nuff

Khamis, 29 Oktober 2015

Huraian Objektif Akta Kerja 1955

Di sini saya terangkan serba sedikit tentang huraian objektif Akta Kerja 1955 diwujudkan.

Akta Kerja 1955 ini telah digubal oleh kerajaan atas dasar untuk melindungi hak pekerja khususnya kepada mereka yang telah menandatangani kontrak perkhidmatan dan dibayar upah tidak melebihi RM2000 sebulan ataupun pekerja yang tidak kira jumlah upahnya yang terlibat dengan pekerjaan kasar, atau yang terlibat sebagai penyelia pekerja kasar dibawah majikan yang sama, atau yang terlibat sebagai pemandu jentera berat sama ada untuk tujuan membawa barang, penumpang atau
pun upah, atau yang terlibat sebagai pekerja yang digajikan dalam kapal atau yang terlibat sebagai kakitangan domestik.

HURAIAN diatas jelas bahawa pentingnya AKTA INI dalam menjaga hubungan diantara pekerja dan majikan serta menjaga kebajikan pekerja dan PENTINGNYA BERKESATUAN dan sedarlah bahawa selagi kita "makan" gaji, selagi itu kita tertakluk kepada akta ini.

Akta Kerja 1955 juga digubal bertujuan untuk mengawal selia perhubungan antara majikan dengan pekerja bagi menjalin perhubungan yang harmoni dan kondusif agar dapat mewujudkan suasana perindustrian dan pelaburan yang sihat demi memajukan ekonomi negara.

Huraian diatas juga jelas bahawa kesatuan juga memain peranan dalam membantu produktiviti syarikat dan negara. Maksud ini jelas kesatuan khususnya RUM dalam situasi ini, erti kata lain memandang serius dalam isu membabitkan kebajikan pekerja. Senang cerita, kami bukanlah musuh sesiapa pun... Tak terlintas pun nak gaduh dengan sesiapa dan tak terlintas untuk ikut telunjuk sesiapa, yang betul kami ikut, yang salah kami tentang...

sekian, ADMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan