nuff

Memaparkan catatan dengan label Keselamatan di Tempat Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan di Tempat Kerja. Papar semua catatan

Khamis, 1 September 2016

2hb September 2016.. Mesyuarat JawatanKuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP) Peringkat Induk Kali Ke 3/2016..

Mesyuarat JawatanKuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP) Peringkat Induk kali ke 3/2016

Tarikh : 2 September 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,
Ibu Pejabat Korporat KTMB.
Jam : 10.00 Pagi.

Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan Pengerusi.
2. Menyemak dan Membincangkan isu-isu berbangkit dari minit mesyuarat JKKP Induk ke 2/2016.
3. Membincangkan Hal-Hal Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
4 Ucapan Penangguhan.



Ucapan Pengerusi, DHST..
- Peringatan mengenai virus Zika.
- Bersama-sama berganding bahu bekerjasama menjaga keselamatan..
- Mulai 9hb September, sempena raya haji, larian tren lebih banyak terutama melibatkan ETS, tren penumpang dsbgnya..
- Mulai 1hb september, komuter utara extend dari kamunting ke pdg rengas.
-Melaksanakan pogram gotong-royong, kempen keselamatan..

Ucapan Wakil Kesatuan, Sdr Mokhtar.
- Memaklumkan ketidakhadiran Presiden RUM yang ada urusan Kesatuan di luar.
-Ucapan terima kasih kepada En. Suhaimi sebab berjaya memanggil kesatuan ke mesyuarat dengan makluman seawal 2 minggu berserta dengan minit mesyuarat. Juga mengucapkan tahniah kepada DHST diatas pertemuan pada 29hb Ogos berjumpa dengan PM, dan pihak kesatuan terdengar ada keputusan yg positif dari pertemuan itu dan mohon perkongsian.
- Tahniah juga diucapkan kepada Pihak Pengurusan Fleet kerana berjaya mengosongkan depoh kls namun agak kecewa disebabkan semasa pengosongan, berlaku derailment di Chamek walaupun ada aduan mengenai 2 kali jajaran "parted" dan ada roda tajam semasa lansiran.
- Penekanan keselamatan di terowong klsd.
- 1 trend baru perletakan jawatan jurutera seolah2 satu tindakan sabotaj kpd pengurusan ktmb.


Ahad, 14 Ogos 2016

12 Ogos 2016.. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter

12 Ogos 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter
Mesyuarat Kali pertama bagi sesi 2016

Mesyuarat telah diadakan di bilik Mesyuarat Pejabat Pengurus Wilayah Tengah, KL Sentral.
Jam 9.30 Pagi..

Kehadiran RUM..

i) Sdr Muhammad Faizal, Penolong SU Agung RUM
ii) Sdr Azman Eusoff , EXCO Gerakan Loko.
iii) Sdr Ridza Ashriq , SU Cawangan KL

  Keputusan Mesyuarat :

Teguran telah diberikan oleh Penolong Setiausaha Agung RUM, sdr Muhammad Faizal, antaranya :
 i) Mesyuarat sebelum ini pada 29 Disember 2015, dijalankan tanpa kehadiran wakil RUM.
ii) Panggilan mesyuarat kali ini di panggil disaat akhir, seolah-olah pihak SBU memandang remeh isu
     Keselamatan dan tidak menghormati RUM selaku Badan Perunding Tunggal bagi pihak pekerja.
iii) Mesyuarat selepas ini telah ditetapkan tarikh pada 07 Oktober 2016 dan 02 Disember 2016.


Selasa, 9 Februari 2016

Keselamatan... Viralkan...

Mohon, viralkan.. Mungkin perkara yang sepatutnya kita perlu ambil berat sudah lama dulu...
Sedar atau tidak, kita membahayakan nyawa kita terutama kanak-kanak.. benda yang sudah lama dipraktikkan di luar, namun perkara ini dipandang sepi di Malaysia.. MOHON SHARE DAN VIRALKAN...

terima kasih kepada aktor mustapha kamal atas infonya...

Isnin, 8 Februari 2016

Keselamatan tanggungjawab bersama... kes 08hb Februari 2016

Bukan mahu menunding jari dan ADMIN rasa tak perlu menunding jari... Admin sekadar berharap kejadian ini dijadikan pengajaran dan perlu ada TINDAKAN SUSULAN dan mohon agar semua berhati-hati... Tak sepatutnya kejadian ini berlaku dan berharap kejadian yang sama TIDAK BERULANG lagi..
Al-Fatihah dan semoga mangsa dan keluarga tabah..

sumber facebook