nuff

Selasa, 26 Januari 2016

Aktiviti ke 2 2016 : Mesyuarat Majlis Eksekutif kali ke 5 (Sesi 2014-2017)

26hb Januari 2016
Mesyuarat Majlis Eksekutif kali ke 5 (Sesi 2014-2017)




Alhamdulillah.. Semua Pegawai Meja Utama, Exco, Pengerusi Cawangan dan Setiausaha Cawangan dapat berkumpul.
Segalanya berjalan dengan harmoni dan lancar. Terima kasih juga diatas kehadiran Presiden KTMB Dato' Haji Sarbini bin Tijan dan Pengerusi KTMB Dato' IR Haji Nawawi Ahmad demi kelangsungan dalam menjayakan majlis dan memberi bukti bahawa wujud keharmonian diantara pucuk pimpinan RUM dan pucuk pimpinan KTMB.

Terima kasih juga kepada Presiden KTMB dan Pengerusi KTMB diatas segala penjelasan dan memberi sokongan diatas segala tuntutan RUM dalam Perjanjian Bersama (CA) yang ke 8. Sesungguhnya, saya bagi pihak RUM mengucapkan ribuan terima kasih.

Untuk info ahli-ahli RUM, Presiden RUM mengemukan rayuan agar mempertimbangkan "Peningkatan Pelarasan Gaji" berdasarkan persetujuan bersama yang dicapai ialah sebanyak 13% dengan bantahan serta menuntut pertimbangan kenaikan sebanyak 15%.

Untuk gaji minima, persetujuan bersama diantara pihak pengurusan dan panel RUM telah dicapai iaitu sebanyak RM 1200.00.

Alhamdulillah, beberapa persetujuan juga telah dicapai dalam penambah baikan segala tuntutan artikel perjanjian bersam ke 8, namun masih ada beberapa artikel yang KIV.

Terima kasih diucapkan...

Doa dipanjangkan agar kita mendapat keputusan yang positif dalam tuntutan Perjanjian bersama ke 8 ini, tapi, percayalah, apa jua, ini adalah CA yang terbaik diantara semua... InsyaAllah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan