nuff

Jumaat, 30 Disember 2016

22hb Oktober 2016 - Persidangan Perwakilan MTUC Bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan.


Persidangan perwakilan MTUC bahagian Selangor & Wilayah Persekutuan yang telah dihadiri hampir 400 orang wakil kesatuan pekerja awam dan swasta yang terdiri dari 70 Kesatuan Sekerja yang mewakili suara pekerja diseluruh Malaysia.

Tempat pengundian adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan Subang Jaya.

RUM menghantar 10 Perwakilan untuk pengundian ini. Mereka adalah Sdr Mokhtar Ismail, Sdr Muhammad Faizal Bin Shahibul Kiraya, Sdr Azran, Sdr Yusri Yazan, Sdr Firdaus Bin Nizan, Sdr Alif Sabri, Sdr Zahit, Sdr Azman Eusoff, Sdr Roslan Ismail dan Sdr Md Isah Zainudin.

5 kerusi jawatan yang terdiri daripada Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari telah ada pengundian pada penggal kali ini.

Calon bagi Pengerusi adalah diantara sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) dan sdr Rajamorganan a/l Narunan (BIEU).

Calon bagi Timbalan Pengerusi pula diantara sdr Mohd Faisal bin Abu Bakar (PERODUA) dan sdr Mahfudz Harun ( FIEU).

Bagi calon Setiausaha pula adalah diantara sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) dan sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU).

Untuk calon Penolong Setiausaha adalah sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dan sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW).

Akhir sekali, Calon bagi Bendahari adalah sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) dan sdr Mohd Rizal bin Mahat (MCFEU).



Berikut adalah keputusan :

Pengerusi
sdr Wan Noorulazhar (KSIEWBSM) menang dengan 174 undi bebalas 138 undi. Terdapat 2 undi rosak.

Timbalan Pengerusi
sdr Mahfudz Harun ( FIEU) menang dengan 157 undi berbalas 154 undi. Terdapat 1 undi rosak.

Setiausaha
sdr Mohd Faisal bin Husin (NUBE) menang dengan 180 undi berbanding 132 undi bagi  sdr ZairolAkmar Mohamed (EIWU). Terdapat 1 undi rosak.

Penolong Setiausaha
 sdr Zulfakar bin Mohd (NUDIW) menang dengan 163 undi menewaskan sdr Mohd Yusoff Hamidi (NUTEAIW) dengan 163 undi berbalas 149 undi dimana terdapat 2 undi rosak.

Bendahari
sdr Wan Mohd Kamal bin Jufri (MIEU) 174 undi dan sdr Mohd Rizal bin Mahat 137 undi (MCFEU). 1 undi rosak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan