nuff

Khamis, 25 Ogos 2016

26hb Ogos 2016 - Perjumpaan Kali Ke-2 diantara RUM dan Pihak Pengurusan Antara Bandar..

26hb Ogos 2016..
Jam 10.00 Pagi

Perjumpaan kali kedua mengenai job skop pembantu trafik.
Pertemuan dengan Pengurus Kanan SBU Antarabandar, En Khir Johari.

Kehadiran..

Sdr Muhammad Faizal - Pen. Setiausaha Agung RUM
Sdr Khairunniam - Pembantu Trafik Ipoh
Sdri Shafrine - Pramugari Ipoh
Sdri Madihah - Pramugari Ipoh

Sy tetap dgn pendirian, RUM tidak bersetuju dgn jobskop tersebut yg jelas melanggar syarat2 perkhidmatan, CA..

Antara info yg dapat,
- pengurusan terdesak untk memberi arahan tc menolak push cart (troli) pada 31hb Ogos.
- cadangan untk outsource F n B..

Keputusan..
- Akan diaturkan meeting secara rasmi dgn Pengurus Besar Antarabandar selewat-lewatnya minggu depan. Tunggu panggilan surat rasmi dari Pengurusan Antarabandar.

- Pihak RUM minta penjelasan, clarification Pembantu Trafik, Pramugari/a dan K/T ETS..

Sekian, terima kasih..






24hb Ogos 2016 - Perjumpaan dengan Pengurus Kanan Antarabandar En. Khir Johari..

24hb Ogos 2016

Jam 5.15 petang

Bertempat di pejabat Antarabandar KL Sentral.

Perjumpaan diantara Pen. Setiausaha Agung dengan Pengurus Kanan Antarabandar, En Khir Johari.

Perjumpaan adalah berkenaan isu Kajian Semula Beberapa Artikel di dalam Job Skop Pembantu Trafik Antara Bandar.

Keputusan perjumpaan,  pihak RUM masih tidak setuju dengan beberapa artikel dimasukkan didalam jobskop berkenaan atas alasan PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG dan AKTA sedia ada tidak membenarkan.

Perjumpaan ditangguhkan dan menunggu panggilan surat rasmi untuk perjumpaan berikutnya pada 26hb Ogos 2016.


17hb Ogos 2016 - Mesyuarat Tabung Kebajikan Pekerja KTMB

17hb Ogos 2016
Jam 2.30 Ptg
di Pejabat GM TMOD

Kehadiran

GM TMOD
GM Kewangan
Wakil SOA
Wakil RUM : Sdr Subramaniam - Setiausaha Agung RUM
                       Sdr Muhammad Faizal - Pen. SU Agung RUM
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 ptg.
Mesyuarat berikutnya pada 18hb Ogos 2016 jam 8.30 pagi.

Terdapat sebanyak 175 Kes.

1.Permohonan untuk Sumbangan :

-Kemalangan
- Penyakit Kritikal
- Pembelian Peralatan Ortopedik
- Kematian
- Saguhati Kerosakan Harta Benda.

2. Dalam Kes kerosakan Harta Benda, ada 3 kes di Tumpat, atap bumbung rosak dan kerosakan pada harta benda dan 6 kes di Bukit Mertajam, rumah terbakar. Kes-kes telah di "KIV" disebabkan tiada laporan penuh dan lengkap. KIV ini adalah untuk mendapatkan laporan lengkap. Majikan akan menulis surat pada kakitangan yang terlibat untuk membolehkan tuntutan dibayar.

3. Permohonan untuk pembelian alat-alat Ortopedik terdapat dua kles telah di KIV kerana tiada butiran dokiumen yang lengkap dan tiada bukti dokumen darisokongan doktor perubatan., Pihak pengurusan akan mulis surat kepada kakitangan terlibat untuk menyediakan dokumen sokongan dari doktor.

4. Lain-lain kes ada laporan lengkap telah diluluskan.




Ahad, 14 Ogos 2016

Imuniti Kesatuan...


Perlu tahu....



12 Ogos 2016.. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter

12 Ogos 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran SBU Komuter
Mesyuarat Kali pertama bagi sesi 2016

Mesyuarat telah diadakan di bilik Mesyuarat Pejabat Pengurus Wilayah Tengah, KL Sentral.
Jam 9.30 Pagi..

Kehadiran RUM..

i) Sdr Muhammad Faizal, Penolong SU Agung RUM
ii) Sdr Azman Eusoff , EXCO Gerakan Loko.
iii) Sdr Ridza Ashriq , SU Cawangan KL

  Keputusan Mesyuarat :

Teguran telah diberikan oleh Penolong Setiausaha Agung RUM, sdr Muhammad Faizal, antaranya :
 i) Mesyuarat sebelum ini pada 29 Disember 2015, dijalankan tanpa kehadiran wakil RUM.
ii) Panggilan mesyuarat kali ini di panggil disaat akhir, seolah-olah pihak SBU memandang remeh isu
     Keselamatan dan tidak menghormati RUM selaku Badan Perunding Tunggal bagi pihak pekerja.
iii) Mesyuarat selepas ini telah ditetapkan tarikh pada 07 Oktober 2016 dan 02 Disember 2016.


28hb Jun 2016... Mesyuarat Majlis Eksekutif Kali Ke 6 2016-2018

Mesyuarat Majlis Eksekutif Kali Ke 6 2016-2018




Antara agenda yang dibincangkan..
Perbadanan Aset Keretapi
i) Tanah Keretapi
ii) Kargo
iii) Kuarters KTMB

Perjanjian Bersama

Sokongan Penuh kepada pimpinan Presiden KTMB, Dato' Hj Sarbini bin Tijan

Lain-lain hal...




Elaun Gantian Masa Makan - EGMM

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN (EGMM)

Isu ini banyak dibangkitkan atau dirungutkan oleh ahli-ahli RUM.

Suka saya jelaskan..

Pekerja yang bekerja hendaklah diberi rehat tidak melebihi 5 jam secara berterusan.

RUM menyedari bahawa keperluan kerja KTMB berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" maka pekerja boleh dianjakan jadual waktu makan atau digantikan dengan Elaun Gantian Masa Makan (EGMM).

Namun apa yang berlaku, ada kewujudan "KEGAGALAN" menjadualkan waktu makan, kegagalan menjadualkan waktu makan agak menyukarkan pekerja untuk membuat tuntutan Elaun Gantian Masa Makan, adakala penyelia memotong tuntutan EGMM disebabkan "bukti" jadual waktu makan tidak wujud.

Ini menghakibatkan "penganiayaan" kepada pekerja.

Justeru itu RUM mengharapkan semua pekerja di JADUALKAN waktu makan bagi memastikan kelayakkan tuntutan EGMM.

Ingatan kepada pekerja pastikan waktu makan adalah dalam masa yang dijadualkan, waktu makan tidak boleh ditentukan oleh mana-mana pekerja kecuali penyelia atau pegawai atasannya dan hendaklah secara hitam putih sebagai bukti dokumen.

Pegawai Cawangan sila ambil maklum, pastikan semua pekerja dijadualkan waktu makan dan sila bangkitkan dalam Mesyuarat Perbincangan Wilayah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Al- Fatihah.. 11 Julai 2016.. Mantan Setiausaha Agung RUM..


Al- Fatihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Sdr Jaafar Alias, mantan Setiausaha Agung RUM..
Sesungguhnya yang pergi tetapkan pergi, ADMIN doakan mogah rohnya ditempatkan dikalangan yang Beriman..AMIN...

RALLY Hari Pekerja 21 Mei 2016...





Gambar-gambar ketika Rally...





Info

Mesy. Ajk Kerja telah memutuskan membantah penyerahan aset keretapi kepada perbadanan aset keretapi. Semua pendapatan aset KTM mulai 1 Nov 2010 akan diserahkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Difahamkan seramai 230 pekerja hartanah akan diserapkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Memorandum Bantahan akan dihantar pada YAB Perdana Menteri sedikit masa lagi. Namun demikian tidak menolak hak Kerajaan, tetapi hak kesatuan adalah bersuara bagi menyatakan bahawa ada yang tak kena dalam pelaksanaan.

Sebab Bantahan

1. Tiada penjelasan rasmi atau penerangan dari Pengurusan KTMB.
2. Semua aset yang dikendalikan adalah pendapatan KTMB, bilamana ianya diserahkan kepada Perbadanan aset keretapi, maka KTMB akan hilang pendapatan, disedari bahawa KTMB adalah syarikat yang tidak menguntungkan, tambahan pula kerajaan kini tidak berupaya menyuntik kewangan kepada KTMB.
3. Kuarters KTMB dijangka juga dibawah pengurusan Perbadanan Aset Keretapi, dikuatiri akan mengakibatkan kos kenaikan sewa kuarters akan dinaikan, sedangkan pekerja KTMB berpendapatan rendah.
4. Bila mana Aset Keretapi bukan lagi milik KTMB maka KTMB hanya beroperasi berdasarkan kepada operasi perniagaannya, hanya semata larian tren penumpang dan larian tren barang sahaja.
5. Kedudukan pekerja aset KTMB atau jabatan hartanah KTMB, masih tiada gambaran jelas, apa yang dikuatiri mereka berkemungkinan akan di VSSkan kemudian akan diletakan sebagai pekerja kontrak, ini berisiko, atau apa sistem yang akan digunakan utk memastikan mereka tidak terhakis sebarang faedah yang dinikmati.
6. Penyerahan aset keretapi kepada pihak2 tertentu akan menjadi mudah, tanpa bantahan dari RUM.
7. Mempermudahkan kepada pengurusan KTMB untuk mengecilkan KTMB, SBU Kargo, SBU penumpang, SBU Komuter dan lain2 akan lebih mudah dianaksyarikatkan atau di outsource, atau dijual kepada syarikat swasta.
8. Tanggungjawab sosial kepada rakyat akan terhakis.
9. Pengecilan atau pengapusan kesatuan secara berperingkat2.

Kesatuan berpendirian menolak cadangan ini.

Cadangan.

1. Kekalkan KTMB seperti sedia kala. Aset amat penting bagi membantu sumber pendapatan KTMB, terbukti dinegara luar seperti Jepun mengunakan aset sepenuhnya untuk membantu menambah pendapatan dan menaik taraf sistem perkeretapian.

2. Hanya Warga KTMB yang mampu mengenali KTMB, Faham Bahasa Keretapi, serta layak menerajui KTMB.

3. Penjawat Awam khususnya dari MoF dan MoT, mereka adalah muka baru, tolong mengenali KTMB, belajar apa yang ada dalam KTMB, memastikan KTMB adalah perkhidmatan sosial dan jangan cari jalan kerja mudah.


4. Kembalikan KTMB kepada sektor awam, jangan malu menarik balik status swasta, kerana perkhidmatan KTMB adalah perkhidmatan berorintasikan perkhidmatan sosial dari Kerajaan untuk rakyat.


16 Mei 2016.. Pertemuan Kali Kedua Mengenai Isu Perpindahan Kakitangan Pembantu Trafik Antarabandar...

Perbincangan Ke 2.. Isu Perpindahan Kakitangan Pembantu Trafik Anbarabandar..

Pertemuan kali kedua ini diadakan diantara Pihak Pengurusan KTMB Antarabandar bersama Wakil RUM dan beberapa Pembantu Trafik yang terlibat. Wakil RUM terdiri daripada Setiausaha Agung RUM, saudara Subramaniam, Timbalan Presiden RUM sdr Mokhtar Ismail dan Pengerusi Belia RUM yang juga wakil Gerakan Trafik RUM Cawangan KL, sdr Muhammad Faizal.

Pertemuan ini telah diadakan di pejabat Antarabandar KL Sentral pada pukul 12.30 Tengahari.


Alhamdulillah, sekali lagi, beberapa persetujuan telah dicapai, antaranya :

 i) Perpindahan beberapa krew ke Gemas bersama elaun perpindahan dan penempatan.
ii) Perpindahan beberapa Krew Ipoh ditangguhkan atas sebab, keperluan disana tidak mendesak
     disamping masih tiada PENEMPATAN yang dapat disediakan oleh pihak Pengurusan.
iii) Perpindahan semua Penyelia Tren ditangguhkan.
iv) Perpindahan Penyelia Tren Saudara Nazar dan saudara Jefri dibatalkan atas faktor umur dan                 diakui dan dipersetujui oleh pihak Pengurusan Antarabandar.
v) Perpindahan Penyelia Tren saudara Ramli dipersetujui ke Tumpat dan beliau layak menuntut elaun      perpindahan atas alasan permohonon pindah beliau ke Tumpat sebelum ini telah luput.
vi) Lain-lain hal..



16 Mei 2016... Perjumpaan diantara Wakil RUM dengan Pihak Pengurusan KTMB AntaraBandar dan TMOD...

16 Mei 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama KTMB, Ibu Pejabat KTMB.
Masa : 10.00 Pagi

Kehadiran : Pihak Pengurusan KTMB Antarabandar.
                    Pihak Pengurusan TMOD.
                    Sdr Muhammad Faizal, Pengerusi Belia
                    Sdr Mokhtar , Timbalan Presiden RUM
                    Sdr Subramaniam, Setia Usaha Agung RUM.

Tujuan : Membincangkan isu Perpindahan Kakitangan Antarabandar, Penempatan dan Keperluan..

Alhamdulillah, banyak persetujuan telah dicapai dan mesyuarat telah ditangguhkan dana akan diaturkan pertemuan diantara Pihak Pengurusan KTMB AntaraBandar bersama Wakil RUM dan Pembantu Trafik antarabandar yang terlibat.

16 Mei 2016.. Perjumpaan RUM... Cawangan Pel. Klang

Satu pertemuan diaturkan, beberapa Pegawai Utama RUM Pusat yang terdiri daripada Presiden RUM, Setiausaha Agung RUM, Bendahari Agung RUM, Pengerusi Belia RUM dan beberapa EXCO RUM telah melawat ke Cawangan Pelabuhan Klang.

Pertemuan ini telah diaturkan di Depoh Kejuruteraan Loko dan Gerabak KTMB Pelabuhan Klang.

Alhamdulillah, majlis kali ini berjalan dengan lancar.






13 Hb Mei 2016.. Perjumpaan Tidak Rasmi diantara Pengerusi Belia dan Pembantu Trafik Antarabandar depoh KL Sentral..

1 perjumpaan telah diaturkan, perjumpaan tidak rasmi diantara Pengerusi Belia RUM yang juga wakil Pembantu Trafik RUM Cawangan Kuala Lumpur bersama beberapa krew tren yang terdiri daripada Pembantu Trafik, Penyelia Tren Antarabandar.

Perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan tentang kedudukan semasa KTMB, kedudukan kewangan KTMB, info-info dan aktiviti terbaru RUM, isu perpindahan krew Antarabandar dan isu lain-lain.

Dalam pertemuan ini, juga dijelaskan BAHAWA Belia RUM seterusnya RUM Pusat menyokong penuh pentadbiran Presiden KTMB Dato' Hj Sarbini bin Tijan..



Rally RUM... Bantahan Pengambilan ASET Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Selepas kemelut 2014, kita sekali lagi menhadapai cabaran BESAR pada 2016. Kali ini datang dari Perbadanan Aset Keretapi (PAK @ RAC).

Justeru, RUM Pusat membantah apa jua cubaan yang cuba dilakukan oleh PAK dalam pengambilan aset KTMB.

RUM merangka untuk  melakukan RALLY untuk menarik perhatian KERAJAAN PUSAT dan mengambil perhatian demi menyelamatkan KTMB, maka selamatlah PEKERJA.


Terima Kasih daun keladi atas perhatian..


Namun, apa jua, atas PRINSIP KESATUAN, RUM tetap akan melakukan RALLY untuk terus beri tekanan kepada RAC meupakan hasrat mereka dalam pengambilalihan ASET-ASET KTMB.

Program 1 May 2016... Hari Buruh... Mayday 2016...


Program Mayday, Belia Rum menghantar 3 peserta iaitu Pengerusi Belia Rum Sdr Muhammad Faizal, Naib Pengerusi Belia Rum Sdr Aliff Sabri dan Bendahari Belia Sdr Yusri Yazan. Program diadakan di perkarangan MTUC pusat Subang Jaya.