nuff

Jumaat, 30 Disember 2016

04hb Disember 2016 sehingga 17hb Disember 2016 - JILAF Invitation Program

Program ke Jepun selama 2 minggu..
Jemputan JILAF di bawah MTUC..

Program untuk 3 negara iaitu Malaysia, Pakistan dan Filipina.

Seramai 6 peserta dari Malaysia, 5 dari Pakistan dan 3 dari Filipina.

Untuk Malaysia salah seorang adalah dari RUM iaitu sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya.

Hari Pertama 04hb Disember 2016. Berlepas ke Jepun.



JILAF Invitation Program
Hari Ke 2..
"Schedule" hari kedua untuk Team Malaysia, Pakistan dan Filipina..
5hb Disember 2016
09.30-1050 - Orientasi
11.00- 12.00 - Opening Ceremony
12.00- 12.30 - JILAF Introduksi
14.15- 16.00- Perbincangan " Problem Raising at the Starting of Training"
16.15- 17.30- Goal Setting (Setting of Objectives)
*semua masa adalah mengikut jam di Jepun..

JILAF Invitation Program
Hari ke 3..
06hb Disember 2016
10.00-12.30 -Lecture on 'The Role and Issues of the Labour Movement in Japan'
14.30- 17.30 - Visit to JTUC-RENGO (Japanese Trade Union Confederation)

29hb November 2016 - Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)




Tahniah... Barisan Kepimpinan "baru"

27hb November 2016 - Majlis Makan Malam Solidariti

MAJLIS MAKAN MALAM SOLIDARITY

UNI-GLC telah menganjurkan Majlis Makan Malam Solidarity semalam 26/11.2016 dengan tetamu kehormatnya adalah YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal Presiden UNI - GLC yang menjemput RUM di Majlis Makan Malam Solidarity.

RUM juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepucuk surat kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri mengenai beberapa perkara dan memohon temu janji kepada YAB Dato Seri, harapan RUM Dato Seri PM dapat memberi sedikit ruang masa untuk bertemu dengan YAB Dato Seri Perdana Menteri bagi tujuan menjelaskan beberapa isu khususnya kedudukan kewangan KTMB dan Pengambilalihan Aset Keretapi oleh RAC.

Gambar di bawah YAB Dato Seri Perdana Menteri sedang membaca surat RUM, terima kasih YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang sudi mengambil kesempatan membaca surat dari RUM, harapan kami pertemuan selanjutnya dapat diadakan.

copy paste dar fesbuk suaraRUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

05hb November 2016 - Pelajar UTM Skudai - Sesi temuramah dan Perkongsian Perjanjian Bersama.

05hb November 2016
Pertemuan dan Perkongsian Mengenai Kepentingan Berkesatuan dan Perjanjian Bersama.

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Wakil dari RUM adalah Penolong Setiausaha Agong RUM sdr Muhammad Faizal.
Subjek : SHAR 2033 UNDANG-UNDANG INDUSTRI
Assignment : KTM PERJANJIAN BERSAMA
Jurusan : Ijazah Pembangunan Sumber Manusia
Sumber diperolehi dari : suarabeliarum.blogspot.my

Tugsan diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan satu tugasan tentang Perjanjian Bersama, RUM telah direkemendasi oleh pensyarah mereka. Antara sebab RUM diambil sebagai contoh adalah diatas kejayaan menyelesaikan 'kemelut RUM 2014'.
Diharap selepas ini, ilmu dan sebarang berkaitan KESATUAN SEKERJA boleh menarik minat semua pelajar di Malaysia untuk terus dikongsi disamping 'membuka minda' dalam mencambah pengetahuan lebih mendalam ke pengetahuan umum..
Antara mesej yang penting dalam pertemuan ini adalah, " Kesatuan sekerja bukanlah Musuh tetapi adalah penting dalam MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN dalam menjaga Keharmonian dan Kebajikan Pekerja.."

SUARA PEKERJA, SUARA KERAMAT...


22hb Oktober 2016 - Persidangan Perwakilan MTUC Bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan.


Persidangan perwakilan MTUC bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan yang telah dihadiri hampir 400 orang wakil kesatuan pekerja awam dan swasta yang terdiri dari 70 Kesatuan Sekerja yang mewakili suara pekerja diseluruh Malaysia.

Tempat pengundian adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan Subang Jaya.

RUM menghantar 10 Perwakilan untuk pengundian ini. Mereka adalah Sdr Mokhtar Ismail, Sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya, Sdr Azran, Sdr Yusri Yazan, Sdr Firdaus Bin Nizan, Sdr Alif Sabri, Sdr Zahit, Sdr Azman Eusoff, Sdr Roslan Ismail dan Sdr Md Isah Zainudin.

5 kerusi jawatan yang terdiri daripada Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari telah ada pengundian pada penggal kali ini.

Calon bagi Pengerusi adalah diantara sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) dan sdr Rajamorganan a/l Narunan (BIEU).

Calon bagi Timbalan Pengerusi pula diantara sdr Mohd Faisal bin Abu Bakar (PERODUA) dan sdr Mahfudz Harun ( FIEU).

Bagi calon Setiausaha pula adalah diantara sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) dan sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU).

Untuk calon Penolong Setiausaha adalah sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dan sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW).

Akhir sekali, Calon bagi Bendahari adalah sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) dan sdr Mohd Rizal bin Mahat (MCFEU).



Berikut adalah keputusan :

Pengerusi
sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) menang dengan 174 undi bebalas 138 undi. Terdapat 2 undi rosak.

Timbalan Pengerusi
sdr Mahfudz Harun ( FIEU) menang dengan 157 undi berbalas 154 undi. Terdapat 1 undi rosak.

Setiausaha
sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) menang dengan 180 undi berbanding 132 undi bagi  sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU). Terdapat 1 undi rosak.

Penolong Setiausaha
 sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW) menang dengan 163 undi menewaskan sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dengan 163 undi berbalas 149 undi dimana terdapat 2 undi rosak.

Bendahari
sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) 174 undi dan sdr Mohd Rizal bin Mahat 137 undi (MCFEU). 1 undi rosak.