nuff

Rabu, 18 November 2015

Kenaikan YURAN - ISU yang sama timbul dimana-mana KESATUAN (SHARE)

Lumrah dalam mana-mana kesatuan... bila bab mintak peruntukan ja, mintak permohonan elaun ka apa ka, bab duit untuk poket, laju ja...TAPI... kalu bab untuk kukuhkan tabung kebajikan mahupun tabun kesatuan, beberapa bantahan akan timbul...semua tak senang duduk...semua mula mempersoalkan apakah tujuan yuran dinaikkan?? TAPI< sedarkah bahawa YURAN itu adalah bertujuan untuk memperkasakan dan memperkukuhkan kewangan kesatuan... KUKUH, PERKASA, DIGERUNI... Untuk sapa?? UNTUK AHLI juga.... wallahualam...


ADMIN kongsi kenyataan yang dikopi pasta dari facebook salah seorang ahli NUBE...

SIMPAN MUKA DALAM POKET
Bermula kelmarin 17/11/2015 saya baru edarkan pekeliling NUBE memaklumkan kepada ahli untuk turun mengundi kenaikan yuran bulanan pada 28/11/2015..seperti biasa macam-macam tohmahan, makian dan segala persoalan juga timbul. Bab yang takde kena mengena pun timbul. Ada juga yang main campak2 je pekeliling tu kat muka saya, ada yang bersuara kuat seolah-olah menjatuhkan air muka saya di kalangan ahli dan pegawai yang lain, ada yg langsung tak pandang pun muka saya(ade ku kesah!!)...macam2 perangai duk ada..yg kecam saya pun ada.
Sebelum ni..segala pekeliling NUBE saya hanya sampaikan melalui emel pun ada yang kesah kata saya jadi IRC makan gaji buto..hakikatnya jangan kata 1%..tapi 1
sen pun saya tak dapat..setiap yg saya buat semata2 kerana kesatuan yang selama ini membela nasib ahli2 yang tak pernah berterima kasih...yang hanya tahu goyang kaki je tunggu ca sign..kalo tak sign korang maki lagi..itu tak kena...ini tak kena...begitu tak kena...begini tak kena.
...boleh dikatakan semua aktiviti yg kesatuan lakukan salah di mata korang..hah!!part kenaikan gaji..kenaikan elaun cola..kenaikan child care..segala kenaikan lagilah yang baru2 ni CA kita sign tu,takde plak korang bising eh..sepatutnya bila dengar berita kenaikan gaji dan lambakan benefit yang korang dapat neh..pegi la bunuh diri ke terjun lombong ke...ambik muka tu simpan dalam poket!..malu weh...tak malu ke korang makan hasil pengorbanan orang lain??? Bukan setakat perjuangan malah pengorbanan. Kalo kat mulut kemain lagi cakap one for all...all for one...tapi hakikatnya.....?!?!
Masa nube buat event, buat mandat, buat taklimat... korang cakap sibuk kononnya tak dapat hadir..ada hal itu..hal ini...hal begitu...hal begini..pendek kata kalah pak menteri lah korang punya sebok tuh!!!bila dijemput tak datang..bila tak dijemput kesah pulak nak datang..kata pulak kesatuan tak jemput. Yang kecik hati..kecik hempedu semua ada.
Sampaikan pucuk pimpinan pun korang pertikaikan kata tak layak jadi pucuk pimpinan...tapi korang sedar tak..yang tak layak tu la melayakkan korang menikmati lambakan faedah yang korang dapat selama ni. Sebab tu saya kata..sila simpan muka korang dalam poket. Hakikatnya korang yang tak layak duduk dalam kesatuan ini.
Sila sedar diri dimana kemanisan yang sedang korang nikmati sekarang takkan selamanya manis. Sekarang kita semua berada di zon selesa di bank..tetapi sedarkah kita ada kawan2 kita yang sudah merasa bahang... kot esok lusa kita plak yang terima bahang tu. Siapa tahu???Korang ingat bos yang sekarang ni baik dengan korang..selama-lamanya akan ikut bontot korang?Haalooo..dia pun ada bontot sendiri nak jaga.
Oleh itu...saya menyeru kepada yang rasa2 diri tu masih ahli Nube..SILALAH SEDAR DIRI! Kerana sikap sedar diri tuh yang akan bantu peningkatan taraf dan maruah kita kelak!!! Mengkritik tidak salah bila kena pada tempatnya. Jangan bunyi macam lalat hurung taik tapi bila disuruh ke depan semua jadi tikus jadian.
Titik.
MH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan