nuff

Jumaat, 30 Disember 2016

05hb November 2016 - Pelajar UTM Skudai - Sesi temuramah dan Perkongsian Perjanjian Bersama.

05hb November 2016
Pertemuan dan Perkongsian Mengenai Kepentingan Berkesatuan dan Perjanjian Bersama.

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Wakil dari RUM adalah Penolong Setiausaha Agong RUM sdr Muhammad Faizal.
Subjek : SHAR 2033 UNDANG-UNDANG INDUSTRI
Assignment : KTM PERJANJIAN BERSAMA
Jurusan : Ijazah Pembangunan Sumber Manusia
Sumber diperolehi dari : suarabeliarum.blogspot.my

Tugsan diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan satu tugasan tentang Perjanjian Bersama, RUM telah direkemendasi oleh pensyarah mereka. Antara sebab RUM diambil sebagai contoh adalah diatas kejayaan menyelesaikan 'kemelut RUM 2014'.
Diharap selepas ini, ilmu dan sebarang berkaitan KESATUAN SEKERJA boleh menarik minat semua pelajar di Malaysia untuk terus dikongsi disamping 'membuka minda' dalam mencambah pengetahuan lebih mendalam ke pengetahuan umum..
Antara mesej yang penting dalam pertemuan ini adalah, " Kesatuan sekerja bukanlah Musuh tetapi adalah penting dalam MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN dalam menjaga Keharmonian dan Kebajikan Pekerja.."

SUARA PEKERJA, SUARA KERAMAT...


22hb Oktober 2016 - Persidangan Perwakilan MTUC Bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan.


Persidangan perwakilan MTUC bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan yang telah dihadiri hampir 400 orang wakil kesatuan pekerja awam dan swasta yang terdiri dari 70 Kesatuan Sekerja yang mewakili suara pekerja diseluruh Malaysia.

Tempat pengundian adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan Subang Jaya.

RUM menghantar 10 Perwakilan untuk pengundian ini. Mereka adalah Sdr Mokhtar Ismail, Sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya, Sdr Azran, Sdr Yusri Yazan, Sdr Firdaus Bin Nizan, Sdr Alif Sabri, Sdr Zahit, Sdr Azman Eusoff, Sdr Roslan Ismail dan Sdr Md Isah Zainudin.

5 kerusi jawatan yang terdiri daripada Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari telah ada pengundian pada penggal kali ini.

Calon bagi Pengerusi adalah diantara sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) dan sdr Rajamorganan a/l Narunan (BIEU).

Calon bagi Timbalan Pengerusi pula diantara sdr Mohd Faisal bin Abu Bakar (PERODUA) dan sdr Mahfudz Harun ( FIEU).

Bagi calon Setiausaha pula adalah diantara sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) dan sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU).

Untuk calon Penolong Setiausaha adalah sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dan sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW).

Akhir sekali, Calon bagi Bendahari adalah sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) dan sdr Mohd Rizal bin Mahat (MCFEU).



Berikut adalah keputusan :

Pengerusi
sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) menang dengan 174 undi bebalas 138 undi. Terdapat 2 undi rosak.

Timbalan Pengerusi
sdr Mahfudz Harun ( FIEU) menang dengan 157 undi berbalas 154 undi. Terdapat 1 undi rosak.

Setiausaha
sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) menang dengan 180 undi berbanding 132 undi bagi  sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU). Terdapat 1 undi rosak.

Penolong Setiausaha
 sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW) menang dengan 163 undi menewaskan sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dengan 163 undi berbalas 149 undi dimana terdapat 2 undi rosak.

Bendahari
sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) 174 undi dan sdr Mohd Rizal bin Mahat 137 undi (MCFEU). 1 undi rosak.


Selasa, 22 November 2016

18hb Oktober 2016 - Workers Walk 2016

Atas semangat Solidarity, RUM menghantar seramai 20 orang untuk menghadiri Workers Walk 2016 (WW) anjuran MTUC Divisyen Selangor.






10hb Oktober 2016 - Pertemuan Beberapa Pegawai Kesatuan Gabungan MTUC dengan Tan Sri Hj Noh Omar.

Alhamdulillah, wakil RUM sdr Muhammad Faizal yang juga Penolong Setiausaha Agung RUM bersama sdr Roslan Ismail telah dijemput untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Hj Noh Omar di Putrajaya.





Terima kasih kepada TSNO diatas kesudian bertentang empat mata dengan kami, beberapa pemimpin kesatuan dibawah gabungan MTUC. Beliau cukup ramah dan 'sempoi". Tabik untuk beliau. Sekurang-kurangnya sudi turun padang dalam mendengar keluhan dan isu "PEKERJA"..

07hb Oktober 2016 - Mesyuarat JKKP SBU Komuter




Bertempat di Pejabat Pengurus Wilayah Tengah.
Jam 9.00 Pagi..

Kehadiran dari pihak kesatuan : Sdr Muhammad Faizal ( Pen. SUA RUM)
                                                    Sdr Ridza Ashriq ( SU Cawangan Kuala Lumpur)
                                                    Sdr Azman Eusoff ( Exco Gerakan Loko)

Rabu, 7 September 2016

7hb September 2016 - Mesyuarat Bulanan Bersama TMOD


Jam : 11.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat One Stop Centre'
               Ibu Pejabat Korporat KTMB.

Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan penuh harmoni. Terdapat lebih kurang 17 isu telah "dihighlightkan".

Berikut adalah kesimpulan dan point ringkas mesyuarat tersebut, sekadar untuk pengetahuan ahli..


1) PERJANJIAN BERSAMA (CA)

- Setelah mesyuarat HR dengan Sub comittee hampir 4 kali,yang terakhir pada bulan Ogos, semua bersetuju dibawa ke lembaga pengarah.. segala artikel yg dipersetujui, tiada yang berubah dan next meeting adalah pada 29hb September 2016.

2) PERTUKARAN KT FLEET DEPOH KLS KE TUMPAT.

- Perbincangan telah dilakukan beberapa kali.
- Perlaksanaan akan tetap dilakukan cuma tarikh perlaksanaan akan berubah-ubah.
- Daripada bilangan 44 k/t, berkurang kepada 14 orang. Nama akan diberitahu dalam masa terdekat.
- Maklumat terbaru, pihak fleet memberitahu, iaitu melalui En Kholel, tempoh sebenar akan diberitahu. Isu utama adalah penempatan.
- senarai umur maksima yg berpindah adalah 35 tahun.
- bila TMOD dapat senarai nama, sebelum surat dikeluarkan,akan berbincang dahulu dengan pihak kesatuan.

3) PTI UNTUK KOMUTER.

- Mekanisma arahan tak dapat dibuat dan tunggu peralatan AFC siap sepenuhnya.
- Pihak TMOD belum mendapat penjelasan konkrit dari pihak komuter. Tarikh akhir siap perlaksanaan AFC adalah dijangka 16hb September 2016. (Akan di confirmkn kemudian).
- klarifikasi akan dijelaskan kemudian atas sebab perlaksanaan AFC menghampiri 16hb Semptember, diharap pihak kesatuan dapat bersabar.

4) GAJI MINIMA RM1000.

- Telah dilaksanakan pada Julai 2016 bersama dengan perlaksanaan Kerajaan.

5) PERPINDAHAN KUATERS BATU 3 & KLANG.

- Hasil perbincangan diantara PAK & MOT pada 1hb September 2016, DS KSU memanggil mesyuarat pada 06hb September 2016 yg dihadiri pihak KTMB, PAK dan KONTRAKTOR, KSU mengarahkan PAK daatkan kuaters sementara atau tetap dalam tempoh 2 minggu di sekitar Batu Tiga dan PAK bersetujy sebelum akhir Disember 2016.
- kos perpindahan ditanggung PAK.
- Seperti dimaklumkan oleh PAK, tanggungan ini sehingga pembinaan kuaters baru.
- Pihak TMOD menunggu minit rasmi dari MOT, sebelum menghantar surat balas 12hb Ogos 2016 yang dihantar pihak kesatuan, dan sebarang perbincangan dgn KSU akan dijawab dalam tempoh 2 minggu dari tarikh mesyuarat 07hb September 2016.

6) KENAIKAN YURAN PERUMAHAN OLEH PERSATUAN PENDUDUK LENGKOK ABDULLAH.

- Pihak TMOD tidak bersetuju dan tidak akan dilaksanakan.
-panggilan mesyuarat diantara AJK Penduduk akan dibuat sebelum membuat sebarang arahan seterusnya dalam masa terdekat.
- Lif dijaga oleh bahagian Domestik dari Jabatan Elektrifikasi dibawah En Majid.Akan memastikan semasa lif diselanggara, perlu ada pemantauan dari pihak KTMB.

7) MENGKOMERSILKAN TANAH KTMB.

- GM TMOD ada  berjumpa dgm DHST, DHST minta diaturkan satu sesi taklimat bersama En Hafiz Legal, Afzar, dn Pn Norma untuk berkongsi apa yg dibincankan, wujudnya RNAA( railway Network Asset Aggrenment).
- Apa jua yg termaktub dalam RNAA dan maklumkan kepada pihak kesatuan dalam awal Oktober (diantara 1hb hingga 18hb).

8) ARTIKEL CA CUTI ISTERI BERSALIN.

-Keluar dan edar pekeliling. Isu selesai seperti mana yg dibincangkan pada perbincangan CA dilangkawi.

9) MENGHADKAN KELAYAKAN PERUBATAN PESAKIT LUAR UNTUK K/T KTMB.

- TMOD tidak bersetuju dan isu selesai. Tiada isu.

10) JOBSPEK TC, PERAMUGARI/A DAN F&B.

- TMOD akan keluarkan artikel tolak troli dan melakukan kerja-kerja fnb dari jobskop.
- Akan aturkan pertemuan dengam GM Intercity.
- hantar e-mail kepada semua wilayah dan minta k/t senaraikan kelengkapan yang tidak cukup.

11) KEDUDUKAN PLR YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS DI MYRA. (KPSL).

-34 Orang.
- isu penempatan dan keputusan yang benar akan diberitahu sekurang kurangnya minggu ini.

12) KEWUJUDAN JAWATAN BARU DAN TERLALU RAMAI JAWATAN EKSEKUTIF YANG BARU.

-Dimaklumkan 1 konsultan yg menjalankan PROCESS BUSINESS ENGINEERING,  akan diaturkan 1 pertemuan dengan RUM. Detail akan dibentang sebelum Oktober kepada pihak kesatuan.

14) POTER STESEN DIARAHKAN MEMBUAT KERJA TC.

-TMOD akan keluarkan arahan dengan kadar segera.

15) TAWARAN PEMINJAMAN PEKERJA KEPADA CRRC.

- Akan diaturkan pertemuan dalam masa terdekat (akhir hujung bulan september)

17) ISU OUTSOURCE KERANI KAUNTER.

- BINCANG JUMAAT 9hb September 2016.

Khamis, 1 September 2016

2hb September 2016.. Mesyuarat JawatanKuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP) Peringkat Induk Kali Ke 3/2016..

Mesyuarat JawatanKuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP) Peringkat Induk kali ke 3/2016

Tarikh : 2 September 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama,
Ibu Pejabat Korporat KTMB.
Jam : 10.00 Pagi.

Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan Pengerusi.
2. Menyemak dan Membincangkan isu-isu berbangkit dari minit mesyuarat JKKP Induk ke 2/2016.
3. Membincangkan Hal-Hal Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
4 Ucapan Penangguhan.



Ucapan Pengerusi, DHST..
- Peringatan mengenai virus Zika.
- Bersama-sama berganding bahu bekerjasama menjaga keselamatan..
- Mulai 9hb September, sempena raya haji, larian tren lebih banyak terutama melibatkan ETS, tren penumpang dsbgnya..
- Mulai 1hb september, komuter utara extend dari kamunting ke pdg rengas.
-Melaksanakan pogram gotong-royong, kempen keselamatan..

Ucapan Wakil Kesatuan, Sdr Mokhtar.
- Memaklumkan ketidakhadiran Presiden RUM yang ada urusan Kesatuan di luar.
-Ucapan terima kasih kepada En. Suhaimi sebab berjaya memanggil kesatuan ke mesyuarat dengan makluman seawal 2 minggu berserta dengan minit mesyuarat. Juga mengucapkan tahniah kepada DHST diatas pertemuan pada 29hb Ogos berjumpa dengan PM, dan pihak kesatuan terdengar ada keputusan yg positif dari pertemuan itu dan mohon perkongsian.
- Tahniah juga diucapkan kepada Pihak Pengurusan Fleet kerana berjaya mengosongkan depoh kls namun agak kecewa disebabkan semasa pengosongan, berlaku derailment di Chamek walaupun ada aduan mengenai 2 kali jajaran "parted" dan ada roda tajam semasa lansiran.
- Penekanan keselamatan di terowong klsd.
- 1 trend baru perletakan jawatan jurutera seolah2 satu tindakan sabotaj kpd pengurusan ktmb.