nuff

Isnin, 2 November 2015

Kenaikan Tambang Komuter

Copy Paste dari suara rum

Demi kepentingan Syarikat dan Pekerja...

KENAIKAN TAMBANG KOMUTER
KEPENTINGAN KTMB & PEKERJA

Rum akan mempertahankan apa jua kebaikan untuk kepentingan KTMB dan Pekerja, prinsip itu telah RUM mainkan semenjak penubuhan RUM pada tahun 1961.
Maka kenaikan tambang komuter ini, bukan "KEHENDAK KERAJAAN" tapi "KEHENDAK KTMB, kerajaan telah menangguhkan permohonan kenaikan ini berulang kali, hanya kali ini kerajaan memenuhi permintaan KTMB itu pun masih di bawah permohonan KTMB berdasarkan permohonan KTMB kenaikan 20sen perkilometer. Kenaikan yang rendah ini kurang 5sen perkilometer menunjukkan Kerajaan masih memikirkan kepentingan rakyat.
Maka kenaikan ini pada dasarnya hanya untuk "survival" KTMB dan kerajaan masih perlu menyuntik sumber kewangan kepada KTMB.
Justeru itu, dalam soal ini, tidak boleh menyalahkan Kerajaan, RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja, suara Pekerja KTMB yang juga ahli-ahlinya adalah Rakyat Malaysia mempertahankan kenaikan ini demi kepentingan KTMB dan Pekerja KTMB.
RUM menyedari kenyataan seperti ini bukanlah kenyataan "POPULAR", tapi RUM memahami kedudukan kewangan KTMB, kenyataan RUM selaras dengan "VISI RUM" iaitu :-
"SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

3 ulasan: