nuff

Memaparkan catatan dengan label Union. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Union. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

04hb Disember 2016 sehingga 17hb Disember 2016 - JILAF Invitation Program

Program ke Jepun selama 2 minggu..
Jemputan JILAF di bawah MTUC..

Program untuk 3 negara iaitu Malaysia, Pakistan dan Filipina.

Seramai 6 peserta dari Malaysia, 5 dari Pakistan dan 3 dari Filipina.

Untuk Malaysia salah seorang adalah dari RUM iaitu sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya.

Hari Pertama 04hb Disember 2016. Berlepas ke Jepun.



JILAF Invitation Program
Hari Ke 2..
"Schedule" hari kedua untuk Team Malaysia, Pakistan dan Filipina..
5hb Disember 2016
09.30-1050 - Orientasi
11.00- 12.00 - Opening Ceremony
12.00- 12.30 - JILAF Introduksi
14.15- 16.00- Perbincangan " Problem Raising at the Starting of Training"
16.15- 17.30- Goal Setting (Setting of Objectives)
*semua masa adalah mengikut jam di Jepun..

JILAF Invitation Program
Hari ke 3..
06hb Disember 2016
10.00-12.30 -Lecture on 'The Role and Issues of the Labour Movement in Japan'
14.30- 17.30 - Visit to JTUC-RENGO (Japanese Trade Union Confederation)

29hb November 2016 - Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)




Tahniah... Barisan Kepimpinan "baru"

27hb November 2016 - Majlis Makan Malam Solidariti

MAJLIS MAKAN MALAM SOLIDARITY

UNI-GLC telah menganjurkan Majlis Makan Malam Solidarity semalam 26/11.2016 dengan tetamu kehormatnya adalah YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal Presiden UNI - GLC yang menjemput RUM di Majlis Makan Malam Solidarity.

RUM juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepucuk surat kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri mengenai beberapa perkara dan memohon temu janji kepada YAB Dato Seri, harapan RUM Dato Seri PM dapat memberi sedikit ruang masa untuk bertemu dengan YAB Dato Seri Perdana Menteri bagi tujuan menjelaskan beberapa isu khususnya kedudukan kewangan KTMB dan Pengambilalihan Aset Keretapi oleh RAC.

Gambar di bawah YAB Dato Seri Perdana Menteri sedang membaca surat RUM, terima kasih YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang sudi mengambil kesempatan membaca surat dari RUM, harapan kami pertemuan selanjutnya dapat diadakan.

copy paste dar fesbuk suaraRUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Ahad, 21 Februari 2016

Program 21hb Februari 2016 - Anjuran Belia MTUC bersama MTUC Divisyen Perak

Program Anjuran Belia MTUC dan MTUC Divisyen Perak
21hb Februari 2016
8.00 pagi - 5.00 petang
Bertempat di Ruang Legar Pejabat MTUC Perak.

Program "Hala Tuju Peranan Pekerja Muda dalam Berkesatuan"

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Program yang cukup baik, dalam memberi pendedahan kepada Belia khususnya untuk belia di negeri Perak Darul Ridzuan mengenai pentingnya dan peranan mereka dalam berkesatuan.

Untuk Program kali ini, pihak ibu Pejabat RUM menghantar wakil dari cawangan Ipoh.

Terima kasih kepad pihak MTUC khususnya MTUC Perak diaats penganjuran ini. Moga bermanfaat kepada semua warga pekerja terutama di Perak.


Yb Abdullah Sany, Timbalan Presiden MTUC yang juga Pemangku Presiden MTUC.


Setiausaha Agung MTUC , saudara Gopal..

Terima kasih dan Tahniah diatas kehadiran..

Khamis, 18 Februari 2016

Program Untuk Belia RUM Cawangan Perak anjuran MTUC Perak...

21hb Februari 2016....
Jom beramai-ramai ke sini... Khas untuk orang Perak...
Kami dari pihak RUM akan menghantar wakil dikalangan belia RUM cawangan Ipoh..


Kepada pekerja sekitar Ipoh Perak dijemput ke program forum Pekerja muda "hala tuju dan peranan pekerja muda dalam berkesatuan"
Tarikh : 21 Februari 2016(Ahad)
Masa. : 8pg - 5ptg
Tempat : ruang legar pejabat MTUC Perak
Anjuran : Belia MTUC dgn kerjasama MTUC Perak
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sdara Syamsul Azwan B. Mustar 0124706676 (Setiausaha Belia MTUC)

Belia Rum sertai bantahan kemasukan 1.5 Juta kemasukan Warga Bangladesh..

Bila Belia RUM beraksi...


18hb Februari 2016

Di Pekarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.





Di sini kami beraksi... Demi masa depan anak-anak bangsa akan datang... Tolong jangan sekat "periuk" kami.. Jangan nafikan kemampuan kami.. Terlalu banyak implikasi  kemasukan mereka..

Perlu ditegaskan bahawa, dengan kehadiran kami, bukanlah sebagai penentang, tetapi sebagai pembela kepada kaum pekerja dalam membela nasib generasi akan datang. Kami bukanlah mewakili mana-mana parti politik, jauh sekali mewakili mana-mana kaum. Kami bukan datang sebagai individu tetapi kami datang sebagai wakil belia dan kaum pekerja.

Diharap, segalanya dipermudahkan.. Allah tetap bersama kita... InnsyaAllah...

Terima kasih diucapkan diatas kehadiran dan semangat SOLIDARITI semua pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan di bawah "PAYUNG" MTUC..

Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung MTUC Saudara Gopal dan YB Abdullah Sany yang juga Timbalan Presiden MTUC..

BORN TO BE A FIGHTER...

Sabtu, 13 Februari 2016

Majlis Penghantaran Surat Protes dan Bantahan kepada kementerian Sumber Manusia di atas kemasukan 1.5 Juta Pekerja Warga Bangladesh...

AsSalam dan Salam 1 Malaysia...

Atas semangat Solidarity dan Semangat Kesedaran diatas Implikasi Negatif diatas kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke Malaysia, pihak MTUC pusat telah mengadakan satu majlis penghantaran memo protes dan bantahan kepada pihak Kementerian Sumber dan Manusia pada :

18hb Februari 2016 (Khamis)
di perkarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
11.00 pagi..

Diatas semangat kesedaran dan sokongan, kami dipihak belia RUM dan RUM sendiri, akan menghantar 30 ahli belia RUM untuk menyokong protes ini..

Diharap pihak rakan dan kesatuan gabungan MTUC yang lain juga dapat sertai.


Selasa, 9 Februari 2016

Sebab Apa perlunya kesatuan Sekerja?

Biarlah gambar ini berbicara... Deep...

Realitinya....

Realitinya.. sama ada kita sedari atau tidak, tapi inilah yang berlaku...
Sebab itu, perlu dan wujudnya kesatuan sekerja, demi kelangsungan keharmonian dan wujudnya keseimbangan dari setiap segi...

Selasa, 26 Januari 2016

26hb Januari 2016.... Al-Fatihah..Presiden MTUC Saudara Khalid Atan Meninggal Dunia...

Al-Fatihah...
Saya bagi pihak RUM.. Jauh dilubuk hati, melahirkan perasaan terkejut dan sedih diatas pemergian Allahyarham En. Khalid bin Atan, Presiden MTUC semalam..
Sesungguhnya, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada para pejuang kaum pekerja khususnya di Malaysia..
Saya doakan agar beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... InnsyaAllah... Amin...
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali...

Ahad, 6 Disember 2015

Aktiviti RUM dan Belia RUM - Sesi Temuduga

Aktiviti 05.12.2015
Lebih kurang jam 18.30 sekali lagi, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Masscomm mengadakan sesi temuramah untuk menyiapkan "assignment" dibawah
Subjek Public Advocacy. Antara soalan-soalan yang diutarakan adalah, apakah pengalaman dan cabaran menjadi "Advocator"..
Juga memberi pendedahan kepada "student" mengenai apa itu UNION?...


RUM disegani di mata luar... Menjadi contoh yg terbaik..
Anda bagaimana?
BORN TO BE A FIGHTERS

Khamis, 26 November 2015

JKKP Induk 25hb November 2015

JKKP Induk yang berlangsung pada 25hb November 2015.. 3.00 petang berlangsung dengan penuh harmoni...

Terima kasih Presiden KTMB Tuan Haji Sarbini Tijan atas penstrukturan semula JKKP selaras dengan peruntukan perjanjian bersama..Dengan pengeluaran Surat pada 1 Mei 2015, maka pemulihan dan penstrukturan semula ini cukup-cukup kami hargai...Tabek buat Tuan Haji... terima kasih tidak terhingga...

Dalam JKKP, penekanan THST adalah keatas keselamatan bukan sahaja mengenai isu keselamatan di tempat kerja, malah kesedaran kesihatan juga perlu.. keharmonian akan diteruskan, innsyaAllah...

Ucapan terima kasih tidak terhingga dari Presiden RUM juga diluahkan diatas pemulihan penstrukturan semula ini. Ini secara tidak langsung mengiktiraf  RUM sebagai badan oerundingan tunggal sejajar den

Selasa, 24 November 2015

Majlis Bersama Pusat kali pertama 2015

24hb November 2015
Sekitar mesyuarat MAJLIS BERSAMA PUSAT yang pertama untuk penggal 2015.
Mingikut peraturan, MBP sepatutnya berlagu 2 kali setahun.. Dek kerana kemelut bersam mantan presiden KTMB terdahulu, hampir 2 tahun tidak diadakan MBP... Alhamdulillah, dan ucapan terima kasih buat Presidan KTMB Tuan Haji Sarbini Tijan, atak kejayaan dan keharmonian menjayakan MBP kali ini... TABEK!!!


Antara ucapan Tuan haji Sarbini Tijan yang menarik minat saya ialah ktmb perlu menjalankan "business process re-engineering" atau perniagaan yang berubah, berubah ke arah kebaikan dan lets we enjoy the journey..Yeah....

Rabu, 18 November 2015

Kenaikan YURAN - ISU yang sama timbul dimana-mana KESATUAN (SHARE)

Lumrah dalam mana-mana kesatuan... bila bab mintak peruntukan ja, mintak permohonan elaun ka apa ka, bab duit untuk poket, laju ja...TAPI... kalu bab untuk kukuhkan tabung kebajikan mahupun tabun kesatuan, beberapa bantahan akan timbul...semua tak senang duduk...semua mula mempersoalkan apakah tujuan yuran dinaikkan?? TAPI< sedarkah bahawa YURAN itu adalah bertujuan untuk memperkasakan dan memperkukuhkan kewangan kesatuan... KUKUH, PERKASA, DIGERUNI... Untuk sapa?? UNTUK AHLI juga.... wallahualam...


ADMIN kongsi kenyataan yang dikopi pasta dari facebook salah seorang ahli NUBE...

SIMPAN MUKA DALAM POKET
Bermula kelmarin 17/11/2015 saya baru edarkan pekeliling NUBE memaklumkan kepada ahli untuk turun mengundi kenaikan yuran bulanan pada 28/11/2015..seperti biasa macam-macam tohmahan, makian dan segala persoalan juga timbul. Bab yang takde kena mengena pun timbul. Ada juga yang main campak2 je pekeliling tu kat muka saya, ada yang bersuara kuat seolah-olah menjatuhkan air muka saya di kalangan ahli dan pegawai yang lain, ada yg langsung tak pandang pun muka saya(ade ku kesah!!)...macam2 perangai duk ada..yg kecam saya pun ada.
Sebelum ni..segala pekeliling NUBE saya hanya sampaikan melalui emel pun ada yang kesah kata saya jadi IRC makan gaji buto..hakikatnya jangan kata 1%..tapi 1

Jumaat, 13 November 2015

LUAR NEGARA - Mahkamah Benarkan Pekerja Lufthansia Mogok



 Kuasa MOGOK pekerja di Luar Negara... 9hb November 2015




BERLIN – Sebuah mahkamah Jerman memberi lampu hijau lewat kelmarin kepada kru kabin syarikat penerbangan terbesar di negara itu, Lufthansa untuk meneruskan mogok mereka.
Mahkamah Buruh di Darmstadt menolak rayuan pengurusan Lufthansa untuk mengharamkan mogok anjuran kesatuan pramugari UFO itu yang menyaksikan hampir 2,000 penerbangan dibatalkan sejak pada Jumaat lepas.
Mahkamah sama turut menolak hujah Lufthansa bahawa alasan kesatuan berkenaan untuk mogok adalah ‘terlalu kabur’ dan bercanggah dengan undang-undang buruh Jerman.

Khamis, 5 November 2015

Aktiviti Belia RUM

Beberapa Pelajar jurusan Mass Comm dari UiTM Shah Alam telah ke pejabat RUM hari ini, untuk sesi temuramah. Mereka telah melahirkan hasrat untuk mengadakan sesi ini disebabkan untuk menyiapkan "assignment" mereka dalam subjek IR.

Mereka menyatakan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti kesatuan dan RUM...
Selangkah atas segala kemenangan dan kejayaan yang dicapai, pensyarah mereka telah merekomendasi RUM untuk dijadikan contoh dalam "assignment" mereka..

Selasa, 3 November 2015

Tahniah kepada NUBE...

TAHNIAH
Saya ADMIN bagi piha RUM dan Belia RUM ingin mengucapkan Tahniah atas kejayaan National Union Bank Employees (NUBE) rakan seperjuangan RUM kerana kejayaan menandatangani Perjanjian Bersama yang je 17.
Mopga selepas ini, segala urusan anda dipermudahkan dan kejayaan akan terus dikecapi...

Tahniah buat Sahabat... Yeaahhh....

Sabtu, 31 Oktober 2015

Petikan FB (Pengerusi MTUC Selangor)

Singgah jap di FB... yeahh... antara kata-kata seorang pemimpin..
petikan dari belia yang di post di wall FB belia... sindiran yang agak sinis buat Menteri Besar Selangor...
Komen gua, apahal? Goyang? tak nak ke bantu kaum PEKERJA? Hina sangatkah kaum BURUH ni?? Kami, pemimpin Union...