nuff

Ahad, 14 Ogos 2016

RALLY Hari Pekerja 21 Mei 2016...





Gambar-gambar ketika Rally...





Info

Mesy. Ajk Kerja telah memutuskan membantah penyerahan aset keretapi kepada perbadanan aset keretapi. Semua pendapatan aset KTM mulai 1 Nov 2010 akan diserahkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Difahamkan seramai 230 pekerja hartanah akan diserapkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Memorandum Bantahan akan dihantar pada YAB Perdana Menteri sedikit masa lagi. Namun demikian tidak menolak hak Kerajaan, tetapi hak kesatuan adalah bersuara bagi menyatakan bahawa ada yang tak kena dalam pelaksanaan.

Sebab Bantahan

1. Tiada penjelasan rasmi atau penerangan dari Pengurusan KTMB.
2. Semua aset yang dikendalikan adalah pendapatan KTMB, bilamana ianya diserahkan kepada Perbadanan aset keretapi, maka KTMB akan hilang pendapatan, disedari bahawa KTMB adalah syarikat yang tidak menguntungkan, tambahan pula kerajaan kini tidak berupaya menyuntik kewangan kepada KTMB.
3. Kuarters KTMB dijangka juga dibawah pengurusan Perbadanan Aset Keretapi, dikuatiri akan mengakibatkan kos kenaikan sewa kuarters akan dinaikan, sedangkan pekerja KTMB berpendapatan rendah.
4. Bila mana Aset Keretapi bukan lagi milik KTMB maka KTMB hanya beroperasi berdasarkan kepada operasi perniagaannya, hanya semata larian tren penumpang dan larian tren barang sahaja.
5. Kedudukan pekerja aset KTMB atau jabatan hartanah KTMB, masih tiada gambaran jelas, apa yang dikuatiri mereka berkemungkinan akan di VSSkan kemudian akan diletakan sebagai pekerja kontrak, ini berisiko, atau apa sistem yang akan digunakan utk memastikan mereka tidak terhakis sebarang faedah yang dinikmati.
6. Penyerahan aset keretapi kepada pihak2 tertentu akan menjadi mudah, tanpa bantahan dari RUM.
7. Mempermudahkan kepada pengurusan KTMB untuk mengecilkan KTMB, SBU Kargo, SBU penumpang, SBU Komuter dan lain2 akan lebih mudah dianaksyarikatkan atau di outsource, atau dijual kepada syarikat swasta.
8. Tanggungjawab sosial kepada rakyat akan terhakis.
9. Pengecilan atau pengapusan kesatuan secara berperingkat2.

Kesatuan berpendirian menolak cadangan ini.

Cadangan.

1. Kekalkan KTMB seperti sedia kala. Aset amat penting bagi membantu sumber pendapatan KTMB, terbukti dinegara luar seperti Jepun mengunakan aset sepenuhnya untuk membantu menambah pendapatan dan menaik taraf sistem perkeretapian.

2. Hanya Warga KTMB yang mampu mengenali KTMB, Faham Bahasa Keretapi, serta layak menerajui KTMB.

3. Penjawat Awam khususnya dari MoF dan MoT, mereka adalah muka baru, tolong mengenali KTMB, belajar apa yang ada dalam KTMB, memastikan KTMB adalah perkhidmatan sosial dan jangan cari jalan kerja mudah.


4. Kembalikan KTMB kepada sektor awam, jangan malu menarik balik status swasta, kerana perkhidmatan KTMB adalah perkhidmatan berorintasikan perkhidmatan sosial dari Kerajaan untuk rakyat.


16 Mei 2016.. Pertemuan Kali Kedua Mengenai Isu Perpindahan Kakitangan Pembantu Trafik Antarabandar...

Perbincangan Ke 2.. Isu Perpindahan Kakitangan Pembantu Trafik Anbarabandar..

Pertemuan kali kedua ini diadakan diantara Pihak Pengurusan KTMB Antarabandar bersama Wakil RUM dan beberapa Pembantu Trafik yang terlibat. Wakil RUM terdiri daripada Setiausaha Agung RUM, saudara Subramaniam, Timbalan Presiden RUM sdr Mokhtar Ismail dan Pengerusi Belia RUM yang juga wakil Gerakan Trafik RUM Cawangan KL, sdr Muhammad Faizal.

Pertemuan ini telah diadakan di pejabat Antarabandar KL Sentral pada pukul 12.30 Tengahari.


Alhamdulillah, sekali lagi, beberapa persetujuan telah dicapai, antaranya :

 i) Perpindahan beberapa krew ke Gemas bersama elaun perpindahan dan penempatan.
ii) Perpindahan beberapa Krew Ipoh ditangguhkan atas sebab, keperluan disana tidak mendesak
     disamping masih tiada PENEMPATAN yang dapat disediakan oleh pihak Pengurusan.
iii) Perpindahan semua Penyelia Tren ditangguhkan.
iv) Perpindahan Penyelia Tren Saudara Nazar dan saudara Jefri dibatalkan atas faktor umur dan                 diakui dan dipersetujui oleh pihak Pengurusan Antarabandar.
v) Perpindahan Penyelia Tren saudara Ramli dipersetujui ke Tumpat dan beliau layak menuntut elaun      perpindahan atas alasan permohonon pindah beliau ke Tumpat sebelum ini telah luput.
vi) Lain-lain hal..



16 Mei 2016... Perjumpaan diantara Wakil RUM dengan Pihak Pengurusan KTMB AntaraBandar dan TMOD...

16 Mei 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama KTMB, Ibu Pejabat KTMB.
Masa : 10.00 Pagi

Kehadiran : Pihak Pengurusan KTMB Antarabandar.
                    Pihak Pengurusan TMOD.
                    Sdr Muhammad Faizal, Pengerusi Belia
                    Sdr Mokhtar , Timbalan Presiden RUM
                    Sdr Subramaniam, Setia Usaha Agung RUM.

Tujuan : Membincangkan isu Perpindahan Kakitangan Antarabandar, Penempatan dan Keperluan..

Alhamdulillah, banyak persetujuan telah dicapai dan mesyuarat telah ditangguhkan dana akan diaturkan pertemuan diantara Pihak Pengurusan KTMB AntaraBandar bersama Wakil RUM dan Pembantu Trafik antarabandar yang terlibat.

16 Mei 2016.. Perjumpaan RUM... Cawangan Pel. Klang

Satu pertemuan diaturkan, beberapa Pegawai Utama RUM Pusat yang terdiri daripada Presiden RUM, Setiausaha Agung RUM, Bendahari Agung RUM, Pengerusi Belia RUM dan beberapa EXCO RUM telah melawat ke Cawangan Pelabuhan Klang.

Pertemuan ini telah diaturkan di Depoh Kejuruteraan Loko dan Gerabak KTMB Pelabuhan Klang.

Alhamdulillah, majlis kali ini berjalan dengan lancar.






13 Hb Mei 2016.. Perjumpaan Tidak Rasmi diantara Pengerusi Belia dan Pembantu Trafik Antarabandar depoh KL Sentral..

1 perjumpaan telah diaturkan, perjumpaan tidak rasmi diantara Pengerusi Belia RUM yang juga wakil Pembantu Trafik RUM Cawangan Kuala Lumpur bersama beberapa krew tren yang terdiri daripada Pembantu Trafik, Penyelia Tren Antarabandar.

Perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan tentang kedudukan semasa KTMB, kedudukan kewangan KTMB, info-info dan aktiviti terbaru RUM, isu perpindahan krew Antarabandar dan isu lain-lain.

Dalam pertemuan ini, juga dijelaskan BAHAWA Belia RUM seterusnya RUM Pusat menyokong penuh pentadbiran Presiden KTMB Dato' Hj Sarbini bin Tijan..



Rally RUM... Bantahan Pengambilan ASET Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Selepas kemelut 2014, kita sekali lagi menhadapai cabaran BESAR pada 2016. Kali ini datang dari Perbadanan Aset Keretapi (PAK @ RAC).

Justeru, RUM Pusat membantah apa jua cubaan yang cuba dilakukan oleh PAK dalam pengambilan aset KTMB.

RUM merangka untuk  melakukan RALLY untuk menarik perhatian KERAJAAN PUSAT dan mengambil perhatian demi menyelamatkan KTMB, maka selamatlah PEKERJA.


Terima Kasih daun keladi atas perhatian..


Namun, apa jua, atas PRINSIP KESATUAN, RUM tetap akan melakukan RALLY untuk terus beri tekanan kepada RAC meupakan hasrat mereka dalam pengambilalihan ASET-ASET KTMB.

Program 1 May 2016... Hari Buruh... Mayday 2016...


Program Mayday, Belia Rum menghantar 3 peserta iaitu Pengerusi Belia Rum Sdr Muhammad Faizal, Naib Pengerusi Belia Rum Sdr Aliff Sabri dan Bendahari Belia Sdr Yusri Yazan. Program diadakan di perkarangan MTUC pusat Subang Jaya.