nuff

Memaparkan catatan dengan label Pekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekerja. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

04hb Disember 2016 sehingga 17hb Disember 2016 - JILAF Invitation Program

Program ke Jepun selama 2 minggu..
Jemputan JILAF di bawah MTUC..

Program untuk 3 negara iaitu Malaysia, Pakistan dan Filipina.

Seramai 6 peserta dari Malaysia, 5 dari Pakistan dan 3 dari Filipina.

Untuk Malaysia salah seorang adalah dari RUM iaitu sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya.

Hari Pertama 04hb Disember 2016. Berlepas ke Jepun.



JILAF Invitation Program
Hari Ke 2..
"Schedule" hari kedua untuk Team Malaysia, Pakistan dan Filipina..
5hb Disember 2016
09.30-1050 - Orientasi
11.00- 12.00 - Opening Ceremony
12.00- 12.30 - JILAF Introduksi
14.15- 16.00- Perbincangan " Problem Raising at the Starting of Training"
16.15- 17.30- Goal Setting (Setting of Objectives)
*semua masa adalah mengikut jam di Jepun..

JILAF Invitation Program
Hari ke 3..
06hb Disember 2016
10.00-12.30 -Lecture on 'The Role and Issues of the Labour Movement in Japan'
14.30- 17.30 - Visit to JTUC-RENGO (Japanese Trade Union Confederation)

29hb November 2016 - Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)




Tahniah... Barisan Kepimpinan "baru"

05hb November 2016 - Pelajar UTM Skudai - Sesi temuramah dan Perkongsian Perjanjian Bersama.

05hb November 2016
Pertemuan dan Perkongsian Mengenai Kepentingan Berkesatuan dan Perjanjian Bersama.

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Wakil dari RUM adalah Penolong Setiausaha Agong RUM sdr Muhammad Faizal.
Subjek : SHAR 2033 UNDANG-UNDANG INDUSTRI
Assignment : KTM PERJANJIAN BERSAMA
Jurusan : Ijazah Pembangunan Sumber Manusia
Sumber diperolehi dari : suarabeliarum.blogspot.my

Tugsan diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan satu tugasan tentang Perjanjian Bersama, RUM telah direkemendasi oleh pensyarah mereka. Antara sebab RUM diambil sebagai contoh adalah diatas kejayaan menyelesaikan 'kemelut RUM 2014'.
Diharap selepas ini, ilmu dan sebarang berkaitan KESATUAN SEKERJA boleh menarik minat semua pelajar di Malaysia untuk terus dikongsi disamping 'membuka minda' dalam mencambah pengetahuan lebih mendalam ke pengetahuan umum..
Antara mesej yang penting dalam pertemuan ini adalah, " Kesatuan sekerja bukanlah Musuh tetapi adalah penting dalam MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN dalam menjaga Keharmonian dan Kebajikan Pekerja.."

SUARA PEKERJA, SUARA KERAMAT...


Khamis, 25 Ogos 2016

26hb Ogos 2016 - Perjumpaan Kali Ke-2 diantara RUM dan Pihak Pengurusan Antara Bandar..

26hb Ogos 2016..
Jam 10.00 Pagi

Perjumpaan kali kedua mengenai job skop pembantu trafik.
Pertemuan dengan Pengurus Kanan SBU Antarabandar, En Khir Johari.

Kehadiran..

Sdr Muhammad Faizal - Pen. Setiausaha Agung RUM
Sdr Khairunniam - Pembantu Trafik Ipoh
Sdri Shafrine - Pramugari Ipoh
Sdri Madihah - Pramugari Ipoh

Sy tetap dgn pendirian, RUM tidak bersetuju dgn jobskop tersebut yg jelas melanggar syarat2 perkhidmatan, CA..

Antara info yg dapat,
- pengurusan terdesak untk memberi arahan tc menolak push cart (troli) pada 31hb Ogos.
- cadangan untk outsource F n B..

Keputusan..
- Akan diaturkan meeting secara rasmi dgn Pengurus Besar Antarabandar selewat-lewatnya minggu depan. Tunggu panggilan surat rasmi dari Pengurusan Antarabandar.

- Pihak RUM minta penjelasan, clarification Pembantu Trafik, Pramugari/a dan K/T ETS..

Sekian, terima kasih..






17hb Ogos 2016 - Mesyuarat Tabung Kebajikan Pekerja KTMB

17hb Ogos 2016
Jam 2.30 Ptg
di Pejabat GM TMOD

Kehadiran

GM TMOD
GM Kewangan
Wakil SOA
Wakil RUM : Sdr Subramaniam - Setiausaha Agung RUM
                       Sdr Muhammad Faizal - Pen. SU Agung RUM
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 ptg.
Mesyuarat berikutnya pada 18hb Ogos 2016 jam 8.30 pagi.

Terdapat sebanyak 175 Kes.

1.Permohonan untuk Sumbangan :

-Kemalangan
- Penyakit Kritikal
- Pembelian Peralatan Ortopedik
- Kematian
- Saguhati Kerosakan Harta Benda.

2. Dalam Kes kerosakan Harta Benda, ada 3 kes di Tumpat, atap bumbung rosak dan kerosakan pada harta benda dan 6 kes di Bukit Mertajam, rumah terbakar. Kes-kes telah di "KIV" disebabkan tiada laporan penuh dan lengkap. KIV ini adalah untuk mendapatkan laporan lengkap. Majikan akan menulis surat pada kakitangan yang terlibat untuk membolehkan tuntutan dibayar.

3. Permohonan untuk pembelian alat-alat Ortopedik terdapat dua kles telah di KIV kerana tiada butiran dokiumen yang lengkap dan tiada bukti dokumen darisokongan doktor perubatan., Pihak pengurusan akan mulis surat kepada kakitangan terlibat untuk menyediakan dokumen sokongan dari doktor.

4. Lain-lain kes ada laporan lengkap telah diluluskan.




Ahad, 14 Ogos 2016

Elaun Gantian Masa Makan - EGMM

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN (EGMM)

Isu ini banyak dibangkitkan atau dirungutkan oleh ahli-ahli RUM.

Suka saya jelaskan..

Pekerja yang bekerja hendaklah diberi rehat tidak melebihi 5 jam secara berterusan.

RUM menyedari bahawa keperluan kerja KTMB berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" maka pekerja boleh dianjakan jadual waktu makan atau digantikan dengan Elaun Gantian Masa Makan (EGMM).

Namun apa yang berlaku, ada kewujudan "KEGAGALAN" menjadualkan waktu makan, kegagalan menjadualkan waktu makan agak menyukarkan pekerja untuk membuat tuntutan Elaun Gantian Masa Makan, adakala penyelia memotong tuntutan EGMM disebabkan "bukti" jadual waktu makan tidak wujud.

Ini menghakibatkan "penganiayaan" kepada pekerja.

Justeru itu RUM mengharapkan semua pekerja di JADUALKAN waktu makan bagi memastikan kelayakkan tuntutan EGMM.

Ingatan kepada pekerja pastikan waktu makan adalah dalam masa yang dijadualkan, waktu makan tidak boleh ditentukan oleh mana-mana pekerja kecuali penyelia atau pegawai atasannya dan hendaklah secara hitam putih sebagai bukti dokumen.

Pegawai Cawangan sila ambil maklum, pastikan semua pekerja dijadualkan waktu makan dan sila bangkitkan dalam Mesyuarat Perbincangan Wilayah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Khamis, 17 Mac 2016

Sejarah 16hb Mac 2016 buat KTMB

Alhamdulillah dan sekalung ucapan Tahniah dan Terima Kasih buat pimpinan Presiden KTMB Dato' Hj Sarbini bin Tijan. Buat sekian kalinya, sejak memimpin KTMB, DHST sekali lagi berjaya mencipta kejayaan dan sejarah buat warga KTMB. 16hb Mac 2016 adalah tarikh keramat diatas kejayaan melakukan "Roll Over" Jambatan Kemubu pada jam 3.30 petang. Seperti yang diketahui umum, jambatan tersebut  telah musnah teruk akibat dari banjir besar yang melanda Kelantan dan Pantai Timur tahun lalu.

Info yang admin dapat adalah, kini hanya menunggu kelulusan dari SPAD untuk larian tren komersal.
Syabas dan Tahniah buat DHST dan kru-kru yang terlibat dalam pemulihan landasan Pantai Timur serta Jambatan Kemubu.



credit gambar untuk Dato' Ir Nawawi Ahmad

Khamis, 18 Februari 2016

Program Untuk Belia RUM Cawangan Perak anjuran MTUC Perak...

21hb Februari 2016....
Jom beramai-ramai ke sini... Khas untuk orang Perak...
Kami dari pihak RUM akan menghantar wakil dikalangan belia RUM cawangan Ipoh..


Kepada pekerja sekitar Ipoh Perak dijemput ke program forum Pekerja muda "hala tuju dan peranan pekerja muda dalam berkesatuan"
Tarikh : 21 Februari 2016(Ahad)
Masa. : 8pg - 5ptg
Tempat : ruang legar pejabat MTUC Perak
Anjuran : Belia MTUC dgn kerjasama MTUC Perak
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sdara Syamsul Azwan B. Mustar 0124706676 (Setiausaha Belia MTUC)

Belia Rum sertai bantahan kemasukan 1.5 Juta kemasukan Warga Bangladesh..

Bila Belia RUM beraksi...


18hb Februari 2016

Di Pekarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.





Di sini kami beraksi... Demi masa depan anak-anak bangsa akan datang... Tolong jangan sekat "periuk" kami.. Jangan nafikan kemampuan kami.. Terlalu banyak implikasi  kemasukan mereka..

Perlu ditegaskan bahawa, dengan kehadiran kami, bukanlah sebagai penentang, tetapi sebagai pembela kepada kaum pekerja dalam membela nasib generasi akan datang. Kami bukanlah mewakili mana-mana parti politik, jauh sekali mewakili mana-mana kaum. Kami bukan datang sebagai individu tetapi kami datang sebagai wakil belia dan kaum pekerja.

Diharap, segalanya dipermudahkan.. Allah tetap bersama kita... InnsyaAllah...

Terima kasih diucapkan diatas kehadiran dan semangat SOLIDARITI semua pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan di bawah "PAYUNG" MTUC..

Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung MTUC Saudara Gopal dan YB Abdullah Sany yang juga Timbalan Presiden MTUC..

BORN TO BE A FIGHTER...

Selasa, 16 Februari 2016

Program Anjuran MTUC - Menghantar Surat Bantahan dan Protes Kemasukan Pekerja Warga Bangladesh Seramai 1.5 Juta.

InsyaAllah, jika tiada aral, Kami Belia RUM akan menyertai dan menyokong bantahan ini diatas kemasukan seramai 1.5 Juta pekerja Warga Bangladesh.

Seperti yang kita ketahui, terlalu banyak implikasi buruk yang akan berlaku. Disamping ia boleh menyekat peluang pekerjaan, ia juga boleh menyebabkan kejadian jenayah yang tidak terbendung. Tanpa kita sedari, pengaliran wang keluar tanpa dapat dikawal juga boleh berlaku. Lantaran itu, kami menyokong program anjuran MTUC ini...


Di bawah ini, jelas beberapa keratan akhbar yang menunjukkan implikasi buruk kemasukan 1.5 Juta yang akan, boleh dan telah berlaku.
 Program akan dijadualkan :

Tarikh : 18hb Februari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Perkarangan Kementerian Sumber Manusia , Putrajaya


Sabtu, 13 Februari 2016

Majlis Penghantaran Surat Protes dan Bantahan kepada kementerian Sumber Manusia di atas kemasukan 1.5 Juta Pekerja Warga Bangladesh...

AsSalam dan Salam 1 Malaysia...

Atas semangat Solidarity dan Semangat Kesedaran diatas Implikasi Negatif diatas kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke Malaysia, pihak MTUC pusat telah mengadakan satu majlis penghantaran memo protes dan bantahan kepada pihak Kementerian Sumber dan Manusia pada :

18hb Februari 2016 (Khamis)
di perkarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
11.00 pagi..

Diatas semangat kesedaran dan sokongan, kami dipihak belia RUM dan RUM sendiri, akan menghantar 30 ahli belia RUM untuk menyokong protes ini..

Diharap pihak rakan dan kesatuan gabungan MTUC yang lain juga dapat sertai.


Isnin, 8 Februari 2016

Perbezaan...

Perbezaan... Ermmmm....

Program Lawatan Kerja Ke Seluruh Cawangan di peringkat Belia RUM





As Salam semua. Panjatkan kesyukuran dan salam seta selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W...

Program dalam jangkaan untuk sepanjang tahun 2016 bagi Belia RUM. InsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, Belia RUM akan mengadakan Lawatan Kerja ke seluruh Cawangan di seluruh Malaysia bermula hujun bulan Februari ini.

InnsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, kami akan memulakan sesi lawatan secara berperingkat. dipecahkan kepada 4 fasa, bermula 28hb Februari ini ke cawangan Selatan, diikuti cawangan Pantai Timur, Cawangan Utara dan akhir sekali Wilayah Tengah.

Untuk pengetahuan ahli, khususnya diperingkat belia, sebarang update mahupun perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.. Anda boleh hubungi AJK belia RUM mahupun Pengerusi Belia RUM sendiri untuk perkembangan lanjut di Facebook ataupun talian 03-22745354 atau 012-6542137. Sekian terima kasih.

Biar GAMBAR ini berbicara.. Perlunya KESATUAN

Kesedaran perlu ada.. Ketahui apa itu KESATUAN, Perlunya BERKESATUAN, apa tanggungjawab kesatuan dan apa tanggungjawab anda selaku pekerja mahupun ahli kesatuan...

Rabu, 20 Januari 2016

Pogram Pertama 2016 untuk RUM dan Belia RUM - RUNDINGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 (CA) Di ANTARA KTMB DAN RUM

RUNDINGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 DI ANTARA KTMB DAN RUM

Alhamdulillah, program pertama untuk tahun 2016 adalah rundingan perjanjian bersama ke 8 (CA) berjalan dengan baik dan harmoni. Perundingan ini adalah diantara Panel RUM dan KTMB di Langkawi untuk pengetahuan semua, makluman ahli-ahli RUM, rundingan ini diadakan di Hotel Adya, Pulau Langkawi pada 10hb - 14hb Januari 2016.




Untuk pengetahuan semua juga , panel perundingan bagi pihak KTMB yang diketuai oleh Tuan Haji Helmi Mohamad Senior Vise President serta semua panel KTMB lembut dan terbuka hatinya mempertimbangkan tuntutan RUM melalui Draf Perjajian Bersama yang telah dihantar pada 1.10.2015.
PANEL PERUNDINGAN CA KE 8
PANEL PERUNDING KTMB
SVP. TN. HJ. HELMI MOHAMAD
GM TMOD Tn. Hj Helmi Hasan
GM FINANCE Pn. Haslina
GM Fleet. Johari Kamal
GM Kargo Zain Taha.
GM TMO Hider
Secretariat 5 orang
PANEL PERUNDING RUM
1. Mokhtar (Ketua Perunding RUM) Tim Pres
2. Maniam (Perunding) S.Agung
3. Hairuddin (Perunding) B.Agung
4. Fadzli (Perunding @ Secretariat) Pen.S.Agung
5. Suraya (Perunding @ Secretariat)Pen.B.Agung
6. Roslan (Perunding) Naib Pres
7. Faizal (Perunding) Pengerusi Belia @ Exco
8. Razak (Perunding @ Secretariat) President

Berberapa Artikel telah dipersetujui bersama dan ada yang tertangguh (kiv) berikutan tidak ada persetujuan, In Syaa Allah akan disambung semula perbincangan di Kuala Lumpur.
Secara amnya boleh dikatakan sangat baik.
Terima Kasih kepada Tuan Haji Helmi Mohamad dan semua panel KTMB yang memahami kehendak pekerja walaupun RUM juga amat memahami kekangan kewangan KTMB.
Namun ianya juga bergantung kepada kelulusan Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan setelah perbincangan akhir yang akan dibincangkan di Kuala Lumpur setelah mendapat persetujuan bersama.
Mudah-mudahan kelulusan dapat diberikan oleh Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan.
Perbincangan Perjanjian Bersama berakhir dengan menandatangani dokumen persetujuan bersama disamping pemberian cenderahati diantara kedua-dua pihak.