nuff

Jumaat, 30 Disember 2016

27hb November 2016 - Majlis Makan Malam Solidariti

MAJLIS MAKAN MALAM SOLIDARITY

UNI-GLC telah menganjurkan Majlis Makan Malam Solidarity semalam 26/11.2016 dengan tetamu kehormatnya adalah YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Shafiee BP Mammal Presiden UNI - GLC yang menjemput RUM di Majlis Makan Malam Solidarity.

RUM juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sepucuk surat kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri mengenai beberapa perkara dan memohon temu janji kepada YAB Dato Seri, harapan RUM Dato Seri PM dapat memberi sedikit ruang masa untuk bertemu dengan YAB Dato Seri Perdana Menteri bagi tujuan menjelaskan beberapa isu khususnya kedudukan kewangan KTMB dan Pengambilalihan Aset Keretapi oleh RAC.

Gambar di bawah YAB Dato Seri Perdana Menteri sedang membaca surat RUM, terima kasih YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang sudi mengambil kesempatan membaca surat dari RUM, harapan kami pertemuan selanjutnya dapat diadakan.

copy paste dar fesbuk suaraRUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan