nuff

Jumaat, 6 November 2015

Flashmob di KL Sentral - bantah kenaikan tambang KTM Komuter


Admin dapat info tadi Flashmob diadakan di perkarangan KL Sentral di ruangan berdepan kaunter tiket Komuter petang tadi lebi kuram jam 4 petang. Admin selaku ahli RUM ingin menjelaskan bahawa kami faham situasi yang berlaku, bantahan dikalangan rakyat dan pelajar akan berlaku diatas kenaikan ini. Namun, saya menyokong kenaikan ini adalah atas sebab ia memberikan kebaikan kepada penambahbaikan bagi syarikat dan pekerja. Kita perlu tahu bahawa, KTMB menghadapi kedudukan kewangan yang agak meruncing. Bayangkan jika kedudukan kewangan gagal diatasi dalam masa yang terdekat, kemungkinan besar KTMB gagal untuk memberikan Perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna.
Admin juga rasa kenaikan ini tidak lah terlalu tinggi dan membebankan berbanding kenaikan barang dan perkhidmatan yang lain. Cuma admin agak pelik, kenapa hanya berani melakukan flashmob di KTM Komuter sahaja? Kenapa tidak yang lain tatkala kenaikan yang dilakukan melebihi 50%?? Ermmm... Pelik tapi Benar.. Apa-apa pun dalam situasi ini, Admin tetap menyokong kenaikan harga tambang demi kemajuan KTMB dan pekerja. "SELAMATKANLAH KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"


 Admin tak kata salah, tapi sedarkah bahawa kenapa hanya berani tatkala kenaikan yang hanya "beberapa sen" sahaja?? Di mana golongan ini ketika harga XXX naik, harga XXXXX naik, XXXX dirampas, harga itu naik, harga ini naik... Dimana mereka ketika semua diperlukan untuk tindakan sepatutnya?? Dimana ketika saya dan sahabat 96 orang dibuang demi menyelamatkan "PENGANGKUTAN RAKYAT" ini?? sedarkan bahawa kami berjuang demi kemajuan syarikat, Malaysia dan juga rakyat malaysia... Ermmmm.... Andaikata dalam keadaan kedudukan kewangan yang agak meruncing ini gagal diatasi, jangan kata flashmob, buatlah apa jua yang anda suka...

Apa-apa pun saya selaku warga ktmb dan warga PEKERJA, ahli RUM tetap menyokong KERAJAAN MALAYSIA dalam isu kenaikan harga tambang KTM komuter demi kemajuan syarikat, pekerja dan Rakyat Malaysia....

ADMIN
Pengerusi belia RUM

2 ulasan:

  1. Asalam saya follower ke 8 ya..follow my blog pula

    BalasPadam
  2. hi faizal☺
    I'm newbie and please support me.
    please visit my blog. have a nice day ♥
    smartiesmoo.blogspot.kr

    BalasPadam