nuff

Selasa, 26 Januari 2016

Aktiviti ke 2 2016 : Mesyuarat Majlis Eksekutif kali ke 5 (Sesi 2014-2017)

26hb Januari 2016
Mesyuarat Majlis Eksekutif kali ke 5 (Sesi 2014-2017)




Alhamdulillah.. Semua Pegawai Meja Utama, Exco, Pengerusi Cawangan dan Setiausaha Cawangan dapat berkumpul.
Segalanya berjalan dengan harmoni dan lancar. Terima kasih juga diatas kehadiran Presiden KTMB Dato' Haji Sarbini bin Tijan dan Pengerusi KTMB Dato' IR Haji Nawawi Ahmad demi kelangsungan dalam menjayakan majlis dan memberi bukti bahawa wujud keharmonian diantara pucuk pimpinan RUM dan pucuk pimpinan KTMB.

Terima kasih juga kepada Presiden KTMB dan Pengerusi KTMB diatas segala penjelasan dan memberi sokongan diatas segala tuntutan RUM dalam Perjanjian Bersama (CA) yang ke 8. Sesungguhnya, saya bagi pihak RUM mengucapkan ribuan terima kasih.

Untuk info ahli-ahli RUM, Presiden RUM mengemukan rayuan agar mempertimbangkan "Peningkatan Pelarasan Gaji" berdasarkan persetujuan bersama yang dicapai ialah sebanyak 13% dengan bantahan serta menuntut pertimbangan kenaikan sebanyak 15%.

Untuk gaji minima, persetujuan bersama diantara pihak pengurusan dan panel RUM telah dicapai iaitu sebanyak RM 1200.00.

Alhamdulillah, beberapa persetujuan juga telah dicapai dalam penambah baikan segala tuntutan artikel perjanjian bersam ke 8, namun masih ada beberapa artikel yang KIV.

Terima kasih diucapkan...

Doa dipanjangkan agar kita mendapat keputusan yang positif dalam tuntutan Perjanjian bersama ke 8 ini, tapi, percayalah, apa jua, ini adalah CA yang terbaik diantara semua... InsyaAllah....


26hb Januari 2016.... Al-Fatihah..Presiden MTUC Saudara Khalid Atan Meninggal Dunia...

Al-Fatihah...
Saya bagi pihak RUM.. Jauh dilubuk hati, melahirkan perasaan terkejut dan sedih diatas pemergian Allahyarham En. Khalid bin Atan, Presiden MTUC semalam..
Sesungguhnya, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada para pejuang kaum pekerja khususnya di Malaysia..
Saya doakan agar beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... InnsyaAllah... Amin...
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali...

Rabu, 20 Januari 2016

Tahniah kepada Dato' Haji Sarbini bin Tijan

Saya admin, bagi pihak belia RUM dan RUM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden KTMB, Yang Berbahagia Lt Kol (B) Dato' Haji Sarbini Bin Tijan, diatas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Pahang pada 15hb Januari 2016.



Pogram Pertama 2016 untuk RUM dan Belia RUM - RUNDINGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 (CA) Di ANTARA KTMB DAN RUM

RUNDINGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 DI ANTARA KTMB DAN RUM

Alhamdulillah, program pertama untuk tahun 2016 adalah rundingan perjanjian bersama ke 8 (CA) berjalan dengan baik dan harmoni. Perundingan ini adalah diantara Panel RUM dan KTMB di Langkawi untuk pengetahuan semua, makluman ahli-ahli RUM, rundingan ini diadakan di Hotel Adya, Pulau Langkawi pada 10hb - 14hb Januari 2016.




Untuk pengetahuan semua juga , panel perundingan bagi pihak KTMB yang diketuai oleh Tuan Haji Helmi Mohamad Senior Vise President serta semua panel KTMB lembut dan terbuka hatinya mempertimbangkan tuntutan RUM melalui Draf Perjajian Bersama yang telah dihantar pada 1.10.2015.
PANEL PERUNDINGAN CA KE 8
PANEL PERUNDING KTMB
SVP. TN. HJ. HELMI MOHAMAD
GM TMOD Tn. Hj Helmi Hasan
GM FINANCE Pn. Haslina
GM Fleet. Johari Kamal
GM Kargo Zain Taha.
GM TMO Hider
Secretariat 5 orang
PANEL PERUNDING RUM
1. Mokhtar (Ketua Perunding RUM) Tim Pres
2. Maniam (Perunding) S.Agung
3. Hairuddin (Perunding) B.Agung
4. Fadzli (Perunding @ Secretariat) Pen.S.Agung
5. Suraya (Perunding @ Secretariat)Pen.B.Agung
6. Roslan (Perunding) Naib Pres
7. Faizal (Perunding) Pengerusi Belia @ Exco
8. Razak (Perunding @ Secretariat) President

Berberapa Artikel telah dipersetujui bersama dan ada yang tertangguh (kiv) berikutan tidak ada persetujuan, In Syaa Allah akan disambung semula perbincangan di Kuala Lumpur.
Secara amnya boleh dikatakan sangat baik.
Terima Kasih kepada Tuan Haji Helmi Mohamad dan semua panel KTMB yang memahami kehendak pekerja walaupun RUM juga amat memahami kekangan kewangan KTMB.
Namun ianya juga bergantung kepada kelulusan Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan setelah perbincangan akhir yang akan dibincangkan di Kuala Lumpur setelah mendapat persetujuan bersama.
Mudah-mudahan kelulusan dapat diberikan oleh Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan.
Perbincangan Perjanjian Bersama berakhir dengan menandatangani dokumen persetujuan bersama disamping pemberian cenderahati diantara kedua-dua pihak.



Rabu, 6 Januari 2016

TPPA... chapter untuk kaum buruh...

Sekadar berkongsi...

dalam 30 chapter, hanya satu untuk kaum buruh...

19. Labour
All TPP Parties are International Labour Organization (ILO) members and recognize the
importance of promoting internationally recognized labour rights. TPP Parties agree to adopt
and maintain in their laws and practices the fundamental labour rights as recognized in the ILO
1998 Declaration, namely freedom of association and the right to collective bargaining;
elimination of forced labour; abolition of child labour and a prohibition on the worst forms of
child labour; and elimination of discrimination in employment. They also agree to have laws
governing minimum wages, hours of work, and occupational safety and health. These
commitments also apply to export processing zones. The 12 Parties agree not to waive or
derogate from laws implementing fundamental labour rights in order to attract trade or
investment, and not to fail to effectively enforce their labour laws in a sustained or recurring
pattern that would affect trade or investment between the TPP Parties. In addition to
commitments by Parties to eliminate forced labour in their own countries, the Labour chapter
includes commitments to discourage importation of goods that are produced by forced labour or
child labour, or that contain inputs produced by forced labour, regardless of whether the source
country is a TPP Party. Each of the 12 TPP Parties commits to ensure access to fair, equitable
and transparent administrative and judicial proceedings and to provide effective remedies for
violations of its labour laws. They also agree to public participation in implementation of the
Labour chapter, including establishing mechanisms to obtain public input.
The commitments in the chapter are subject to the dispute settlement procedures laid out in the
Dispute Settlement chapter. To promote the rapid resolution of labour issues between TPP
Parties, the Labour chapter also establishes a labour dialogue that Parties may choose to use to
try to resolve any labour issue between them that arises under the chapter. This dialogue allows
for expeditious consideration of matters and for Parties to mutually agree to a course of action to
address issues. The Labour chapter establishes a mechanism for cooperation on labour issues,
including opportunities for stakeholder input in identifying areas of cooperation and
participation, as appropriate and jointly agreed, in cooperative activities.

untuk detail, boleh lawat ke website MITI.GOV.My