nuff

Khamis, 26 November 2015

JKKP Induk 25hb November 2015

JKKP Induk yang berlangsung pada 25hb November 2015.. 3.00 petang berlangsung dengan penuh harmoni...

Terima kasih Presiden KTMB Tuan Haji Sarbini Tijan atas penstrukturan semula JKKP selaras dengan peruntukan perjanjian bersama..Dengan pengeluaran Surat pada 1 Mei 2015, maka pemulihan dan penstrukturan semula ini cukup-cukup kami hargai...Tabek buat Tuan Haji... terima kasih tidak terhingga...

Dalam JKKP, penekanan THST adalah keatas keselamatan bukan sahaja mengenai isu keselamatan di tempat kerja, malah kesedaran kesihatan juga perlu.. keharmonian akan diteruskan, innsyaAllah...

Ucapan terima kasih tidak terhingga dari Presiden RUM juga diluahkan diatas pemulihan penstrukturan semula ini. Ini secara tidak langsung mengiktiraf  RUM sebagai badan oerundingan tunggal sejajar den
gan perjanjian bersama..

Alhamdulillah, semakan minit mesyuarat yang lepas juga berlangsung dengan harmoni.. beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini dianggap selesai..
Hanya ada 3 kertas kerja dibangkitkan dalam isu lain-lain iaitu isu Rel Patah, isu larian tren panjang 60 gerabak kargo dan isu tekanan kerja frontliner khususnya pembantu trafik. Isu pembantu trafik adalah antara isu yang dikemukakan seperti peralatan dan fasiliti yang kurang dan tidak sempurna..

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan