nuff

Memaparkan catatan dengan label Kritik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kritik. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2016

12 Ogos 2016.. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter

12 Ogos 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter
Mesyuarat Kali pertama bagi sesi 2016

Mesyuarat telah diadakan di bilik Mesyuarat Pejabat Pengurus Wilayah Tengah, KL Sentral.
Jam 9.30 Pagi..

Kehadiran RUM..

i) Sdr Muhammad Faizal, Penolong SU Agung RUM
ii) Sdr Azman Eusoff , EXCO Gerakan Loko.
iii) Sdr Ridza Ashriq , SU Cawangan KL

  Keputusan Mesyuarat :

Teguran telah diberikan oleh Penolong Setiausaha Agung RUM, sdr Muhammad Faizal, antaranya :
 i) Mesyuarat sebelum ini pada 29 Disember 2015, dijalankan tanpa kehadiran wakil RUM.
ii) Panggilan mesyuarat kali ini di panggil disaat akhir, seolah-olah pihak SBU memandang remeh isu
     Keselamatan dan tidak menghormati RUM selaku Badan Perunding Tunggal bagi pihak pekerja.
iii) Mesyuarat selepas ini telah ditetapkan tarikh pada 07 Oktober 2016 dan 02 Disember 2016.


Rally RUM... Bantahan Pengambilan ASET Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Selepas kemelut 2014, kita sekali lagi menhadapai cabaran BESAR pada 2016. Kali ini datang dari Perbadanan Aset Keretapi (PAK @ RAC).

Justeru, RUM Pusat membantah apa jua cubaan yang cuba dilakukan oleh PAK dalam pengambilan aset KTMB.

RUM merangka untuk  melakukan RALLY untuk menarik perhatian KERAJAAN PUSAT dan mengambil perhatian demi menyelamatkan KTMB, maka selamatlah PEKERJA.


Terima Kasih daun keladi atas perhatian..


Namun, apa jua, atas PRINSIP KESATUAN, RUM tetap akan melakukan RALLY untuk terus beri tekanan kepada RAC meupakan hasrat mereka dalam pengambilalihan ASET-ASET KTMB.

Rabu, 13 April 2016

31hb Mac 2016 .. Sidang Akhbar bantah Perbadanan Aset Keretapi (RAC)



Bantah...Selagi Ada Hayat Dikandung Badan, Bantah Tetap Bantah!!!!!



Bantahan adalah demi memelihara dan menyelamatkan masa depan KTMB dan juga Pekerja. Implikasi buruk juga akan melibatkan Rakyat di Malaysia ini khususnya. Bukti sudah ada, Penswastaan tidak memberi impak positif kepada syarikat mahupun pekerja....

Khamis, 25 Februari 2016

Akhbar Sinar 25hb Februari 2016

TERTUDUH MENANGIS DALAM MAHKAMAH


Dua warga Bangladesh ini mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan senegara mereka di mahkamah sesyen, semalam.



KUALA TERENGGANU - Dua warga Bangladesh menangis teresak-esak di kandang tertuduh selepas dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, kerana melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu.

Md Moktar, 33, dan rakan senegaranya Ripon, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas masing-masing mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan senegaranya, Debu Mondal, 36, pada 3 Disember 2015, jam 9 malam.

Mereka berdua mengaku salah melakukan jenayah terbabit di Taman D’ Putera Kampung Raja, Besut, dengan merompak dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM5,300 milik mangsa.

Kedua-duanya turut mengaku salah, semasa kejadian telah melakukan perkara yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap mangsa kerana menggunakan sebatang kayu.

Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, dengan tiga lagi rakan mereka yang masih bebas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noorjidah Mohd Jusan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mohd Azhar membuat keputusan berkenaan selepas mempertimbangkan rayuan serta penjelasan mangsa yang telah memaafkan kedua-dua mereka, dengan harapan tidak mengulangi lagi perbuatan itu pada masa akan datang.

“Saya dengan ikhlas telah memaafkan perbuatan mereka terhadap saya sebelum ini dan saya harap hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada mereka selepas ini,” katanya dalam kandang saksi mahkamah, semalam.


Dalam masa sama, berlaku ‘drama air mata’ apabila ketiga-tiga rakan senegara ini bersalaman di antara satu sama lain selepas mahkamah membenarkan mangsa menemui kedua-duanya yang ketika itu berada di kandang pesalah, sebelum hukuman dijatuhkan.






Bukan berniat untuk mempersoalkan kredibiliti hakim... tetapi, SAYA bayangkan apabila ianya dilakukan oleh RAKYAT kita mahupun WARGA KITA? Apakah ada KEADILAN disini?? Yang salah tetap salah... itulah REALITINYA...

Mutiara Kata dari Dr Burhanuddin Helmy


Kalau TAKUT dalam PERJUANGAN, jangan bicara TENTANG PERJUANGAN dan KEADILAN...

Khamis, 18 Februari 2016

Belia Rum sertai bantahan kemasukan 1.5 Juta kemasukan Warga Bangladesh..

Bila Belia RUM beraksi...


18hb Februari 2016

Di Pekarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.





Di sini kami beraksi... Demi masa depan anak-anak bangsa akan datang... Tolong jangan sekat "periuk" kami.. Jangan nafikan kemampuan kami.. Terlalu banyak implikasi  kemasukan mereka..

Perlu ditegaskan bahawa, dengan kehadiran kami, bukanlah sebagai penentang, tetapi sebagai pembela kepada kaum pekerja dalam membela nasib generasi akan datang. Kami bukanlah mewakili mana-mana parti politik, jauh sekali mewakili mana-mana kaum. Kami bukan datang sebagai individu tetapi kami datang sebagai wakil belia dan kaum pekerja.

Diharap, segalanya dipermudahkan.. Allah tetap bersama kita... InnsyaAllah...

Terima kasih diucapkan diatas kehadiran dan semangat SOLIDARITI semua pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan di bawah "PAYUNG" MTUC..

Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung MTUC Saudara Gopal dan YB Abdullah Sany yang juga Timbalan Presiden MTUC..

BORN TO BE A FIGHTER...

Selasa, 16 Februari 2016

Program Anjuran MTUC - Menghantar Surat Bantahan dan Protes Kemasukan Pekerja Warga Bangladesh Seramai 1.5 Juta.

InsyaAllah, jika tiada aral, Kami Belia RUM akan menyertai dan menyokong bantahan ini diatas kemasukan seramai 1.5 Juta pekerja Warga Bangladesh.

Seperti yang kita ketahui, terlalu banyak implikasi buruk yang akan berlaku. Disamping ia boleh menyekat peluang pekerjaan, ia juga boleh menyebabkan kejadian jenayah yang tidak terbendung. Tanpa kita sedari, pengaliran wang keluar tanpa dapat dikawal juga boleh berlaku. Lantaran itu, kami menyokong program anjuran MTUC ini...


Di bawah ini, jelas beberapa keratan akhbar yang menunjukkan implikasi buruk kemasukan 1.5 Juta yang akan, boleh dan telah berlaku.
 Program akan dijadualkan :

Tarikh : 18hb Februari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Perkarangan Kementerian Sumber Manusia , Putrajaya


Selasa, 9 Februari 2016

Realitinya....

Realitinya.. sama ada kita sedari atau tidak, tapi inilah yang berlaku...
Sebab itu, perlu dan wujudnya kesatuan sekerja, demi kelangsungan keharmonian dan wujudnya keseimbangan dari setiap segi...

Isnin, 8 Februari 2016

Kenyataan TMJ

TERBAEK... Kenyataan TMJ, admin tersangat-sangat setuju... Perlu FAHAM antara Tanggungjawab, TUGAS, KEHENDAK dan KEPERLUAN... ada nak tambah??

Keselamatan tanggungjawab bersama... kes 08hb Februari 2016

Bukan mahu menunding jari dan ADMIN rasa tak perlu menunding jari... Admin sekadar berharap kejadian ini dijadikan pengajaran dan perlu ada TINDAKAN SUSULAN dan mohon agar semua berhati-hati... Tak sepatutnya kejadian ini berlaku dan berharap kejadian yang sama TIDAK BERULANG lagi..
Al-Fatihah dan semoga mangsa dan keluarga tabah..

sumber facebook


Selasa, 24 November 2015

BUKTI JELAS.....

JELAS... Ini la sikap salah seorang MUSUH KTMB, musuh KESATUAN, MUSUH RUM, MUSUH PEKERJA.... Mantan Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan... Terlalu banyak Penganiayaan yang dia telah lakukan... MENCIPTA isu yang tak betul untuk bebrapa pekerja dikenakan TINDAKAN TATATERTIB... ini lah rupa dan sikap bekas "BALACI" mantan Presiden Terdahulu...antara yang mencetuskan huru-hara di KTMB dan RUM, antara yang "meragut" Keharmonian diantara Pengurusan dan RUM dan juga antara "PENGACAU" di dalam KEMELUT RUM... Ingatlah, Langit Tak Selalunya Cerah Bro... buat ingatan yang tulus, jadikan ianya PENGAJARAN dan SEJARAH ini akan terus tertinta dalam sejarah RUM dan sejarah hidup pekerja yang telah Teraniaya juga SEJARAH KTMB...

MINUM KETIKA WAKTU KERJA dan bukannya WAKTU REHAT... dia PEKERJA PEJABAT bukannya pekerja syif... JELAS di dalam CA... JELAS....

Rabu, 18 November 2015

Kenaikan YURAN - ISU yang sama timbul dimana-mana KESATUAN (SHARE)

Lumrah dalam mana-mana kesatuan... bila bab mintak peruntukan ja, mintak permohonan elaun ka apa ka, bab duit untuk poket, laju ja...TAPI... kalu bab untuk kukuhkan tabung kebajikan mahupun tabun kesatuan, beberapa bantahan akan timbul...semua tak senang duduk...semua mula mempersoalkan apakah tujuan yuran dinaikkan?? TAPI< sedarkah bahawa YURAN itu adalah bertujuan untuk memperkasakan dan memperkukuhkan kewangan kesatuan... KUKUH, PERKASA, DIGERUNI... Untuk sapa?? UNTUK AHLI juga.... wallahualam...


ADMIN kongsi kenyataan yang dikopi pasta dari facebook salah seorang ahli NUBE...

SIMPAN MUKA DALAM POKET
Bermula kelmarin 17/11/2015 saya baru edarkan pekeliling NUBE memaklumkan kepada ahli untuk turun mengundi kenaikan yuran bulanan pada 28/11/2015..seperti biasa macam-macam tohmahan, makian dan segala persoalan juga timbul. Bab yang takde kena mengena pun timbul. Ada juga yang main campak2 je pekeliling tu kat muka saya, ada yang bersuara kuat seolah-olah menjatuhkan air muka saya di kalangan ahli dan pegawai yang lain, ada yg langsung tak pandang pun muka saya(ade ku kesah!!)...macam2 perangai duk ada..yg kecam saya pun ada.
Sebelum ni..segala pekeliling NUBE saya hanya sampaikan melalui emel pun ada yang kesah kata saya jadi IRC makan gaji buto..hakikatnya jangan kata 1%..tapi 1

Sabtu, 31 Oktober 2015

Petikan FB (Pengerusi MTUC Selangor)

Singgah jap di FB... yeahh... antara kata-kata seorang pemimpin..
petikan dari belia yang di post di wall FB belia... sindiran yang agak sinis buat Menteri Besar Selangor...
Komen gua, apahal? Goyang? tak nak ke bantu kaum PEKERJA? Hina sangatkah kaum BURUH ni?? Kami, pemimpin Union...