam memberi pendedahan kepada Belia khususnya untuk belia di negeri Perak Darul Ridzuan mengenai pentingnya dan peranan mereka dalam berkesatuan.

Untuk Program kali ini, pihak ibu Pejabat RUM menghantar wakil dari cawangan Ipoh.

Terima kasih kepad pihak MTUC khususnya MTUC Perak diaats penganjuran ini. Moga bermanfaat kepada semua warga pekerja terutama di Perak.


Yb Abdullah Sany, Timbalan Presiden MTUC yang juga Pemangku Presiden MTUC.


Setiausaha Agung MTUC , saudara Gopal..

Terima kasih dan Tahniah diatas kehadiran..

Khamis, 18 Februari 2016

Program Untuk Belia RUM Cawangan Perak anjuran MTUC Perak...

21hb Februari 2016....
Jom beramai-ramai ke sini... Khas untuk orang Perak...
Kami dari pihak RUM akan menghantar wakil dikalangan belia RUM cawangan Ipoh..


Kepada pekerja sekitar Ipoh Perak dijemput ke program forum Pekerja muda "hala tuju dan peranan pekerja muda dalam berkesatuan"
Tarikh : 21 Februari 2016(Ahad)
Masa. : 8pg - 5ptg
Tempat : ruang legar pejabat MTUC Perak
Anjuran : Belia MTUC dgn kerjasama MTUC Perak
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sdara Syamsul Azwan B. Mustar 0124706676 (Setiausaha Belia MTUC)

Belia Rum sertai bantahan kemasukan 1.5 Juta kemasukan Warga Bangladesh..

Bila Belia RUM beraksi...


18hb Februari 2016

Di Pekarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.





Di sini kami beraksi... Demi masa depan anak-anak bangsa akan datang... Tolong jangan sekat "periuk" kami.. Jangan nafikan kemampuan kami.. Terlalu banyak implikasi  kemasukan mereka..

Perlu ditegaskan bahawa, dengan kehadiran kami, bukanlah sebagai penentang, tetapi sebagai pembela kepada kaum pekerja dalam membela nasib generasi akan datang. Kami bukanlah mewakili mana-mana parti politik, jauh sekali mewakili mana-mana kaum. Kami bukan datang sebagai individu tetapi kami datang sebagai wakil belia dan kaum pekerja.

Diharap, segalanya dipermudahkan.. Allah tetap bersama kita... InnsyaAllah...

Terima kasih diucapkan diatas kehadiran dan semangat SOLIDARITI semua pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan di bawah "PAYUNG" MTUC..

Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung MTUC Saudara Gopal dan YB Abdullah Sany yang juga Timbalan Presiden MTUC..

BORN TO BE A FIGHTER...

Selasa, 16 Februari 2016

Program Anjuran MTUC - Menghantar Surat Bantahan dan Protes Kemasukan Pekerja Warga Bangladesh Seramai 1.5 Juta.

InsyaAllah, jika tiada aral, Kami Belia RUM akan menyertai dan menyokong bantahan ini diatas kemasukan seramai 1.5 Juta pekerja Warga Bangladesh.

Seperti yang kita ketahui, terlalu banyak implikasi buruk yang akan berlaku. Disamping ia boleh menyekat peluang pekerjaan, ia juga boleh menyebabkan kejadian jenayah yang tidak terbendung. Tanpa kita sedari, pengaliran wang keluar tanpa dapat dikawal juga boleh berlaku. Lantaran itu, kami menyokong program anjuran MTUC ini...


Di bawah ini, jelas beberapa keratan akhbar yang menunjukkan implikasi buruk kemasukan 1.5 Juta yang akan, boleh dan telah berlaku.
 Program akan dijadualkan :

Tarikh : 18hb Februari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Perkarangan Kementerian Sumber Manusia , Putrajaya


Sabtu, 13 Februari 2016

Majlis Penghantaran Surat Protes dan Bantahan kepada kementerian Sumber Manusia di atas kemasukan 1.5 Juta Pekerja Warga Bangladesh...

AsSalam dan Salam 1 Malaysia...

Atas semangat Solidarity dan Semangat Kesedaran diatas Implikasi Negatif diatas kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke Malaysia, pihak MTUC pusat telah mengadakan satu majlis penghantaran memo protes dan bantahan kepada pihak Kementerian Sumber dan Manusia pada :

18hb Februari 2016 (Khamis)
di perkarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
11.00 pagi..

Diatas semangat kesedaran dan sokongan, kami dipihak belia RUM dan RUM sendiri, akan menghantar 30 ahli belia RUM untuk menyokong protes ini..

Diharap pihak rakan dan kesatuan gabungan MTUC yang lain juga dapat sertai.


Selasa, 3 November 2015

Tahniah kepada NUBE...

TAHNIAH
Saya ADMIN bagi piha RUM dan Belia RUM ingin mengucapkan Tahniah atas kejayaan National Union Bank Employees (NUBE) rakan seperjuangan RUM kerana kejayaan menandatangani Perjanjian Bersama yang je 17.
Mopga selepas ini, segala urusan anda dipermudahkan dan kejayaan akan terus dikecapi...

Tahniah buat Sahabat... Yeaahhh....