nuff

Ahad, 14 Ogos 2016

16 Mei 2016.. Pertemuan Kali Kedua Mengenai Isu Perpindahan Kakitangan Pembantu Trafik Antarabandar...

Perbincangan Ke 2.. Isu Perpindahan Kakitangan Pembantu Trafik Anbarabandar..

Pertemuan kali kedua ini diadakan diantara Pihak Pengurusan KTMB Antarabandar bersama Wakil RUM dan beberapa Pembantu Trafik yang terlibat. Wakil RUM terdiri daripada Setiausaha Agung RUM, saudara Subramaniam, Timbalan Presiden RUM sdr Mokhtar Ismail dan Pengerusi Belia RUM yang juga wakil Gerakan Trafik RUM Cawangan KL, sdr Muhammad Faizal.

Pertemuan ini telah diadakan di pejabat Antarabandar KL Sentral pada pukul 12.30 Tengahari.


Alhamdulillah, sekali lagi, beberapa persetujuan telah dicapai, antaranya :

 i) Perpindahan beberapa krew ke Gemas bersama elaun perpindahan dan penempatan.
ii) Perpindahan beberapa Krew Ipoh ditangguhkan atas sebab, keperluan disana tidak mendesak
     disamping masih tiada PENEMPATAN yang dapat disediakan oleh pihak Pengurusan.
iii) Perpindahan semua Penyelia Tren ditangguhkan.
iv) Perpindahan Penyelia Tren Saudara Nazar dan saudara Jefri dibatalkan atas faktor umur dan                 diakui dan dipersetujui oleh pihak Pengurusan Antarabandar.
v) Perpindahan Penyelia Tren saudara Ramli dipersetujui ke Tumpat dan beliau layak menuntut elaun      perpindahan atas alasan permohonon pindah beliau ke Tumpat sebelum ini telah luput.
vi) Lain-lain hal..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan