A. SABAR MEMPERTAHANKAN KEBENARAN
1.    Persoalan ’ketirisan 
urus tadbir SYARIKAT KTMB’ kini dilindungi semula ‘KEKEBALANNYA’ oleh 
daya usaha dan kebijaksanaan ‘KERAJAAN SEMASA’ di bawah pimpinan ‘YAB. 
DATO’ SERI               HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK, 
Perdana Menteri Malaysia’ dengan memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ 
atas perakuan Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI, Menteri Pengangkutan 
Malaysia menerajui kepentingan  ‘SYARIKAT KTMB’.
2. Pelantikan 
‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ mengetuai kepentingan  ‘SYARIKAT KTMB’ 
ialah demi ‘survival organisasi ini’ daripada ‘Budaya Kepentingan diri 
oleh Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ terubah 
bertukar menjadi ‘Budaya Perniagaan’. KESEDARAN ini telah dikejutkan 
oleh ‘KERAJAAN SEMASA’ yang dipimpin oleh ‘YAB. DATO’ SERI  HJ. MOHD. 
NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK Perdana Menteri Malaysia’ memilih ‘TUAN 
HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’. 
3.   Dengan 
ikhlasnya dinyatakan bahawa dorongan ‘KERAJAAN’ menempatkan ‘TUAN HAJI 
SARBINI BIN TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ ialah untuk menolak sebarang 
‘keraguan’ tentang kisah-kisah ‘blind pilot’ yang telah memandu 
‘syarikat KTMB’ terkeluar daripada objektif ‘amanah perniagaan’ sebagai 
‘prinsip utama’ dalam ‘urusan tadbiran KTMB’ selaku ‘pengangkutan rel’ 
yang ‘utuh dan berdisiplin’. 
4.   ‘Datuk Elias Kadir bekas 
PRESIDEN KTMB dan kuncu-kuncunya’ adalah ‘Pembawa’ perangai ‘BADUT - 
KELAKAR DALAM SARKAS’  tanpa disiplin dan ini  adalah satu perbuatan 
sia-sia yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya tingkah laku mereka 
sedemikian adalah perbuatan yang boleh terjerumus ke dalam konfliks 
tidak berfaedah. Dilihat dan dinilai ungkapan ayat yang disuarakan 
sendiri oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’ adalah satu 
perbuatan yang didorongkan oleh himpitan suntikan ‘pertarungan gila 
kuasa’. 
5.   Seandainya ‘permohonan beliau menyambung semula 
perkhidmatannya sebagai PRESIDEN KTMB’ telah ‘direstui’ oleh 
‘kementerian’ mengapa tidak diumumkan secara rasmi melalui ’Pekeliling 
Syarikat’?. Jelas ayat ini boleh disimpulkan sebagai satu permainan 
‘budaya kepentingan diri’ seolah-seolah beliau berlakun di bawah adegan 
babak ‘sandiwara kelakar terancang’ yang boleh menolakkan 
‘intellectualnya’.  
6.  Imbaui kejadian terawal sehari dua 
sebelum tarikh terakhir ‘perkhidmatan Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN 
KTMB’ pada ‘30hb. April 2015’ maka pada ‘28hb dan 29hb. April 2015’ 
telah menampakkan ‘kedangkalan fikiran Datuk Elias Kadir’  kerana telah 
berlaku ‘PERANG KETIRISAN PENTADBIRAN SYARIKAT KTMB’. Jelas telah wujud 
‘penyelewengan’ ke atas kuasa  ‘pelantikan calon PRESIDEN KTMB’ kerana 
didapati ‘pihak  berautoriti KTMB’ telah menzahirkan kelemahan dalam 
urus tadbir syarikat ‘memungkiri amanah, memamaikan tanggungjawab dan  
mencemarkan nama baik KEMENTERIAN dan KERAJAAN SEMASA’ dengan 
mengemukakan ‘DUA SURAT TAWARAN BERASINGAN’ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ 
iaitu satu untuk ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ dan yang satu lagi ialah 
untuk ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB’. 
7.    Atas sifat
 ‘ketelusan’ dengan  semangat ‘bersabar’ pada menolak ‘elemen kepalsuan’
 demi ‘kebaikan dan survival organisasi KTMB’,  maka akhir ’terbukti 
kebenarannya’ bahawa ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ adalah calon 
‘PRESIDEN KTMB’ yang dipilih oleh ‘KERAJAAN SEMASA’ dan diarah mengambil
 ‘SURAT TAWARAN RASMI JAWATAN PRESIDEN KTMB’ pada  ‘30hb. April 2015’  
disaat-saat terakhir ‘pertarungan kuasa’. 
8.   Pihak ‘Kakitangan
 Majlis Bersama Pusat‘ merakamkan ucapan tahniah kepada ‘TUAN HAJI 
SARBINI BIN TIJAN’ kerana ‘bersabar menempuh dugaan dengan berperanan 
memberi fokus secara serius tentang kebenaran’  demi menolak 
penyelewengan. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’. 
B. PENYELAMAT IMEJ KTMB
9.   Kami, ‘Pihak Kesatuan (RUM)’ cuba  memekakkan telinga apabila  
‘KAKITANGAN KTMB’ yang tidak bersalah terhimpit dengan beberapa kerenah 
sepakatan jahat oleh ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan 
kuncu-kuncunya’ khusus atas kes ‘PEMBUANGAN  KERJA PEKERJA-PEKERJA’ yang
 bertentangan dengan kebenaran peruntukan ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN  
SEKERJA 1959’ dan  ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’ secara 
peringkat demi peringkat bermula pada ‘29hb. Ogos 2014 hingga 26hb. 
November 2014’ seramai ‘SEMBILAN PULUH TUJUH (97) orang kakitangan’. 
10.   Kami sedar bahawa sekiranya kami bawakan kes ini ke ‘Mahkamah’, 
kami ‘yakin’ kami boleh ‘MENANG’. ‘Kami sungguh SAYANGKAN SYARIKAT KTMB’
 dan demi menjaga imej ‘SYARIKAT KTMB’, sebagai langkah awal bagi 
melindungi imej dari terus ‘dicemari’ oleh ‘PEMBUTA PERATURAN’, maka 
kami terpaksa menggunakan saluran yang sesuai. Justeru itu, kami telah 
majukan surat pertikaian kepada ‘pihak pengurusan KTMB’ di bawah rujukan
  ‘Bil. (128) dlm RUM 093 bertarikh pada   02hb.  Januari 2015’. 
11.  Penjelasan kami melalui inti surat tersebut ialah semata-mata 
‘mencari kedamaian’. Antara lain kandungan sebagai sebahagian isinya 
ialah mengadakan ‘WACANA MENGENAI AKTA’ atau ber‘DEBAT’ dengan 
‘PENGURUSAN KTMB’ atas perkara hak ‘AKTA 262 - AKTA KESATUAN  SEKERJA 
1959’ dan ‘AKTA 177 - PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967’. Pendirian kami 
adalah penting dalam kontek ‘menjelajah (explore) mencari kebenaran’ 
bagi memanfaatkan ‘kita semua selaku Pemimpin’ dan malangnya  tidak 
disahut.  
12.  Pihak ‘PENGURUSAN KTMB’ menghukumkan 
pekerja-pekerja sebelum disabitkan kesalahan oleh Mahkamah’. Perbuatan 
sedemikian adalah ’MENGHINA MAHKAMAH (CONTEMPT OF COURT)’. Cuba 
renungkan pengertian inti ‘SEKSYEN – 40 (Piket) - AKTA 177 - PERHUBUNGAN
 PERUSAHAAN 1967’ sebagai perbandingan  menyatakan:-
”40. PIKET
40 (3) - ‘Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan 
subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila 
disabitkan, boleh dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak 
melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau 
kedua-duanya.  
13.    Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ 
tetap berpegang teguh kepada prinsip ‘keluhuran undang-undang’.  Sekali 
lagi kami  lahirkan kenyataan berani bahawa ‘tiada sebarang keraguan 
(beyond any shadow of doubt)’ mengikut tafsiran kami bahawa kes ini akan
 ‘berpihak kepada kami’ sekiranya kami bawa kes ini  ke ‘MAHKAMAH’.  
Dengan hal yang sedemikian kami tiada pilihan lain kecuali 
‘mempertarungkan undang-undang (legal battle)                        di 
‘MAHKAMAH’  demi ‘mencari kebenaran’ walaupun imej ‘SYARIKAT KTMB’ 
disedari akan berhadapan dengan masalah ‘Penegapan Institusi’. Pihak 
Kesatuan sedar bahawa status ‘SYARIKAT KTMB’ ini telah dicemari oleh 
pakatan insan yang boleh dilabelkan sebagai ‘Pengkhianat dan 
Penyalahgunaan Kuasa’ oleh  ‘Datuk Elias Kadir, bekas PRESIDEN KTMB dan 
kuncu-kuncunya’
14.   ‘Alhamdulillah’ kita panjatkan ‘kesyukuran’
 ke ‘HADRAT ILLAHI’ yang ‘MAHA AGUNG’ di atas limpah kurnianya.  Di sini
 tercatat sejarah ‘di era baru’ dan secara langsung  telah menentukan 
letak-duduknya ‘KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI (RUM)’ dan ’PENGURUSAN
 KTMB YANG BARU’  terkunci secara automatik oleh ikatan jalinan 
’KEHARMONIAN PERUSAHAAN’ mengikut kehendak ’PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’. 
Ikatan ’KEHARMONIAN PERUSAHAAN’ ini dimetraikan ’melalui kebijaksanaan 
luahan jawapan’ daripada ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, Presiden KTMB 
yang BARU‘ melalui suratnya bertarikh ‘6hb. Mei, 2015’  kepada surat 
‘KESATUAN’ bertarikh ‘5hb. Mei, 2015’ di bawah rujukan ‘Bil. (      ) 
dlm RUM 093’ dan yang mana inti surat ini ada hubung kait dengan surat 
yang bertarikh ‘02hb. Januari 2015’   di bawah rujukan ‘Bil: (128) dlm 
RUM 093’ yang dihantar kepada Datuk Elias Kadir. Luahan jawapan oleh 
‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’ melalui suratnya adalah persoalan ‘etika 
amanah dan etika bercakap benar’. Jawapan sedemikian mempunyai kaitan 
‘sikap bertanggungjawab’ sebagai seorang ‘PEMIMPIN’ yang ingin 
menyelesaikan masalah ‘secara bijaksana’ berasaskan ‘Akta’ sebagai 
’kuasa perundangan’  mengikat secara sah bagi menjaminkan keadilan dalam
 ‘sudut penghakiman’  dengan memberi ruang ‘kupasan’ yang tidak 
terbatas. 
15.   Pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ 
merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada 
‘YANG AMAT BERUSAHA TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, PRESIDEN KTMB’ kerana 
menyelamatkan ‘IMEJ KTMB’. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’. 
C. PENYELAMAT HAK PERUNTUKAN 
PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) DAN WANG SYARIKAT
16.    Dalam surat ‘ADUAN’ bertarikh ‘12hb. Ogos 2015’ daripada   ‘64 
Eksekutif’ menyatakan bahawa sekiranya ‘PIHAK PENGURUSAN KTMB’ yang baru
 enggan memberi balik status ‘KENAIKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI 15%’  
kepada mereka yang dimaksudkan, maka mereka memohon agar ‘Persatuan 
Pegawai-pegawai KTM Berhad (PPPK-SOA)’ mengisytiharkan ‘PERTIKAIAN 
PERUSAHAAN’  ke atas ‘SYARIKAT KTMB’ sebagai bantuan moral. 
17. 
   Menilai kepada inti surat yang berkenaan didapati sukar melayani 
permintaan ‘PENGADU-PENGADU’ kerana kes ini diikat kuat oleh ‘PERJANJIAN
 KOLEKTIF (CA)’ selaku dokumen ‘PERUNDANGAN’. Apakah dengan 
mengisytiharkan ‘PERTIKAIAN PERUSAHAAN’ dapat menyelesaikan masalah dan 
mengapakah mereka tidak memberi perhitungan bahawa mereka juga adalah di
 bawah golongan ‘KUMPULAN PENGURUSAN’. Perlu diingat kesemua kakitangan 
 sama ada di bawah ‘KUMPULAN EKSEKUTIF mahupun NON-EKSEKUTIF’ adalah 
dikawal ketat oleh ‘PERJANJIAN KOLEKTIF’ dan hendaklah mematuhi ‘hak 
peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ tanpa tidak. Kebaikan faedahnya 
hendaklah dibahagi mengikut penentuan kaedah ‘PERJANJIAN KOLEKTIF(CA)’.
18.   Disedari bahawa hal-hal ‘KENAIKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI’  
diletakkan di bawah pengenalan ‘TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN’ 
adalah perkara ‘fundamental’ dan ianya ada hubung kait secara langsung 
dengan ‘PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku dokumen undang-undang sebagai 
‘pendinding’. Sesungguhnya sebarang urusan pertukaran semula ‘TERMA DAN 
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN KAKITANGAN’ yang bersifat fiksyen hendaklah 
berpandukan kepada perundangan yang tersurat dalam dokumen yang 
berkenaan atau mematuhi ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ selaku
 ‘AWARD Mahkamah Perusahaan’. ‘TIADA SESIAPA’ walaupun ‘PERDANA MENTERI’
 boleh campur tangan atau meminda inti ‘PERJANJIAN KOLEKTIF’ kecuali 
atas arahan melalui kaedah yang termaktub dalam dokumen yang berkenaan 
itu sendiri sebagai ‘HAK UNDANG-UNDANG’. Dengan ini jelas terbukti 
perbuatan mereka sedemikian jelas menyimpang jauh daripada  ‘asas serta 
 panduan dan aturan yang ditentukan oleh PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’  yang
 mana perbuatan ini adalah cuai yang boleh disamakan dengan pengertian  
wujud ‘penyelewengan’. 
19.    Demi  mempertahankan kebenaran 
‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) dan menyelamatkan wang 
syarikat’ daripada ‘pembaziran secara sengaja’ melalui ‘rekaan yang 
dirancang’ yang bertentangan dengan undang-undang hendaklah ditentang. 
Di sini pihak ‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ melahirkan ucapan terima
 kasih kepada ‘YANG AMAT BERUSAHA TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, PRESIDEN 
KTMB’ kerana ‘memegang amanah’ mempertahankan ‘kebenaran kaedah 
peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) dan menyelamatkan wang syarikat’ 
yang  ‘ditanganinya’ cara teratur dengan tidak mengenepikan ‘hak 
perundangan’. Beliau telah mengarahkan pihak ‘Jabatan Pengurusan Bakat 
dan Pembangunan Organisasi (TMOD)’ membekukan ‘kenaikan pangkat serta 
gaji dan  kembalikan  taraf dan gaji kepada asal sebagaimana keadaan 
sebelumnya (status-quo)’. ‘FOR SURE’ layanan seumpama ini adalah tertib 
dan beradab kerana ianya berlandaskan ‘perundangan’ menentukan ‘idahnya’
 atau tempoh perubahannya ‘tidak terkeluar’ daripada kawalan peruntukan 
‘PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’. 
20.    Pihak ‘Kakitangan Majlis 
Bersama Pusat‘ merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ‘YANG 
AMAT BERUSAHA TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN, PRESIDEN KTMB’ kerana 
ketegasan menangani urusan pentadbiran khususnya pada mempertahankan 
kebenaran ‘hak peruntukan PERJANJIAN KOLEKTIF (CA) dan menyelamatkan 
wang syarikat’. ‘KALUNGAN SEKALUNG BUNGA’’. 
D. KENYATAAN MENGGAMBAR REALITI
21.      Kami adalah kakitangan ‘SYARIKAT KTMB’ sungguh ‘SAYANGKAN 
SYARIKAT KTMB’ kerana ‘PERTUBUHAN’ ini adalah ‘PAYUNG UNTUK KAMI’  
menentukan ‘letak-duduknya kami’. Justeru itu jawapan kami kepada 
persoalan asas ialah kami ‘pasti akan menentang sesiapa sahaja’  yang 
cuba memanipulasikan  urus tadbir syarikat untuk ‘kepentingan tertentu’.
 Perbuatan memanipulasikan  urus tadbir adalah suatu perbuatan yang 
‘tidak beradab’ yang boleh merosakkan nama baik ‘SYARIKAT KTMB’ dan 
KERAJAAN SEMASA’. Kami tidak mahu ’perang prasangka’ kerana mana-mana 
pemimpin pertubuhan ‘sentiasa datang dan pergi’, tetapi pertubuhan 
seperti ‘SYARIKAT KTMB’ akan terus kekal untuk berkhidmat kepada 
‘KAKITANGAN dan RAKYAT’.
22.    Dengan ini, kami pihak 
‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ mengambil ‘keputusan’ berdasarkan 
kebenaran akan mempertahankan kedudukan ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN’  
sebagai  ‘PRESIDEN KTMB’ dengan apa cara sekalipun yang dihalalkan oleh 
undang-undang ke atas sebarang tindakan kontra dan menghormatinya  
selagi beliau tidak mengkhianati ‘SYARIKAT KTMB’ dan tidak 
membelakangkan undang-undang  bertindak melebihi hak kuasanya (ultra 
vires). Kami telah mendapat ‘BISIKAN KHIANAT’ kononnya ‘TUAN HAJI 
SARBINI BIN TIJAN’ tidak lama boleh mentadbir ‘Syarikat KTMB’. Perlu 
diingat bahawa kini  kami masih berada dalam keadaan  ‘kedua-dua mata 
kami tidak ditutup, mulut kami tidak dikunci dan kedua-dua tangan dan 
kaki kami tidak diikat’,  maka dengan itu pasti kami boleh bergerak 
menentang ‘pengkhianat’  seberapa daya yang boleh dalam lingkungan kuasa
 yang tidak terkeluar dari lunas perundangan.
23.   Kami pihak 
‘Kakitangan Majlis Bersama Pusat‘ mengambil kesempatan di sini 
mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada ‘KERAJAAN SEMASA’ di bawah 
kepimpinan ‘YAB. DATO’ SERI  HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK, 
Perdana Menteri Malaysia’ kerana telah memilih ‘TUAN HAJI SARBINI BIN 
TIJAN‘ sebagai ‘PRESIDEN KTMB’ atas perakuan Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG 
LAI, Menteri Pengangkutan Malaysia. Kami akan sentiasa memberi kerjasama
 kepada ‘TUAN HAJI SARBINI BIN TIJAN‘ demi kepentingan, kecemerlangan 
dan kejayaan syarikat.
Hak Milik Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan