Akta Kerja 1955 merupakan perundangan utama yang mengurus dan mengawal
selia hubungan berdasarkan kontrak perkhidmatan antara majikan dengan
pekerja di sektor swasta.
Akta ini memperuntukkan terma dan syarat minimum pekerjaan yang standard bagi pekerja sektor swsta sama ada pekerja ini adalah pekerja yang menjadi ahli kesatuan mahupun tidak. Dengan kata lain akta ini bersama-sama dengan perundangan kecil yang terkandung bersamanya, menyediakan satu rangka kerja undang-undang pekerjaan yang menyeluruh bagi mengawal hal berkaitan upah, hari rehat, jam bekerja, hari kelepasan, cuti tahunan, cuti sakit, pengambilan pekerja wanita dan perlindungan bersalin, penamatan kontrak dan pengambilan pekerja asing. Akta ini secara keseluruhannya menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan dan juga pekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan