MAJIKAN TERBAIK
Bila sebut "MAJIKAN TERBAIK" maka dalam 
ertikata lain ianya merangkumi kepada penyediaan faedah-faedah kepada 
pekerja untuk menampung kos sara hidup. Tunggak kepada kehidupan seorang
 pekerja adalah bergantung kepada upah yang diterima selain dari 
aspek-aspek keselamatan.
Kerajaan (MAJIKAN) telah menonjolkan 
sifat terpuji dengan menaikkan RM 1200.00 gaji minima kepada pekerjanya 
(penjawat awam) maka Kerajaan juga telah menaikkan Gaji Minima Negara  
kepada RM 1000.00 untuk pekerja di Negara ini.
RUM amat memahami 
kedudukan Kerajaan juga amat memahami kedudukan pekerja maka pada 
Kerajaan intipatinya melihat kepada kemampuan Syarikat Swasta serta 
kenaikan harga barang.
Kita juga harus menerima hakikat perbezaan
 Kerajaan dan Majikan, maka Majikan Terbaik akan melaksanakan yang 
terbaik kepada pekerjanya, maka hakikat ini telah dilaksanakan sebaik 
mungkin oleh Kerajaan Malaysia.
Gaji Minima adalah gaji asas, 
yang memaksa "MAJIKAN" mematuhi pelaksanaan Gaji Minima. Maka ini akan 
menjadikan satu paksaan kepada "MAJIKAN KEDEKUT" untuk melaksanakan 
"GAJI MINIMA", dekat sinilah "KUASA KERAJAAN" melalui pindaan Akta Kerja
 untuk memaksa "MAJIKAN KEDEKUT" untuk melaksanakan "GAJI MINIMA", maka 
disinilah peranan Kesatuan Gabungan seperti MTUC samada dari segi 
perundingan secara harmoni atau melalui jalan akhir dengan mengunakan 
pendekatan "mendesak".
Tidak menolak bahawa kenaikan gaji boleh 
menimbulkan kenaikan harga barang, malah berdasarkan kepada "track 
record" peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang, 
malah "track record" KPDNKK" juga "lemah" dalam penguatkuasaan, kalau 
ada pun sekadar "hangat-hangat tahi ayam".
Pokok segalanya adalah
 kewujudan Kesatuan Sekerja, maka Kesatuan Sekerja dalam Syarikat yang 
mana berkenaan perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kadar upah, 
manakala Kesatuan Gabungan seperti MTUC perlu memainkan peranan "Pro 
Aktif", selain menubuhkan kesatuan sekerja dalam mana-mana Syarikat yang
 tiada Kesatuan Sekerja selain mengunakan pendekatan "mendesak" dalam 
melaksanakan agenda kepentingan "kaum pekerja", sekiranya ini tidak 
berlaku, maka semakin hari Kesatuan Sekerja akan berkurangan dan 
kekuatan pekerja akan lemah.
Kita menyedari bahawa pihak-pihak 
tertentu tidak gemar dengan Kesatuan Sekerja, malah pelbagai usaha 
dilakukan untuk memecahbelahkan Kesatuan Sekerja bagi menghilangkan 
"kekuatan, kehilangan "kekuatan" akan menghakibatkan kuasa "bargain 
power" akan terhapus, maka itu kesedaran dan kepentingan Kesatuan 
Sekerja perlu dititik beratkan khususnya Kesatuan Gabungan seperti MTUC.
Senjata utama "KESATUAN SEKERJA" ialah "KEKUATAN" maka "KEKUATAN akan terwujud dengan "KESEDARAN" seterusnya "KEBANGKITAN".
Kerajaan juga perlu mengalakkan penubuhan Kesatuan Sekerja kerana ianya
 secara tidak langsung boleh membantu kerajaan dalam menanggani gaji 
yang lebih baik melalui perundingan berasaskan Perjanjian Bersama.
Berbalik kepada "MAJIKAN TERBAIK", RUM menyeru pada "SEMUA MAJIKAN" 
agar menjadikan "KERAJAAN" sebagai "CONTOH MAJIKAN TERBAIK" dari segi 
peningkatan faedah seperti "GAJI MINIMA" sebanyak RM 1200.00. Janganlah 
jadi "MAJIKAN KEDEKUT" hanya memerah keringat pekerja kerana pekerjalah 
yang menaikan imej dan perniagaan Syarikat, dengan kata lain bahawa :-
"PEKERJA ADALAH ASET SYARIKAT"
TAHNIAH PADA KERAJAAN KERANA MENINGKATKAN GAJI MINIMA UNTUK PENJAWAT AWAM.
"TAUKEY" YANG BAIK AKAN DIHARGAI OLEH PEKERJANYA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan