nuff

Memaparkan catatan dengan label Lain-Lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-Lain. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

04hb Disember 2016 sehingga 17hb Disember 2016 - JILAF Invitation Program

Program ke Jepun selama 2 minggu..
Jemputan JILAF di bawah MTUC..

Program untuk 3 negara iaitu Malaysia, Pakistan dan Filipina.

Seramai 6 peserta dari Malaysia, 5 dari Pakistan dan 3 dari Filipina.

Untuk Malaysia salah seorang adalah dari RUM iaitu sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya.

Hari Pertama 04hb Disember 2016. Berlepas ke Jepun.



JILAF Invitation Program
Hari Ke 2..
"Schedule" hari kedua untuk Team Malaysia, Pakistan dan Filipina..
5hb Disember 2016
09.30-1050 - Orientasi
11.00- 12.00 - Opening Ceremony
12.00- 12.30 - JILAF Introduksi
14.15- 16.00- Perbincangan " Problem Raising at the Starting of Training"
16.15- 17.30- Goal Setting (Setting of Objectives)
*semua masa adalah mengikut jam di Jepun..

JILAF Invitation Program
Hari ke 3..
06hb Disember 2016
10.00-12.30 -Lecture on 'The Role and Issues of the Labour Movement in Japan'
14.30- 17.30 - Visit to JTUC-RENGO (Japanese Trade Union Confederation)

27hb November 2016 - Majlis Makan Malam Solidariti

MAJLIS MAKAN MALAM SOLIDARITY

UNI-GLC telah menganjurkan Majlis Makan Malam Solidarity semalam 26/11.2016 dengan tetamu kehormatnya adalah YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal Presiden UNI - GLC yang menjemput RUM di Majlis Makan Malam Solidarity.

RUM juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepucuk surat kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri mengenai beberapa perkara dan memohon temu janji kepada YAB Dato Seri, harapan RUM Dato Seri PM dapat memberi sedikit ruang masa untuk bertemu dengan YAB Dato Seri Perdana Menteri bagi tujuan menjelaskan beberapa isu khususnya kedudukan kewangan KTMB dan Pengambilalihan Aset Keretapi oleh RAC.

Gambar di bawah YAB Dato Seri Perdana Menteri sedang membaca surat RUM, terima kasih YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang sudi mengambil kesempatan membaca surat dari RUM, harapan kami pertemuan selanjutnya dapat diadakan.

copy paste dar fesbuk suaraRUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

05hb November 2016 - Pelajar UTM Skudai - Sesi temuramah dan Perkongsian Perjanjian Bersama.

05hb November 2016
Pertemuan dan Perkongsian Mengenai Kepentingan Berkesatuan dan Perjanjian Bersama.

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Wakil dari RUM adalah Penolong Setiausaha Agong RUM sdr Muhammad Faizal.
Subjek : SHAR 2033 UNDANG-UNDANG INDUSTRI
Assignment : KTM PERJANJIAN BERSAMA
Jurusan : Ijazah Pembangunan Sumber Manusia
Sumber diperolehi dari : suarabeliarum.blogspot.my

Tugsan diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan satu tugasan tentang Perjanjian Bersama, RUM telah direkemendasi oleh pensyarah mereka. Antara sebab RUM diambil sebagai contoh adalah diatas kejayaan menyelesaikan 'kemelut RUM 2014'.
Diharap selepas ini, ilmu dan sebarang berkaitan KESATUAN SEKERJA boleh menarik minat semua pelajar di Malaysia untuk terus dikongsi disamping 'membuka minda' dalam mencambah pengetahuan lebih mendalam ke pengetahuan umum..
Antara mesej yang penting dalam pertemuan ini adalah, " Kesatuan sekerja bukanlah Musuh tetapi adalah penting dalam MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN dalam menjaga Keharmonian dan Kebajikan Pekerja.."

SUARA PEKERJA, SUARA KERAMAT...


22hb Oktober 2016 - Persidangan Perwakilan MTUC Bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan.


Persidangan perwakilan MTUC bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan yang telah dihadiri hampir 400 orang wakil kesatuan pekerja awam dan swasta yang terdiri dari 70 Kesatuan Sekerja yang mewakili suara pekerja diseluruh Malaysia.

Tempat pengundian adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan Subang Jaya.

RUM menghantar 10 Perwakilan untuk pengundian ini. Mereka adalah Sdr Mokhtar Ismail, Sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya, Sdr Azran, Sdr Yusri Yazan, Sdr Firdaus Bin Nizan, Sdr Alif Sabri, Sdr Zahit, Sdr Azman Eusoff, Sdr Roslan Ismail dan Sdr Md Isah Zainudin.

5 kerusi jawatan yang terdiri daripada Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari telah ada pengundian pada penggal kali ini.

Calon bagi Pengerusi adalah diantara sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) dan sdr Rajamorganan a/l Narunan (BIEU).

Calon bagi Timbalan Pengerusi pula diantara sdr Mohd Faisal bin Abu Bakar (PERODUA) dan sdr Mahfudz Harun ( FIEU).

Bagi calon Setiausaha pula adalah diantara sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) dan sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU).

Untuk calon Penolong Setiausaha adalah sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dan sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW).

Akhir sekali, Calon bagi Bendahari adalah sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) dan sdr Mohd Rizal bin Mahat (MCFEU).



Berikut adalah keputusan :

Pengerusi
sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) menang dengan 174 undi bebalas 138 undi. Terdapat 2 undi rosak.

Timbalan Pengerusi
sdr Mahfudz Harun ( FIEU) menang dengan 157 undi berbalas 154 undi. Terdapat 1 undi rosak.

Setiausaha
sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) menang dengan 180 undi berbanding 132 undi bagi  sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU). Terdapat 1 undi rosak.

Penolong Setiausaha
 sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW) menang dengan 163 undi menewaskan sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dengan 163 undi berbalas 149 undi dimana terdapat 2 undi rosak.

Bendahari
sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) 174 undi dan sdr Mohd Rizal bin Mahat 137 undi (MCFEU). 1 undi rosak.


Selasa, 22 November 2016

18hb Oktober 2016 - Workers Walk 2016

Atas semangat Solidarity, RUM menghantar seramai 20 orang untuk menghadiri Workers Walk 2016 (WW) anjuran MTUC Divisyen Selangor.






10hb Oktober 2016 - Pertemuan Beberapa Pegawai Kesatuan Gabungan MTUC dengan Tan Sri Hj Noh Omar.

Alhamdulillah, wakil RUM sdr Muhammad Faizal yang juga Penolong Setiausaha Agung RUM bersama sdr Roslan Ismail telah dijemput untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hj Noh Omar di Putrajaya.





Terima kasih kepada TSNO diatas kesudian bertentang empat mata dengan kami, beberapa pemimpin kesatuan dibawah gabungan MTUC. Beliau cukup ramah dan 'sempoi". Tabik untuk beliau. Sekurang-kurangnya sudi turun padang dalam mendengar keluhan dan isu "PEKERJA"..

Ahad, 14 Ogos 2016

Imuniti Kesatuan...


Perlu tahu....



12 Ogos 2016.. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter

12 Ogos 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter
Mesyuarat Kali pertama bagi sesi 2016

Mesyuarat telah diadakan di bilik Mesyuarat Pejabat Pengurus Wilayah Tengah, KL Sentral.
Jam 9.30 Pagi..

Kehadiran RUM..

i) Sdr Muhammad Faizal, Penolong SU Agung RUM
ii) Sdr Azman Eusoff , EXCO Gerakan Loko.
iii) Sdr Ridza Ashriq , SU Cawangan KL

  Keputusan Mesyuarat :

Teguran telah diberikan oleh Penolong Setiausaha Agung RUM, sdr Muhammad Faizal, antaranya :
 i) Mesyuarat sebelum ini pada 29 Disember 2015, dijalankan tanpa kehadiran wakil RUM.
ii) Panggilan mesyuarat kali ini di panggil disaat akhir, seolah-olah pihak SBU memandang remeh isu
     Keselamatan dan tidak menghormati RUM selaku Badan Perunding Tunggal bagi pihak pekerja.
iii) Mesyuarat selepas ini telah ditetapkan tarikh pada 07 Oktober 2016 dan 02 Disember 2016.


Al- Fatihah.. 11 Julai 2016.. Mantan Setiausaha Agung RUM..


Al- Fatihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Sdr Jaafar Alias, mantan Setiausaha Agung RUM..
Sesungguhnya yang pergi tetapkan pergi, ADMIN doakan mogah rohnya ditempatkan dikalangan yang Beriman..AMIN...

RALLY Hari Pekerja 21 Mei 2016...





Gambar-gambar ketika Rally...





Info

Mesy. Ajk Kerja telah memutuskan membantah penyerahan aset keretapi kepada perbadanan aset keretapi. Semua pendapatan aset KTM mulai 1 Nov 2010 akan diserahkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Difahamkan seramai 230 pekerja hartanah akan diserapkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Memorandum Bantahan akan dihantar pada YAB Perdana Menteri sedikit masa lagi. Namun demikian tidak menolak hak Kerajaan, tetapi hak kesatuan adalah bersuara bagi menyatakan bahawa ada yang tak kena dalam pelaksanaan.

Sebab Bantahan

1. Tiada penjelasan rasmi atau penerangan dari Pengurusan KTMB.
2. Semua aset yang dikendalikan adalah pendapatan KTMB, bilamana ianya diserahkan kepada Perbadanan aset keretapi, maka KTMB akan hilang pendapatan, disedari bahawa KTMB adalah syarikat yang tidak menguntungkan, tambahan pula kerajaan kini tidak berupaya menyuntik kewangan kepada KTMB.
3. Kuarters KTMB dijangka juga dibawah pengurusan Perbadanan Aset Keretapi, dikuatiri akan mengakibatkan kos kenaikan sewa kuarters akan dinaikan, sedangkan pekerja KTMB berpendapatan rendah.
4. Bila mana Aset Keretapi bukan lagi milik KTMB maka KTMB hanya beroperasi berdasarkan kepada operasi perniagaannya, hanya semata larian tren penumpang dan larian tren barang sahaja.
5. Kedudukan pekerja aset KTMB atau jabatan hartanah KTMB, masih tiada gambaran jelas, apa yang dikuatiri mereka berkemungkinan akan di VSSkan kemudian akan diletakan sebagai pekerja kontrak, ini berisiko, atau apa sistem yang akan digunakan utk memastikan mereka tidak terhakis sebarang faedah yang dinikmati.
6. Penyerahan aset keretapi kepada pihak2 tertentu akan menjadi mudah, tanpa bantahan dari RUM.
7. Mempermudahkan kepada pengurusan KTMB untuk mengecilkan KTMB, SBU Kargo, SBU penumpang, SBU Komuter dan lain2 akan lebih mudah dianaksyarikatkan atau di outsource, atau dijual kepada syarikat swasta.
8. Tanggungjawab sosial kepada rakyat akan terhakis.
9. Pengecilan atau pengapusan kesatuan secara berperingkat2.

Kesatuan berpendirian menolak cadangan ini.

Cadangan.

1. Kekalkan KTMB seperti sedia kala. Aset amat penting bagi membantu sumber pendapatan KTMB, terbukti dinegara luar seperti Jepun mengunakan aset sepenuhnya untuk membantu menambah pendapatan dan menaik taraf sistem perkeretapian.

2. Hanya Warga KTMB yang mampu mengenali KTMB, Faham Bahasa Keretapi, serta layak menerajui KTMB.

3. Penjawat Awam khususnya dari MoF dan MoT, mereka adalah muka baru, tolong mengenali KTMB, belajar apa yang ada dalam KTMB, memastikan KTMB adalah perkhidmatan sosial dan jangan cari jalan kerja mudah.


4. Kembalikan KTMB kepada sektor awam, jangan malu menarik balik status swasta, kerana perkhidmatan KTMB adalah perkhidmatan berorintasikan perkhidmatan sosial dari Kerajaan untuk rakyat.


Rally RUM... Bantahan Pengambilan ASET Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Selepas kemelut 2014, kita sekali lagi menhadapai cabaran BESAR pada 2016. Kali ini datang dari Perbadanan Aset Keretapi (PAK @ RAC).

Justeru, RUM Pusat membantah apa jua cubaan yang cuba dilakukan oleh PAK dalam pengambilan aset KTMB.

RUM merangka untuk  melakukan RALLY untuk menarik perhatian KERAJAAN PUSAT dan mengambil perhatian demi menyelamatkan KTMB, maka selamatlah PEKERJA.


Terima Kasih daun keladi atas perhatian..


Namun, apa jua, atas PRINSIP KESATUAN, RUM tetap akan melakukan RALLY untuk terus beri tekanan kepada RAC meupakan hasrat mereka dalam pengambilalihan ASET-ASET KTMB.

Khamis, 21 Julai 2016

Lawatan Kerja Fasa Terakhir - Cawangan Wilayah Tengah

Penghujung April 2016

Lawatan Kerja fasa ke 4 yang juga fasa terakhir.
Destinasi ke seluruh cawangan Wilayah Tengah yang meliputi Cawangan Kuala Lumpur, Cawangan Sentul dan Cawangan Pelabuhan Klang.

Lawatan ini mengambil masa lebih kurang 4 hari bermula 25hb April dan berakhir pada 29hb April 2016.

Destinasi pertama kami adalah ke Depoh Ang Seng, Kuala Lumpur pada 25hb April 2016.


Destinasi Pertama, Behrang.
Hari Ke 2, 26hb April 2016


Destinasi Kedua Tg Malim


Destinasi ke 3, Rawang.
Meliputi Urusan Jalan, Operasi, Fleet dan Semboyan.


Destinasi ke 4, Kuang


Destinasi Ke 5, Kepong Sentral.


Destinasi k 6, Sentul



Hari ke 3, 27hb April 2016
Destinasi Pertama, Seremban.
Meliputi Jabatan Operasi, Elektrifikasi, Semboyan dan Urusan Jalan.

Destinasi Ke 2, Sungai Gadut.

Destinasi Ke 3, Senawang.

Destinasi Ke 4, Kajang (Fasiliti)

Destinasi Ke 5, Bandar Tasik Selatan.


Destinasi terakhir, Salak Selatan (Elektrifikasi)




Hari Ke 4, 28hb April; 2016

Antara destinasi dikunjungi ialah Ke Stesen Kuala Lumpur ( Semboyan), Stesen Kuala Lumpur platform 2/3 dan Dayabumi, Sungai Buloh, Stesen KL Sentral dan Stesen Kuala Lumpur (Operasi).

Destinasi pertama
KLO (Semboyan)




Platform 2/3

Dayabumi

Kl Sentral (CTC)



Destinasi ke 2,
Sungai Buloh



Destinasi Ke 3,
KLO (Bilik TASWA)



Hari Terakhir
29hb April 2016.

Destinasi yang sepatutnya mengikut jadual asal, Pelabuhan Klang 10.00 Pagi, Klang 12.00 Tengah Hari dan Shah Alam 3.00 Petang.. Disebabkan permintaan Setiausaha Cawangan Pelabuhan Klang, jadual dipinda dan destinasi pertama diptukarkan ke Stesen Jalan Kastam.







Namun, sungguh mengecewakan, disebabkan ada beberapa masalah dan insiden telah berlaku, Disebabkan kekecohan yang telah dilakukan oleh seorang AHLI RUM, telah mengamuk dan program seterusnya terpaksa dibatalkan.