nuff

Jumaat, 26 Februari 2016

UPDATE Program Lawatan Kerja ke Cawangan Selatan

Program Lawatan Kerja ke Cawangan Selatan 
Peringkat Belia RUM

Dihadiri oleh AJK Belia RUM

Sdr. Muhammad Faizal​- Pengerusi Belia
Sdr.  Yusri Yazan​ - Bendahari Belia
Sdr. Firdaus Nizan ​ - Exco
Sdr. Ridza Ashriq ​ - AJK

Antara tujuan program adalah  membantu dalam pembentukan cawangan dan memberikan info-info terkini seperti Perjanjian Bersama ke 8 (CA) dll.
Disamping itu, program ini juga bertujuan mencari dan menambah ahli-ahli baru..


28hb Februari 2016
Bertemu di JB 2.00 ptg dan Quarters Kenanga 5.00 ptg

29hb Februari 2016
Pasir Gudang 9.00 pagi , Kempas 10.30 pagi, Skudai 2.00 ptg

01hb March 2016
Kluang 9.00 pagi dan Kulai 12.00 tgh

02hb March 2016
Labis 9.00 pagi dan Segamat 12.00 tgh

03hb March 2016
Gemas 9.00 pagi dan Bahau 12.00 tgh

Sebarang pertanyaan boley hubungi saya di talian 012-6542137
atau inbox...

Sekian terima kasih... kehadiran anda amat-amat dialu-alukan...

Khamis, 25 Februari 2016

Akhbar Sinar 25hb Februari 2016

TERTUDUH MENANGIS DALAM MAHKAMAH


Dua warga Bangladesh ini mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan senegara mereka di mahkamah sesyen, semalam.



KUALA TERENGGANU - Dua warga Bangladesh menangis teresak-esak di kandang tertuduh selepas dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, kerana melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu.

Md Moktar, 33, dan rakan senegaranya Ripon, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas masing-masing mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan senegaranya, Debu Mondal, 36, pada 3 Disember 2015, jam 9 malam.

Mereka berdua mengaku salah melakukan jenayah terbabit di Taman D’ Putera Kampung Raja, Besut, dengan merompak dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM5,300 milik mangsa.

Kedua-duanya turut mengaku salah, semasa kejadian telah melakukan perkara yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap mangsa kerana menggunakan sebatang kayu.

Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, dengan tiga lagi rakan mereka yang masih bebas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noorjidah Mohd Jusan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mohd Azhar membuat keputusan berkenaan selepas mempertimbangkan rayuan serta penjelasan mangsa yang telah memaafkan kedua-dua mereka, dengan harapan tidak mengulangi lagi perbuatan itu pada masa akan datang.

“Saya dengan ikhlas telah memaafkan perbuatan mereka terhadap saya sebelum ini dan saya harap hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada mereka selepas ini,” katanya dalam kandang saksi mahkamah, semalam.


Dalam masa sama, berlaku ‘drama air mata’ apabila ketiga-tiga rakan senegara ini bersalaman di antara satu sama lain selepas mahkamah membenarkan mangsa menemui kedua-duanya yang ketika itu berada di kandang pesalah, sebelum hukuman dijatuhkan.






Bukan berniat untuk mempersoalkan kredibiliti hakim... tetapi, SAYA bayangkan apabila ianya dilakukan oleh RAKYAT kita mahupun WARGA KITA? Apakah ada KEADILAN disini?? Yang salah tetap salah... itulah REALITINYA...

Antara HAK dan KEHENDAK..

Apa itu KEHENDAK?...
HAK.. hak adalah...BENAR, KEBENARAN dan kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang,agama,atau adat istiadat)
HAK juga bermaksud milik atau kepunyaan....
KEHENDAK... kehendak adalah KEMAHUAN..KEINGINAN.. KEMAHUAN yang keras... HAJAT...

fahami perbezaannya..
ANDAI itu HAK anda, innsyaAllah ianya tetap hak anda.. jika tidak didunia, innsyaAllah milikinya diakhirat kelak..
ANDAI itu KEHENDAK anda, belum tentu ia milik anda..andai mahu miliki apa jua KEHENDAK anda, usaha diatas KEMAMPUAN sendiri, innsyaAllah anda faham perbezaannya...

Mutiara Kata dari Dr Burhanuddin Helmy


Kalau TAKUT dalam PERJUANGAN, jangan bicara TENTANG PERJUANGAN dan KEADILAN...

Ahad, 21 Februari 2016

Program 21hb Februari 2016 - Anjuran Belia MTUC bersama MTUC Divisyen Perak

Program Anjuran Belia MTUC dan MTUC Divisyen Perak
21hb Februari 2016
8.00 pagi - 5.00 petang
Bertempat di Ruang Legar Pejabat MTUC Perak.

Program "Hala Tuju Peranan Pekerja Muda dalam Berkesatuan"

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Program yang cukup baik, dalam memberi pendedahan kepada Belia khususnya untuk belia di negeri Perak Darul Ridzuan mengenai pentingnya dan peranan mereka dalam berkesatuan.

Untuk Program kali ini, pihak ibu Pejabat RUM menghantar wakil dari cawangan Ipoh.

Terima kasih kepad pihak MTUC khususnya MTUC Perak diaats penganjuran ini. Moga bermanfaat kepada semua warga pekerja terutama di Perak.


Yb Abdullah Sany, Timbalan Presiden MTUC yang juga Pemangku Presiden MTUC.


Setiausaha Agung MTUC , saudara Gopal..

Terima kasih dan Tahniah diatas kehadiran..

Khamis, 18 Februari 2016

Program Untuk Belia RUM Cawangan Perak anjuran MTUC Perak...

21hb Februari 2016....
Jom beramai-ramai ke sini... Khas untuk orang Perak...
Kami dari pihak RUM akan menghantar wakil dikalangan belia RUM cawangan Ipoh..


Kepada pekerja sekitar Ipoh Perak dijemput ke program forum Pekerja muda "hala tuju dan peranan pekerja muda dalam berkesatuan"
Tarikh : 21 Februari 2016(Ahad)
Masa. : 8pg - 5ptg
Tempat : ruang legar pejabat MTUC Perak
Anjuran : Belia MTUC dgn kerjasama MTUC Perak
Sebarang pertanyaan boleh hubungi sdara Syamsul Azwan B. Mustar 0124706676 (Setiausaha Belia MTUC)

Belia Rum sertai bantahan kemasukan 1.5 Juta kemasukan Warga Bangladesh..

Bila Belia RUM beraksi...


18hb Februari 2016

Di Pekarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.





Di sini kami beraksi... Demi masa depan anak-anak bangsa akan datang... Tolong jangan sekat "periuk" kami.. Jangan nafikan kemampuan kami.. Terlalu banyak implikasi  kemasukan mereka..

Perlu ditegaskan bahawa, dengan kehadiran kami, bukanlah sebagai penentang, tetapi sebagai pembela kepada kaum pekerja dalam membela nasib generasi akan datang. Kami bukanlah mewakili mana-mana parti politik, jauh sekali mewakili mana-mana kaum. Kami bukan datang sebagai individu tetapi kami datang sebagai wakil belia dan kaum pekerja.

Diharap, segalanya dipermudahkan.. Allah tetap bersama kita... InnsyaAllah...

Terima kasih diucapkan diatas kehadiran dan semangat SOLIDARITI semua pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan di bawah "PAYUNG" MTUC..

Terima kasih juga kepada Setiausaha Agung MTUC Saudara Gopal dan YB Abdullah Sany yang juga Timbalan Presiden MTUC..

BORN TO BE A FIGHTER...

Selasa, 16 Februari 2016

Program Anjuran MTUC - Menghantar Surat Bantahan dan Protes Kemasukan Pekerja Warga Bangladesh Seramai 1.5 Juta.

InsyaAllah, jika tiada aral, Kami Belia RUM akan menyertai dan menyokong bantahan ini diatas kemasukan seramai 1.5 Juta pekerja Warga Bangladesh.

Seperti yang kita ketahui, terlalu banyak implikasi buruk yang akan berlaku. Disamping ia boleh menyekat peluang pekerjaan, ia juga boleh menyebabkan kejadian jenayah yang tidak terbendung. Tanpa kita sedari, pengaliran wang keluar tanpa dapat dikawal juga boleh berlaku. Lantaran itu, kami menyokong program anjuran MTUC ini...


Di bawah ini, jelas beberapa keratan akhbar yang menunjukkan implikasi buruk kemasukan 1.5 Juta yang akan, boleh dan telah berlaku.
 Program akan dijadualkan :

Tarikh : 18hb Februari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Perkarangan Kementerian Sumber Manusia , Putrajaya


Sabtu, 13 Februari 2016

Majlis Penghantaran Surat Protes dan Bantahan kepada kementerian Sumber Manusia di atas kemasukan 1.5 Juta Pekerja Warga Bangladesh...

AsSalam dan Salam 1 Malaysia...

Atas semangat Solidarity dan Semangat Kesedaran diatas Implikasi Negatif diatas kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke Malaysia, pihak MTUC pusat telah mengadakan satu majlis penghantaran memo protes dan bantahan kepada pihak Kementerian Sumber dan Manusia pada :

18hb Februari 2016 (Khamis)
di perkarangan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
11.00 pagi..

Diatas semangat kesedaran dan sokongan, kami dipihak belia RUM dan RUM sendiri, akan menghantar 30 ahli belia RUM untuk menyokong protes ini..

Diharap pihak rakan dan kesatuan gabungan MTUC yang lain juga dapat sertai.


Mesyuarat Perbincangan Perjanjian Bersama (CA) diantara Pengurusan KTMB dengan RUM Kali ke 2 ( Membincangkan Artikel-Artikel Yang tertangguh)

Pada 12hb 2016, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat KTMB, telah di aturkan mesyuarat perbincangan Perjanjian Bersama kali ke 2 diantara panel pihak pengurusan KTMB dan panel perunding RUM bagi membincangkan beberapa atikel-artikel yang tertangguh (KIV).

Alhamdulillah, segalanya berlangsung secara harmoni dan lancar..

 Alhamdulillah sekali lagi, panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, kerna dengan limpahan kurniaNya, beberapa artikel telah dipersetujui biarpun ada yang terpaksa digugurkan.
Dipanjangkan jua Selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW langkah pertama (1) telah pun selesai. Ada dua lagi langkahan untuk kita tempuhi iaitu menunggu kelulusan di peringkat kedua (2) iaitu di peringkat BOARD dan peringkat ketiga (3) dan yang terakhir ialah MOF ataupun kementerian kewangan.. Diharap dan disusuli dengan DOA, agar segalanya bergerak dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. Amin...

Di kesempatan ini, ADMIN  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden KTM Dato' Haji Sarbini bin Tijan serta panel rundingan bagi pihak pengurusan diatas persetujuan beberapa artikel yang telah diterima.
Tahniah dan syabas jua kepada panel rundingan bagi pihak RUM iaitu :

Saudara Abd. Razak Bin Md Hassan presiden RUM yang bertindak selaku sekateriat, Saudara Mokhtar bin Ismail Timbalan Presiden yang bertindak selaku pengerusi panel bagi pihak RUM, Saudara Subramaniam Setiausaha Agung RUM, Saudara Roslan Ismail Naib Presiden RUM, Saudara Hairudin Bendahari Agung RUM, Saudara Rudzfadli Penolong Setiausaha Agung RUM, Saudari Suraya Penolong Bendahari Agung RUM dan Saudara Muhammad Faizal Pengerusi Belia RUM selaku ahli panel bagi pihak RUM.

Rabu, 10 Februari 2016

Ketahui Hak Anda...

Ketahui Hak Anda...

(p/s : untuk pengetahuan pembaca, ayat-ayat diatas diambil seratus-peratus dari blog... Untuk mengelakkan sebarang kecatatan, saya hanya copy paste.. terima kasih...)

Tajuk Utusan beri gambaran salah - Majikan tidak boleh baca perbualan pekerja di alam siber (WhatsApp, FaceBook, dll)?




Majikan TIDAK berhak membaca perbualan peribadi pekerja dalam alam siber - emel, Whats App, Facebook, LINE, dll. Pekerja ada hak peribadinya yang tidak boleh dicabul siapa-siapa termasuk juga penguatkuasa undang-undang dan kerajaan kecuali dalam situasi yang jelas dibenarkan undang-undang. Hak ini adalah hak asasi - justeru jika ada yang mencabul, hak wujud untuk mengambil tindakan guaman meminta gantirugi terhadap mereka yang mencabul hak.  


Tajuk berita Utusan memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai perkara ini. [Ingin juga dinyatakan bahawa sebenarnya, ada banyak lagi portal berita luar negara yang juga memberikan gambaran dan analisa guaman tersebut yang salah].

Adalah diharapkan bahawa pihak kerajaan dan media akan menjelaskan keadaan sebenar - kalau tidak ramai yang akan kekal ditipu mengenai keadaan sebenar.

Apa yang perlu dilakukan adalah pergi terus dan membaca Penghakiman tersebut - baru akan jelas. 

Dalam mana-mana penghakiman, biasa hakim akan menyatakan fakta, menyatakan apa yang berlaku di Mahkamah sebelum termasuk juga merujuk kepada petikan dalam penghakiman Mahkamah sebelum itu, menyatakan juga kandungan hujahan kedua-dua pihak, menyatakan juga perkara dan kes dulu yang telah diambil kira - dan juga akan akhirnya membuat analisa serta keputusan. Maka, jika seseorang sewenang-wenang mengambil saja petikan dari penghakiman, agak senang terkeliru - dan mungkin akan memberikan berita salah mengenai apa yang diputuskan Mahkamah. Adalah bagus khususnya bagi pihak media mendapat nasihat guaman sebelum membuat kesimpulan mengenai apa-apa penghakiman Mahkamah.

Jika hanya Mahkamah menyatakan petikan daripada keputusan Mahkamah terdahulu, atau dari hujahan satu pihak, tetapi tidak dengan jelas menyatakan bahawa Mahkamah setuju dengan pendapat demikian, tidak boleh kita pula sewenang-wenang katakan Mahkamah setuju. Mahkamah, dalam penghakiman biasanya membentangkan semua fakta, semua poin hujahan - ianya untuk memberitahu semua bahawa Mahkamah telah mengambil kira perkara ini ...itu sahaja bukan sama sekali menunjukkan Mahkamah terima atau merestui hujahan itu sebagai betul.

Di dalam kes ini, apa yang penting adalah isu apakah dia maksud 'hak kehidupan peribadi dan keluarganya, rumahnya dan surat-menyurat'(right of his private and family life, his home and his correspondence) di mana ini adalah hak peribadi seseorang yang harus sentiasa dihormati dan tidak dicabuli majikan atau siapa-siapa.

Di dalam kes ini, Mahkamah memutuskan sama ada perbualan peribadi dengan pihak ketiga mengunakan

Selasa, 9 Februari 2016

Keselamatan... Viralkan...

Mohon, viralkan.. Mungkin perkara yang sepatutnya kita perlu ambil berat sudah lama dulu...
Sedar atau tidak, kita membahayakan nyawa kita terutama kanak-kanak.. benda yang sudah lama dipraktikkan di luar, namun perkara ini dipandang sepi di Malaysia.. MOHON SHARE DAN VIRALKAN...

terima kasih kepada aktor mustapha kamal atas infonya...

Sebab Apa perlunya kesatuan Sekerja?

Biarlah gambar ini berbicara... Deep...

Realitinya....

Realitinya.. sama ada kita sedari atau tidak, tapi inilah yang berlaku...
Sebab itu, perlu dan wujudnya kesatuan sekerja, demi kelangsungan keharmonian dan wujudnya keseimbangan dari setiap segi...

Isnin, 8 Februari 2016

Perbezaan...

Perbezaan... Ermmmm....

Program Lawatan Kerja Ke Seluruh Cawangan di peringkat Belia RUM





As Salam semua. Panjatkan kesyukuran dan salam seta selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W...

Program dalam jangkaan untuk sepanjang tahun 2016 bagi Belia RUM. InsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, Belia RUM akan mengadakan Lawatan Kerja ke seluruh Cawangan di seluruh Malaysia bermula hujun bulan Februari ini.

InnsyaAllah, jika tiada aral yang melintang, kami akan memulakan sesi lawatan secara berperingkat. dipecahkan kepada 4 fasa, bermula 28hb Februari ini ke cawangan Selatan, diikuti cawangan Pantai Timur, Cawangan Utara dan akhir sekali Wilayah Tengah.

Untuk pengetahuan ahli, khususnya diperingkat belia, sebarang update mahupun perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.. Anda boleh hubungi AJK belia RUM mahupun Pengerusi Belia RUM sendiri untuk perkembangan lanjut di Facebook ataupun talian 03-22745354 atau 012-6542137. Sekian terima kasih.

Biar GAMBAR ini berbicara.. Perlunya KESATUAN

Kesedaran perlu ada.. Ketahui apa itu KESATUAN, Perlunya BERKESATUAN, apa tanggungjawab kesatuan dan apa tanggungjawab anda selaku pekerja mahupun ahli kesatuan...

Kenyataan TMJ

TERBAEK... Kenyataan TMJ, admin tersangat-sangat setuju... Perlu FAHAM antara Tanggungjawab, TUGAS, KEHENDAK dan KEPERLUAN... ada nak tambah??

Keselamatan tanggungjawab bersama... kes 08hb Februari 2016

Bukan mahu menunding jari dan ADMIN rasa tak perlu menunding jari... Admin sekadar berharap kejadian ini dijadikan pengajaran dan perlu ada TINDAKAN SUSULAN dan mohon agar semua berhati-hati... Tak sepatutnya kejadian ini berlaku dan berharap kejadian yang sama TIDAK BERULANG lagi..
Al-Fatihah dan semoga mangsa dan keluarga tabah..

sumber facebook