nuff

Ahad, 14 Ogos 2016

RALLY Hari Pekerja 21 Mei 2016...





Gambar-gambar ketika Rally...





Info

Mesy. Ajk Kerja telah memutuskan membantah penyerahan aset keretapi kepada perbadanan aset keretapi. Semua pendapatan aset KTM mulai 1 Nov 2010 akan diserahkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Difahamkan seramai 230 pekerja hartanah akan diserapkan kpd Perbadanan Aset Keretapi. Memorandum Bantahan akan dihantar pada YAB Perdana Menteri sedikit masa lagi. Namun demikian tidak menolak hak Kerajaan, tetapi hak kesatuan adalah bersuara bagi menyatakan bahawa ada yang tak kena dalam pelaksanaan.

Sebab Bantahan

1. Tiada penjelasan rasmi atau penerangan dari Pengurusan KTMB.
2. Semua aset yang dikendalikan adalah pendapatan KTMB, bilamana ianya diserahkan kepada Perbadanan aset keretapi, maka KTMB akan hilang pendapatan, disedari bahawa KTMB adalah syarikat yang tidak menguntungkan, tambahan pula kerajaan kini tidak berupaya menyuntik kewangan kepada KTMB.
3. Kuarters KTMB dijangka juga dibawah pengurusan Perbadanan Aset Keretapi, dikuatiri akan mengakibatkan kos kenaikan sewa kuarters akan dinaikan, sedangkan pekerja KTMB berpendapatan rendah.
4. Bila mana Aset Keretapi bukan lagi milik KTMB maka KTMB hanya beroperasi berdasarkan kepada operasi perniagaannya, hanya semata larian tren penumpang dan larian tren barang sahaja.
5. Kedudukan pekerja aset KTMB atau jabatan hartanah KTMB, masih tiada gambaran jelas, apa yang dikuatiri mereka berkemungkinan akan di VSSkan kemudian akan diletakan sebagai pekerja kontrak, ini berisiko, atau apa sistem yang akan digunakan utk memastikan mereka tidak terhakis sebarang faedah yang dinikmati.
6. Penyerahan aset keretapi kepada pihak2 tertentu akan menjadi mudah, tanpa bantahan dari RUM.
7. Mempermudahkan kepada pengurusan KTMB untuk mengecilkan KTMB, SBU Kargo, SBU penumpang, SBU Komuter dan lain2 akan lebih mudah dianaksyarikatkan atau di outsource, atau dijual kepada syarikat swasta.
8. Tanggungjawab sosial kepada rakyat akan terhakis.
9. Pengecilan atau pengapusan kesatuan secara berperingkat2.

Kesatuan berpendirian menolak cadangan ini.

Cadangan.

1. Kekalkan KTMB seperti sedia kala. Aset amat penting bagi membantu sumber pendapatan KTMB, terbukti dinegara luar seperti Jepun mengunakan aset sepenuhnya untuk membantu menambah pendapatan dan menaik taraf sistem perkeretapian.

2. Hanya Warga KTMB yang mampu mengenali KTMB, Faham Bahasa Keretapi, serta layak menerajui KTMB.

3. Penjawat Awam khususnya dari MoF dan MoT, mereka adalah muka baru, tolong mengenali KTMB, belajar apa yang ada dalam KTMB, memastikan KTMB adalah perkhidmatan sosial dan jangan cari jalan kerja mudah.


4. Kembalikan KTMB kepada sektor awam, jangan malu menarik balik status swasta, kerana perkhidmatan KTMB adalah perkhidmatan berorintasikan perkhidmatan sosial dari Kerajaan untuk rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan