nuff

Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan

Sabtu, 14 November 2015

DISIPLIN -Tujuan (huraian)

DISIPLIN
 Tujuan Adalah dalam perindustrian atau dalam mana-mana perbadanan ialah untuk memastikan bahawa perjalanan pejabat dan lain-lain dilaksanakan dengan betul dan cekap. Dengan ini, disiplin boley mengembangkan matlamat syarikat, firma, perbadanan sbgmana juga halnya dgn keselamatan pekerja. Kaedah menentukan nilai kelakuan di tempat kerja; prosedur menolong memastikan nilai itu dipatuhi dan juga memperuntukkan cara yang adil dlm berurusan dgn keabaian yg dikatakan atau kegagalan mematuhinya.. Banyak kes dibawa ke mahkamah perindustrian, banyak award diberi, setengah-setengahnya memihak kepada pekerja dan yang lain bertentangan dgn pekerja tentang soal disiplin..

Prosedur Tindakan Tatatertib

Manual Prosedur Tindakan Tatatertib Tahukah Anda?
Antara tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai prosedur tindakan tatatertib syarikat.

Tarikh berkuatkuasa prosedur ini adalah mulai 01 Julai 2006.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana KAKITANGAN yang gagal mematuhi manual dan prosedur diatas atau menyalahgunakan kemudahan ini.

Jumaat, 13 November 2015

Penyelia -definisi secara ringkasnya

PENYELIA Penyelia adalah "penghubung" majikan yang pertama dengan pekerja dan perhatian patut diberi terhadap perlantikannya dan keperluannya terhadap pekerjaan itu. Majikan patut memastikan bahawa dia : a) adalah secara tekniknya mahir dan terlatih secukupnya, dan memiliki kualiti diri yang dikehendaki untuk menjalankan penyeliaan; b) bertanggungjawab kepada sejumlah kumpulan kerja tertentu yang membolehkan dia menyelia dengan berkesan; c) adalah penyambung yg berkesan dalam bertukar-tukar maklumat dan pandangan diantara pengurusan kanan dengan anggota kumpulan kerjayanya; d) diberi taklimat tentang pembaharuan dan perubahan sebelum ia dilaksanakan supaya dia boleh menjelaskan tentang dasar dan niat pengurusan kepada kumpulan kerjanya.

Selasa, 10 November 2015

Perjanjian Bersama (Collective Agreement) - Ringkasannya...

Tujuan dan Fungsi Perjanjian Bersama

         Perjanjian Kolektif (CA) atau Perjanjian Bersama adalah satu perjanjian yang ditandatangani di antara majikan dan kesatuan sekerja pekerja atas terma dan syarat-syarat pekerjaan bagi pekerja. Perjanjian ini menetapkan kategori pekerja yang dilindungi, tempoh perjanjian dan prosedur kilanan itu. Perjanjian ini juga dengan kata lain akan wujud
apabila sesuatu  syarikat itu mempunyai Kesatuan Sekerja dan apabila "mereka" tidak mempunyai Kesatuan Sekerja, maka tiadalah Perjanjian Bersama. Bagi Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja syarat-syarat pekerjaan hanya tertakluk dengan Akta Kerja yang mana Akta Kerja adalah faedah minima bagi pekerja di negara ini. Manakala keadaan ini berbeza bagi "mereka" yang ada

Rabu, 28 Oktober 2015

Akta Kerja 1955 - Pengenalan

Akta Kerja 1955 merupakan perundangan utama yang mengurus dan mengawal selia hubungan berdasarkan kontrak perkhidmatan antara majikan dengan pekerja di sektor swasta. 

Khamis, 22 Oktober 2015

Pengenalan : Apa itu Kesatuan?


APA ITU KESATUAN?

Kesatuan adalah satu kumpulan terancang pekerja yang secara kolektif menggunakan kekuatan mereka untuk mempunyai suara di tempat kerja mereka. Melalui kesatuan, pekerja mempunyai hak untuk memberi kesan dan "demand" dari segi gaji, waktu kerja, faedah, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, latihan kerja dan isu-isu yang berkaitan dengan kerja lain. Di bawah undang-undang di Malaysia, pekerja daripada semua peringkat umur mempunyai hak untuk menyertai kesatuan sekerja. Mempunyai sokongan dari kesatuan untuk memastikan keadilan dan rasa hormat di tempat kerja adalah salah satu daripada sebab utama kaum pekerja.