nuff

Jumaat, 13 November 2015

LUAR NEGARA - Mahkamah Benarkan Pekerja Lufthansia Mogok



 Kuasa MOGOK pekerja di Luar Negara... 9hb November 2015




BERLIN – Sebuah mahkamah Jerman memberi lampu hijau lewat kelmarin kepada kru kabin syarikat penerbangan terbesar di negara itu, Lufthansa untuk meneruskan mogok mereka.
Mahkamah Buruh di Darmstadt menolak rayuan pengurusan Lufthansa untuk mengharamkan mogok anjuran kesatuan pramugari UFO itu yang menyaksikan hampir 2,000 penerbangan dibatalkan sejak pada Jumaat lepas.
Mahkamah sama turut menolak hujah Lufthansa bahawa alasan kesatuan berkenaan untuk mogok adalah ‘terlalu kabur’ dan bercanggah dengan undang-undang buruh Jerman.

Kesatuan sekerja UFO mengalu-alukan keputusan itu di laman webnya dan meminta mogok berkenaan diteruskan hingga esok melibatkan semua penerbangan dari lapangan terbesar di Jerman, Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt di samping lapangan terbang di Munich dan Dusseldorf.
Terdahulu, Lufthansa mengumumkan pembatalan sebanyak 930 penerbangan keluar masuk di tiga buah lapangan terbang berkenaan melibatkan kira-kira 100,000 penumpang.
Syarikat penerbangan itu telah membatalkan sebanyak 929 penerbangannya pada Isnin lepas yang menyebabkan 113,000 penumpang terkandas dan memotong 136 lagi penerbangan kelmarin melibatkan 27,300 penumpang.
Lufthansa membuat tawaran baharu untuk meningkatkan bonus dan faedah persaraan kepada UFO pada Isnin lalu tetapi kesatuan sekerja itu menolaknya. – AFP


Copy paste dari KOSMO



1 ulasan:

  1. Info yang berguna dan menarik, done follow ur blog #11.

    BalasPadam